Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Umno yang semakin terhad dan suka menipu


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
Umno yang semakin terhad dan suka menipu


Umno yang semakin terhad
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tuesday, July 19 @ 13:26:02 MYT


DALAM isu banyak jambatan yang runtuh di dalam kawasan Lembaga
Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) sehari dua ini, saya perhatikan
sikap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang agak di luar jangka.
Tiba-tiba pula beliau boleh mengaku yang "Kerajaan Pusat mempunyai
sumber yang terhad." (Utusan Malaysia 15 Julai 2005).

Pelik juga. Sepanjang 15 tahun, kerajaan Kelantan telah diejek
sebagai kerajaan yang miskin dan tak tahu memerintah. Kerajaan
Kelantan telah dipercayai sesama mereka akan tumbang dalam tempoh
tidak lebih dari tiga hingga enam bulan kerana faktor ini.
Tiba-tiba, Dato' Annuar Musa boleh memuji kita pula kerana takjub
dengan wang negeri yang berlebihan dari Tabung Tok Kenali, Tabung
Simpanan Tetap Wang Pemberian Felda dan sumbangan TNB bernilai
berpuluh juta ringgit.

Saya tidak mahu membenarkan jumlah yang disebut oleh beliau atau
menafikannya. Saya cuma berminat untuk memberitahu Umno bahawa kita
ada kaedah pengurusan kita yang tersendiri. Ini rahsia. Rahsianya
mudah sahaja. Bila berbelanja, kita tidak boros dan bila menyimpan,
kita tidak kedekut. Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak
berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan
itu) di tengah-tengah antara yang demikian." - (Surah Al-Furqaan:
Ayat 67)

Umno ada rahsia lagu mana, tak tahulah saya. Dalam konteks jambatan
di dalam kawasan Kada, maka ia cukup jelas. Melihatkan siapa yang
dilantik sebagai pengerusinya pun, rakyat sudah tahu makhluk yang
dinamakan Kada itu anak siapa.

Walaupun tidak salah untuk Kerajaan Negeri membantu Kada sekali-
sekala, tetapi ia tentulah bersifat pilihan. Logik ini lebih
mustahak difahami apabila melihatkan sikap bapanya yakni Umno yang
menerajui Kerajaan Pusat suka sangat mendabik dada yang mereka
sangatlah kaya.

Dengan pendapatan tahunan lumayan berjumlah RM58 bilion dari hasil
petroleum misalnya, saya percaya Umno lebih daripada mampu untuk
membina titi-titi kampung, jalan-jalan mukim dan pelbagai jambatan
desa.

Saya sesungguhnya hairan apabila melihat Umno menaikkan harga petrol
dan diesel sebulan yang lalu. Tidak cukup dengan itu, banyak
kelihatan projek-projek sakit yang terbengkalai di mana-mana. Tidak
kurang juga, kita mendengar berita pelbagai projek yang ditangguh
atau dibatal pelaksanaannya.

Sikap MARA yang enggan membantu pelajar-pelajar Melayu ke IPTS
adalah satu lagi fenomena. Bersaksikan suasana ini, saya amat
meragui status kedudukan kewangan Malaysia yang sebenar. Kaya
sungguh atau pura-pura kaya?

Dengan hujah di atas, saya cuba membaca kata-kata Dato' Annuar ini
dalam tiga kemungkinan. Pertama, mungkin beliau mahu ulit Kerajaan
Negeri dan penyokong PAS. Dengan itu, kononnya PAS boleh bersenang
hati kerana kerajaannya sudah kaya. Dalam lena pujian itulah
barangkali, Umno akan memukul kerajaan dengan mengejut dari belakang.

Kedua, boleh jadi juga, Dato' Annuar sungguh-sungguh kecewa
dengan `ayahnya' di Kuala Lumpur yang nampak sangat tidak memberikan
beliau layanan yang sewajarnya.

Saya masih ingat bagaimana Perdana Menteri begitu tawar menyambut 59
resolusi yang disampaikan oleh Annuar. Ucapan beliau yang berdegar-
degar di Konvensyen Umno bertemakan "sayangi Kelantan kito" itu
rupanya "lelah saja !"

Ketiga - mungkin, Annuar benar-benar sudah faham sekarang yang
Kerajaan Pusat tiada duit sungguh. Duitnya habis dibazirkan kepada
projek-projek mega sebelumnya oleh `orang sebelumnya' atau bocor
ditebuk tupai yang galak memberi dan menerima rasuah di setiap
pelepah kelapa.

Lihat kes bekas Naib Presiden Umno, ahli Parlimen Kota Bharu, dan
ketua-ketua bahagian Umno yang selebihnya. Akibatnya, habis perkara
diswastakan. Perkhidmatan air, empangan hidro, hospital, klinik,
universiti, kolej, IPT, pungutan sampah, longkang dan air kumbahan,
jalan, lebuh raya, elektrik dan telekomunikasi. Cukai naik. Petrol
naik. Diesel naik. Harga barang - semuanya naik.

Rakyat sedang lihat bagaimana pemimpin Umno yang enak turut naik
dengan memijak kepala, bahu dan belakang mereka. Dalam semangat
memujuk, Umno mulalah iklankan pemberian bonus atau pemberian Cola,
pembinaan kuarters polis dan elaun kritikal kepada doktor serta
anggota tentera. Gaji dinaikkan sikit-sikit, kos dan beban hidup
dinaikkan banyak-banyak.

Saya melihat begini. Kenyataan Annuar ini telah menjadi "turning
point" yang boleh menikam diri sendiri. Dengan mengaku bahawa Umno
sudah terhad dari segi kewangan, maka fahamlah rakyat bahawa Umno
sudah tidak ada apa lagi yang tinggal.

Jika sebelum ini, dia mengumpan pengundi dengan kontrak, wang dan
peluang, kini dia sudah `surrender'. Jadi, apa lagi yang boleh
diharap dari Umno. Umno pejuang Islam? - ini satu dakwaan yang cukup
menggelirukan. Umno pembela bahasa? - lihat saja apa yang dilakukan
di dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan
matematik. Umno pembela bangsa? - lihatlah ekonomi orang Melayu yang
semakin daif dan letih; jauh daripada pulih.

Sebelum meletakkan jawatan dua tahun yang lalu, Tun Dr Mahathir
boleh sampai menangis terisak-isak hingga terpaksa dipujuk kerana
pahit mengakui kegagalan Umno dalam perkara yang sama.

Dato' Seri Abdullah pun saya rasa akan turut membawa mesej kegagalan
Melayu yang serupa. Jika tidak percaya, saksikan nanti ucapan
Presiden Umno dalam Perhimpunan mereka pada 19 Julai 2005.

Soalnya di sini, Umno ini parti apa? Tidak cukupkah mandat dan masa
yang diberikan oleh orang Melayu selama 48 tahun untuk membela
mereka. Ini adalah kegagalan Umno. Jika "core business" Umno ialah
membela dan memajukan orang Malayu, sedangkan orang Melayu masih
mundur juga, maka layakkah lagi Umno memimpinnya?

Kalau sudah kerja menggantikan dua tiga batang titi di dalam kawasan
sendiripun terketar-ketar; habis cakap-cakap yang berdegar-degar itu
layak diletakkan di mana?
- /mj


 


p/s : sekiranya ada bantahan atau hujan utk membela.. sila guna cara yg baik.. jgn band nick aku nie... payah aku nak berjuang kat dalam niee



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

kalo info utk kebaikan apa salahnya xkan kena ban kot...
cuma salah posting jer patotnya kat ruang berpolitik...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard