Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: aku TinGgalKan CinTaku KeRana Allah S.W.T


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:
aku TinGgalKan CinTaku KeRana Allah S.W.T


Message: Jadikanlah Kisah iNi SebagAi
tauladan.....dan
ambillah iktibar dan pengajaran.....
Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita
saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan
yang
saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya
tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas
yang
menghambat, maka saya ambil keputusan untuk
menulisnya kembali dari mula. Saya harap para
pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan
cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa
yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri.
Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi
mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan
kepada saya dan kita semua orang yang beriman
dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa
yang
saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya
kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan
bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan
untuk menyayangi dan disayangi. Walau
bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari
seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi
saya mencari seorang teman pendamping hidup
saya
hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang
paling penting wanita yang amat saya percayai
untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi
yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah
letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita
untuk
hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di
sebuah
pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak
perkara yang telah saya pelajari. Yang paling
penting buat saya ialah, bagaimana saya mula
mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana
saya sejak dari sekolah rendah belum pernah
bergaul secara langsung dengan seorang wanita
pun
dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan
antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di
sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama
penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati
untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun
peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-
sama
terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi
penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah
s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung
labuh dan sentiasa mengambil berat tentang
auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya
tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam
mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam
mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri
dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke
mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar
kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak
sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang
mukminah solehah yang amat menjaga
peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap
dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan
atas
urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.
Saya
seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman
saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu
dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah
sebenar
seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa
perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya
melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan
dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai
itu siap, saya mengambil peluang untuk
berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal
keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di
samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik
dan
dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun,
apa yang memang boleh saya nampak dengan
jelas,
dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa
bercakap
dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu,
sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual
dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di
situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada
jauh
beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya
menghubunginya
kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus
agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia
menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik
bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai
dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang
mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami
mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu
kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan
bagi
saya dialah teman hidup yang sempurna buat
saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke
Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu
perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka
anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah
menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi
perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya
memberitahu
ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak
suka.
Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang
serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi
dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi
kata-kata ummi yang buat saya tak mampu
membalas
walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit
what you are doing right now. I haven't heard from
anyone that love before marriage is permitted. But
I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and
official between them. So, may I know what kind of
relationship you are having now and I want to hear
it from your mouth that it is legal in what you
have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what Allah
has stated as wrong and proven false by the way
Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even
have anything to defend it as blessed if the first
step you make is by stepping into what He has
prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every
family that stands until their dying day, they
have Allah on their side. You can't expect Him to
help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya
benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu,
tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak
nafsu
saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa
yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil
sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah
membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan
dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang
Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan
mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari
lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya
baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya
tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya
tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak
mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan
kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk
bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like
this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan
dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan
kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai
yang
tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah
yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada
ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah
dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat,
janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua,
insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa
yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya
lebih
suci dan saya boleh bercakap kembali tentang
agama
saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat
untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami
betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami
buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi
seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi
kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon
moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat
lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan
yang
tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak
pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk
sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya
sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya
nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk
seorang
calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia
hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya
melepaskan apa yang amat berharga yang pernah
hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya
Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya
tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali
ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi
permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan
setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha
sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan
saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang
insan
yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,
janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu
bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab
berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri
Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?



__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman, sebentar terlena menuju kesesatan"


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

a,kum..


pjg nyer...


apa2 pon aku sokong.....


w,slm....///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...

bepinau mata...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

letih nak baca

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,sedih citer saudara nie,tapi btul gak aper yg saudara tulis tue,allah yg menentukan jodoh kita,ape2 pun kekalkan semangat saudara,w'slm..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard