Alasan apa lagi......? Tatkala seorang yang kaya raya ditanya. Mengapa engkau tidak beribadah....? Si hartawan beralasan bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah kerana seluruh waktunya dihabiskan untuk mengurus kekayaanya. Mungkin d ia lupa bahawa dirinya sebenarnya tidaklah lebih kaya daripada nabi Sulaiman a.s di mana baginda menjadi semakin taqwa dengan bertambahnya kekayaan
Alasan apa lagi......? Pertanyaan serupa ditujukan pada seorang karyawan. Mengapa engkau tidak beribadah....? Si karyawan berkata bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah kerana sibuk dengan pekerjaannya. Mungkin d ia pun lupa bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dibandingkan dengan nabi Muhammad saw. yang disamping sebagai ketua negara, panglima perang, baginda juga seorang pendidik umat. Alasan apa lagi.....? Begitupun ketika seorang hamba sahaya ditanya. Mengapa engkau tidak beribadah....? Si hamba sahaya beralasan bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah kerana sibuk melayani majikannya. Tidakkah d ia lupa bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dan sengsara dibandingkan dengan nabi Yusuf as?
Alasan apa lagi.....? Seorang yang sakit ditanya dengan pertanyaan yang sama. Mengapa engkau tidak beribadah....? Si pesakit beralasan bahawa d ia tidak punya waktu dan tenaga untuk beribadah kerana derita sakitnya. Cubalah d ia ingat bahawa derita penyakitnya itu tidaklah seberapa dibandingkan dengan penderitaan yang pernah dirasakan oleh nabi Ayub as.
Alasan apa lagi......? Ketika pertanyaan yang sama ditujukan pada seorang yang fakir miskin. Mengapa engkau tidak beribadah....? Si fakir miskin menjawabnya bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah kerana kemiskinannya. Apakah d ia lupa bahawa d ia tidaklah lebih miskin dari nabi Isa as, yang terpaksa harus memakan dedaun dan minum air hujan?
Alasan apa lagi......? Seorang yang tidak berpendidikan ditanyanya. Mengapa engkau tidak beribadah....? Si jahil membuat alasan bahawa d ia tidak mampu untuk beribadah kerana ilmunya rendah. Tidakkah d ia lupa bahawa nabi Muhammad saw itu tidak boleh membaca dan menulis?
Alasan apa lagi.....? Padahal Allah telah jelas berfirman dalam Al-Qur'an surat Adz- Dzariyat ayat 56: "Tidak semata-mata Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku."