Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam
As'kum,btul,kita tak pandang seseorg itu dgn paras rupa atau pun kemewahan,yg penting disini ialah kemewahan hati,dan memiliki ilmu pengetahuan yg luas,lebih2 lagi pada AGAMA mereka sendiri,jgn la kita lihat seseorg dgn paras rupa,walaupun dia hansem macam maner pun,hati keruh dan gelap,kalau lah lelaki tu mewah,tak pasti lagi duit yg diberi itu ikhlas atau saja dipergunakan saja,tapi jika memiliki kemewahan hati,teman hidup dia akan bahagia dan sentiasa terbuka hati,dan jika seseorg lelaki itu mempunyai ilmu pengetahuan yg luas,maka terjamin masa depan isteri kepada lelaki tersebut(suami),maka ingatlah muka dan paras rupa tidak penting dan kemewahan tidak boleh dibawa hingga ke liang lahad kelak,yg boleh hanyalah amalan dan ilmu pengetahuan AGAMA kita..maafkan saya jika ada tersilap ckp..berjuang demi agama,bangsa dan negara..w'slm..