Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenali Dajjal


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Kenali Dajjal


Ujian Allah swt menerusi makhluknya yg bernama
Dajjal ini adalah sebesar-besar ujian yg
ditimpakannya kepada umat manusia yg beriman.
Tidak ada ujian lain yg menyamainya apakan lagi
melebihinya. Dalam hal ini baginda Rasulullah
s.a.w. bersabda:

"Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s.
sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian
pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah
meragut keimanan seseorang. Oleh itu maka
janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg
berkata:
"Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal"
Jangan sekali-kali berkata demikian kerana sgt
sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan
ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah
s.a.w. telah mengajar kita supaya berlindung
dengan Allah s.w.t. dari godaan Dajjal, seperti yg
di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg
sunat doa itu kita baca setiap
kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa
besarnya fitnah Dajjal tersebut "Ya Allah aku
berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka
Jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm
kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku
berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al
Masih Dajjal.."
H.R Muslim.

Menurut Imam Al Barzanji dalam kitabnya
bernama "Al Isya'ah" bahawa di antara tanda
dekatnya masa kemunculan Dajjal itu ialah apabila
Umat Islam melupakan tentang mengingati
bahayanya.

KENALI DAJJAL

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan
Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain
selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa
as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu
beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah
Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan
Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan
banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa
Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai hubungan dengan makhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa
kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta
matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)



Ada

beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan
dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan
Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-
olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti
buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya
tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat. Kedua: Tertulis
didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia
pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua
tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia
mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada
dirinya. Tempat Tinggalnya Sekarang: Menurut
riwayat yg
sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa
lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu
oleh seekor binatang yg bernama "Al- Jassasah".
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu
panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus
dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita
bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu
masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan
tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur
bukan di Barat. Berapa lama ia akan hidup
setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup
setelah ia memulakan cabarannya kepada umat
ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun
begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun
dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi
sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan
masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu
ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat
Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di
muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti
sebulan dan hari ketiga seperti seminggu.
Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari)
adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu
kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari
yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup
bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu
5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang.." Maksud Sabdaan Rasulullah
saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah
berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang
Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor,
dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang
Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka wajib kita
sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan
sembahyang pun pada sehari itu sebanyak
bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan.
Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga. Fitnah
Dajjal: Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt
utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah
memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg
luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah: 1.
Segala kesenangan hidup akan ada bersama
dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau
panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa
dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di
saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia
akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di
daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan
akan menjadi makmur dan stabil pada org yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg
tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan
tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan
ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki
segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak
percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat
Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu
wahai Rasulullah?" Nabi menjawab: "Mereka
akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,
bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang
akan menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah
Ada
bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama
dengannya seumpama syurga dan neraka dan
juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji
iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan
Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang
tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh
tentera udara atau lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat ditempuh dalam satu jam
"... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana
kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
"Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang
dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat
memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam
a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada
kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita
dapat selamat dari fitnah Dajjal ini.
Cara-cara itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah
pendusta dan pembohong serta mempunyai
beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya
ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia
sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat
menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di
mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg
sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh
kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di
suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia
takut ada orang yang meneliti keaiban dan
kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang
bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini
akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama
ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang
Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya.
Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada
pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di
rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat
yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia
menghalang golongan
perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan
pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil
tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau
yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg
disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:
".... Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal
surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan
Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal
sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis
Sahih Muslim)

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard