Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rahsia jadi ayah yang berkesan!


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Rahsia jadi ayah yang berkesan!


BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap
kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan
dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
                                                                        
                                                                       


Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan
minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam
persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen
'penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak
yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta
sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih
berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman
tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang
seimbang.

*  Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai
hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi
pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya
menunjukkan gejala seperti di bawah:
*  Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
*  Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
*  Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit
dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah
cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan
juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai
'kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:- *  Bapa yang
komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal
pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan
beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping
ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang
untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau
terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di
rumah. Bayangkan 'hadiah' atau 'anugerah' yang bakal didapati (sama ada
di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

*  Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.
Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan,
kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama
kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling
memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka
*  Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin
serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap
pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan
terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan
diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap
tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai
atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh
dilihat dan diikuti.

*  Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon
yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.
Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa
tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika
berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya 'mengajar'
anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

*  Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan
satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda
sebagai anggota dalam pasukan 'keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah
langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai
daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan
berkasih sayang.

*  Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan
kepada mereka bahwa mereka 'berhak' untuk didengari dan diberi
perhatian.

*  Jadikan diri anda 'pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan 'keimanan' dan
amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat
bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah
mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu
bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

info ni sesuai sgt utk suami yg bakal nak jadi ayah...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

 


ingat artikal ni cara-cara nak jadi ayahanda...



just joking ...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Belum lagi abis sekolah,dah belajar cam maner nak jadi ayah yg berkesan..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard