Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TIADA ALASAN ABAI KEWAJIPAN


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
TIADA ALASAN ABAI KEWAJIPAN


TIADA ALASAN ABAI KEWAJIPAN

Alasan apa lagi......?
Tatkala seorang yang kaya raya ditanya. Mengapa engkau tidak
beribadah....?
Si hartawan beralasan bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah
kerana seluruh waktunya dihabiskan untuk mengurus kekayaanya. Mungkin d
ia lupa bahawa dirinya sebenarnya tidaklah lebih kaya daripada nabi
Sulaiman a.s di mana baginda menjadi semakin taqwa dengan bertambahnya
kekayaan

Alasan apa lagi......?
Pertanyaan serupa ditujukan pada seorang karyawan. Mengapa engkau tidak
beribadah....? Si karyawan berkata bahawa d ia tidak punya waktu untuk
beribadah kerana sibuk dengan pekerjaannya. Mungkin d ia pun lupa bahawa
dirinya tidaklah lebih sibuk dibandingkan dengan nabi Muhammad saw. yang
disamping sebagai ketua negara, panglima perang, baginda juga seorang
pendidik umat.
Alasan apa lagi.....?
Begitupun ketika seorang hamba sahaya ditanya. Mengapa engkau tidak
beribadah....? Si hamba sahaya beralasan bahawa d ia tidak punya waktu
untuk beribadah kerana sibuk melayani majikannya. Tidakkah d ia lupa
bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dan sengsara dibandingkan dengan
nabi Yusuf as?

Alasan apa lagi.....?
Seorang yang sakit ditanya dengan pertanyaan yang sama. Mengapa engkau
tidak beribadah....? Si pesakit beralasan bahawa d ia tidak punya waktu
dan tenaga untuk beribadah kerana derita sakitnya. Cubalah d ia ingat
bahawa derita penyakitnya itu tidaklah seberapa dibandingkan dengan
penderitaan yang pernah dirasakan oleh nabi Ayub as.

Alasan apa lagi......?
Ketika pertanyaan yang sama ditujukan pada seorang yang fakir miskin.
Mengapa engkau tidak beribadah....? Si fakir miskin menjawabnya bahawa d
ia tidak punya waktu untuk beribadah kerana kemiskinannya. Apakah d ia
lupa bahawa d ia tidaklah lebih miskin dari nabi Isa as, yang terpaksa
harus memakan dedaun dan minum air hujan?

Alasan apa lagi......?
Seorang yang tidak berpendidikan ditanyanya. Mengapa engkau tidak
beribadah....? Si jahil membuat alasan bahawa d ia tidak mampu untuk
beribadah kerana ilmunya rendah. Tidakkah d ia lupa bahawa nabi Muhammad
saw itu tidak boleh membaca dan menulis?

Alasan apa lagi.....?
Padahal Allah telah jelas berfirman dalam Al-Qur'an surat Adz- Dzariyat
ayat 56: "Tidak semata-mata Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk
beribadah kepada-Ku."








__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

Alasan apa lagi...???
Sebagai umat Islam tidak memberi salam...
hehehe...jgn mare baguih info ni...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

yus_padi wrote:


Assalamualaikum... Alasan apa lagi...??? Sebagai umat Islam tidak memberi salam... hehehe...jgn mare baguih info ni...

Mmmm....

__________________
marsos six time


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

NO MORE EXCUSES

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard