Tambatan nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan sejak 2 September 1998 bagi menangani spekulasi mata wang, dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan penarikan balik tambatan ringgit itu malam tadi berkata, kadar tukaran mata wang tempatan dikendalikan secara apungan terurus terhadap sekumpulan mata wang asing.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah menukar tambatan ringgit berdasarkan sekumpulan mata wang asing bertujuan menstabilkan nilai ringgit dan ekonomi negara itu, dijangka tidak menjejaskan ekonomi negara.
"Sudah tentu kita mahu memastikan kadar tukaran mata wang menjadi stabil dan tidak terlalu terdedah kepada turun naik. Kita percaya keputusan ini baik untuk ekonomi, pasaran dan semua sektor," katanya.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar khas selepas berakhirnya hari pertama Perhimpunan Agung Umno ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Beliau tidak menyatakan kumpulan mata wang asing yang akan dijadikan asas bagi menentukan nilai apungan terurus ringgit itu.
Tindakan kerajaan itu adalah susulan pengumuman Kerajaan China petang semalam memansuhkan penetapan kadar yuan kepada dolar AS yang dilaksanakan 10 tahun lalu kepada apungan terurus membabitkan sekumpulan mata wang.
Berikutan tindakan itu, Kerajaan China juga menetapkan kadar tukaran pada 8.11 yuan kepada setiap dolar AS berbanding tambatan 8.277 yuan.
Terdahulu, Abdullah mengadakan perbincangan kira-kira 30 minit dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menemuinya di PWTC.
Sementara itu, Zeti pada sidang media di Bank Negara berkata, ringgit masih tidak boleh diniagakan di luar negara bagi melindungi mata wang negara daripada serangan spekulator.
"Kerajaan masih mengekalkan dasar ringgit tidak boleh diniagakan di luar negara bagi melindungi kegiatan spekulasi," katanya.
Beliau berkata, kadar tukaran ringgit akan ditentukan pasaran, tetapi Bank Negara memantau dan campur tangan bagi memastikan nilainya tidak terlalu tersasar daripada nilai sebenarnya berdasarkan asas ekonomi negara.
Ditanya berapakah nilai ringgit yang akan ditambat kepada sekumpulan mata wang asing itu, Abdullah berkata, biar asas pasaran menentukan kadarnya "tetapi kita tidak fikir ia jauh daripada kadar tukaran sekarang".
Zeti ketika ditemui selepas pertemuan dengan Abdullah pula berkata, langkah apungan terurus itu akan memberi kesan positif kepada ekonomi.
"Kita akan membenarkan mata wang itu menyesuaikan pertukaran yang melambangkan fundamental kita," katanya.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya berkata, ia akan mengawasi kadar pertukaran ringgit berbanding sekumpulan mata wang bagi memastikan kadar pertukaran mata wang tempatan itu kekal hampir kepada nilainya yang wajar.
"Objektif utama dasar ialah untuk meneruskan langkah menggalakkan kestabilan kadar pertukaran," kata bank pusat itu.
Bank pusat itu berkata, perubahan dalam persekitaran kewangan dan ekonomi antarabangsa serta serantau menyebabkan Malaysia perlu mempunyai satu kadar pertukaran berbanding rakan-rakan perdagangan utamanya, khususnya negara serantau.
Berikutan itu, kestabilan kadar pertukaran ringgit berbanding mata wang serantau semakin menjadi penting.
"Kestabilan itu boleh dicapai secara lebih baik dengan mengekalkan nilai ringgit berbanding indeks wajaran perdagangan rakan-rakan perdagangan utama Malaysia," katanya.
Bank pusat itu juga berkata, pengumuman itu adalah satu perubahan dalam sistem penentuan nilai ringgit.
"Dengan mengambil kira penilaian semasa ringgit yang sejajar dengan asas ekonomi negara dan selepas mengambil kira perkembangan di negara rakan perdagangan, sistem baru itu tidak akan menyebabkan kadar pertukarannya menyimpang jauh daripada tahap sedia ada," katanya.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
semoga BSKL dapat mencecah nilai 1000 sebelum akhir tahun atas apungan ringgit terkawal...
Kalau ada kebaikan apa salahnya mansuhkan tambatan ringgit...Tapi saudara dudeks membara tak tau lah samada indeks di BSKL boleh mencecah 1000 sebelum akhir tahun ni mungkin tidak sbb ekonomi negara kita lembab.Tambahan pula harga minyak yang naik turun dipasaran dunia menyebabkan kita tidak dapat menstabilkan ekonomi kita...
salam.... betui ka ekonomi negara kita lembap?yg saya tau ada peningkatan..hehehheehhe...minyak ni plak usa yang buat harga USD60 setong....nok wat guano
negara Islam pengeluar minyak terbesar tp Amerika plak yg bg harga... apa salahnya negaraČ Islam bergabung dan tentukan harga dipasaran... baru laa negaraČ Islam x tertindas dan ekonomi pon kukuh...
kalau nak ikutkan memang ekonomi malaysia sekrang tengah lembap. tapi belum sampai tahap ekonomi merosot..jauh lagi.. tapi lain la.. kalau ada gak lagi spekulator giler yang nak jatuhkan mata wang malaysia. Usaha memansuhkan tambatan ringgit ke atas dollar ni untuk jangka panjang memang baik. tapi untuk jangka pendek ni ada la.. segelintir pihak yang akan terasa masalah sikit bile tambatan ringgit di mansuhkan. Tu dari ape yg diberitahu oleh kengkawan mane yang keje kompeni besor besor la..... saya pun tak berani nak komen. tiap ape yang dibuat mesti ada sebab.... setiap masalah mesti ada penyelesaian.. insyaallah
assalamualaikum kalau nak ikutkan memang ekonomi malaysia sekrang tengah lembap. tapi belum sampai tahap ekonomi merosot..jauh lagi.. tapi lain la.. kalau ada gak lagi spekulator giler yang nak jatuhkan mata wang malaysia. Usaha memansuhkan tambatan ringgit ke atas dollar ni untuk jangka panjang memang baik. tapi untuk jangka pendek ni ada la.. segelintir pihak yang akan terasa masalah sikit bile tambatan ringgit di mansuhkan. Tu dari ape yg diberitahu oleh kengkawan mane yang keje kompeni besor besor la..... saya pun tak berani nak komen. tiap ape yang dibuat mesti ada sebab.... setiap masalah mesti ada penyelesaian.. insyaallah
Assalamualaikum saudara Ery...
Sebenarnya memang benar apa yang dikatakan saudara itu. It's is a good long term step to be taken by the government.
Segelintir pihak yang saudara katakan di atas itu antara nya (dari apa yang saya ketahui dalam bidang kerja saya) ialah pengeksport-pengeksport yang selama ini mendapat margin yang lebig besar hasil dari tambatan kepada US dollar.
(invoice pricing barangan dieksport rata-ratanya diquote dalam USD)
Should the value of the RM fall below the previous peg (it is more likely to fall that rises).
The current exporters will likely to received LESS AMOUNT OF RM for the same amount OF COMMODITY SHIPPED OUT OF MALAYSIA SINCE IT IS INVOICED IN USD.
Mostly yang rasa effect un - pegging ringgit to the dollar ialah tokey tokey cina jerr...
memang benar pun berape ramai manufacturer-exporter yang dari kaum melayu... mostly dipelopori oleh kaum cina. tapi kalau ada bangsa melayu kita yang nak jadi manufacturer-exporter jangan lak tak jadi. sebab ni kerugian tu cume jangka masa pendek je... Untuk jangka masa panjang insyaallah ok je...
so.... jangan lak patah semangat bagi manufacturer-exporter melayu... cube bertahan.... kite bangsa melayu memang terkenal dengan kekuatan, kegagahan dan kebijaksaan dari dulu lagi....
itulah kenyataannya.... memang benar pun berape ramai manufacturer-exporter yang dari kaum melayu... mostly dipelopori oleh kaum cina. tapi kalau ada bangsa melayu kita yang nak jadi manufacturer-exporter jangan lak tak jadi. sebab ni kerugian tu cume jangka masa pendek je... Untuk jangka masa panjang insyaallah ok je... so.... jangan lak patah semangat bagi manufacturer-exporter melayu... cube bertahan.... kite bangsa melayu memang terkenal dengan kekuatan, kegagahan dan kebijaksaan dari dulu lagi.... ok.....
Nak susah apa... gunakan lah kepakaran atau belajar cara forecast naik turun matawang ni. Baca isu semasa, belajar predict sikit perubahan masa depan menggunakan fundamental ekonomi.
Lepas tu budget lah kos kita dengan future price discount, tambah sedikit kontigensi naik turun matawang, dan quote harga pada pelanggan oversea kita dengan kadar keuntungan yg sesuai. Pasti selamat ya tak?. kalau orang lain leh buat berkurun lamanya kenapa tidak kita melayu...
CUMA JANGAN RAMAI SANGAT YANG PASANG PAKU, YANG PECAHKAN CERMIN, YANG CONTENG SANA SINI, BURUKKAN SANA SINI UNTUK JATUHKAN MELAYU YG NAK BERNIAGA DAH LAAA... BUANG LA SIFAT MELAYU KAN MELAYU TU... KITA BERI SOKONGAN DAN DORONGAN. AMACAM...?
Saya rasa pemansuhan nilai tambatan ni mgu lepas banyak dah membantu menjana ekonomi negara...saya yang bekerja di bank pun terasa perubahan tu yang mana lebih ramai yang berminat melabur diluar negara sb nilai ringgit di apungan terurus...nampaknya nilai ringgit kita semakin stabil dan semakin menjauhi niai tambatan dulu dari 3.8 kepada 3.7688 pada 27/7/05.Ini rate yang diperolehi dari bank saya la tp bank lain tak tau lah brapa di letak...Standard Chartered Bank Malaysia berhad....harap2 ia lebih kukuh ujung tahun ni....
Assalamualaikum... Maaf jika posting saya disalah ertikan... bukan niat menabur paku, menconteng dinding , mematah semangat melayu berniaga di peringkat international... Kami di sini juga usahawan melayu. cuma menyatakan hakikat ekonomi orang kita agar semua sedar komplikasi yang sedang dialami. that all... ws
walaikum salam...
Kamu ni saya perhatikan selalu kalut la Bro wira... cuba bawak bertenang sikit... general statement u make it personnal... releks laaa...