Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tambatan nilai ringgit dimansuh


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Tambatan nilai ringgit dimansuh




Assalamualaikum.


Tambatan nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar
Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan sejak 2 September 1998 bagi
menangani spekulasi mata wang, dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika
mengumumkan penarikan balik tambatan ringgit itu malam tadi berkata,
kadar tukaran mata wang tempatan dikendalikan secara apungan terurus
terhadap sekumpulan mata wang asing.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah menukar tambatan
ringgit berdasarkan sekumpulan mata wang asing bertujuan
menstabilkan nilai ringgit dan ekonomi negara itu, dijangka tidak
menjejaskan ekonomi negara.

"Sudah tentu kita mahu memastikan kadar tukaran mata wang menjadi
stabil dan tidak terlalu terdedah kepada turun naik. Kita percaya
keputusan ini baik untuk ekonomi, pasaran dan semua sektor," katanya.

Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar khas selepas
berakhirnya hari pertama Perhimpunan Agung Umno ke-56 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Beliau tidak menyatakan kumpulan mata wang asing yang akan dijadikan
asas bagi menentukan nilai apungan terurus ringgit itu.

Tindakan kerajaan itu adalah susulan pengumuman Kerajaan China
petang semalam memansuhkan penetapan kadar yuan kepada dolar AS yang
dilaksanakan 10 tahun lalu kepada apungan terurus membabitkan
sekumpulan mata wang.

Berikutan tindakan itu, Kerajaan China juga menetapkan kadar tukaran
pada 8.11 yuan kepada setiap dolar AS berbanding tambatan 8.277 yuan.

Terdahulu, Abdullah mengadakan perbincangan kira-kira 30 minit
dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang
menemuinya di PWTC.

Sementara itu, Zeti pada sidang media di Bank Negara berkata,
ringgit masih tidak boleh diniagakan di luar negara bagi melindungi
mata wang negara daripada serangan spekulator.

"Kerajaan masih mengekalkan dasar ringgit tidak boleh diniagakan di
luar negara bagi melindungi kegiatan spekulasi," katanya.

Beliau berkata, kadar tukaran ringgit akan ditentukan pasaran,
tetapi Bank Negara memantau dan campur tangan bagi memastikan
nilainya tidak terlalu tersasar daripada nilai sebenarnya
berdasarkan asas ekonomi negara.

Ditanya berapakah nilai ringgit yang akan ditambat kepada sekumpulan
mata wang asing itu, Abdullah berkata, biar asas pasaran menentukan
kadarnya "tetapi kita tidak fikir ia jauh daripada kadar tukaran
sekarang".

Zeti ketika ditemui selepas pertemuan dengan Abdullah pula berkata,
langkah apungan terurus itu akan memberi kesan positif kepada
ekonomi.

"Kita akan membenarkan mata wang itu menyesuaikan pertukaran yang
melambangkan fundamental kita," katanya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya berkata, ia akan
mengawasi kadar pertukaran ringgit berbanding sekumpulan mata wang
bagi memastikan kadar pertukaran mata wang tempatan itu kekal hampir
kepada nilainya yang wajar.

"Objektif utama dasar ialah untuk meneruskan langkah menggalakkan
kestabilan kadar pertukaran," kata bank pusat itu.

Bank pusat itu berkata, perubahan dalam persekitaran kewangan dan
ekonomi antarabangsa serta serantau menyebabkan Malaysia perlu
mempunyai satu kadar pertukaran berbanding rakan-rakan perdagangan
utamanya, khususnya negara serantau.

Berikutan itu, kestabilan kadar pertukaran ringgit berbanding mata
wang serantau semakin menjadi penting.

"Kestabilan itu boleh dicapai secara lebih baik dengan mengekalkan
nilai ringgit berbanding indeks wajaran perdagangan rakan-rakan
perdagangan utama Malaysia," katanya.

Bank pusat itu juga berkata, pengumuman itu adalah satu perubahan
dalam sistem penentuan nilai ringgit.

"Dengan mengambil kira penilaian semasa ringgit yang sejajar dengan
asas ekonomi negara dan selepas mengambil kira perkembangan di
negara rakan perdagangan, sistem baru itu tidak akan menyebabkan
kadar pertukarannya menyimpang jauh daripada tahap sedia ada,"
katanya.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

semoga BSKL dapat mencecah nilai 1000 sebelum akhir tahun atas apungan ringgit terkawal...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

dudeks_mambera wrote:


semoga BSKL dapat mencecah nilai 1000 sebelum akhir tahun atas apungan ringgit terkawal...

       Kalau ada kebaikan apa salahnya mansuhkan tambatan ringgit...Tapi saudara dudeks membara tak tau lah samada indeks di BSKL boleh mencecah 1000 sebelum akhir tahun ni mungkin tidak sbb ekonomi negara kita lembab.Tambahan pula harga minyak yang naik turun dipasaran dunia menyebabkan kita tidak dapat menstabilkan ekonomi kita...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam....
betui ka ekonomi negara kita lembap?yg saya tau ada peningkatan..hehehheehhe...minyak ni plak usa yang buat harga USD60 setong....nok wat guano

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...

negara Islam pengeluar minyak terbesar tp Amerika plak yg bg harga...
apa salahnya negaraČ Islam bergabung dan tentukan harga dipasaran...
baru laa negaraČ Islam x tertindas dan ekonomi pon kukuh...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

assalamualaikum


kalau nak ikutkan memang ekonomi malaysia sekrang tengah lembap. tapi belum sampai tahap ekonomi merosot..jauh lagi.. tapi lain la.. kalau ada gak lagi spekulator giler yang nak jatuhkan mata wang malaysia. Usaha memansuhkan tambatan ringgit ke atas dollar ni untuk jangka panjang memang baik. tapi untuk jangka pendek ni ada la.. segelintir pihak yang akan terasa masalah sikit bile tambatan ringgit di mansuhkan. Tu dari ape yg diberitahu oleh kengkawan mane yang keje kompeni besor besor la..... saya pun tak berani nak komen. tiap ape yang dibuat mesti ada sebab.... setiap masalah mesti ada penyelesaian.. insyaallah



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

ok_ery wrote:


assalamualaikum kalau nak ikutkan memang ekonomi malaysia sekrang tengah lembap. tapi belum sampai tahap ekonomi merosot..jauh lagi.. tapi lain la.. kalau ada gak lagi spekulator giler yang nak jatuhkan mata wang malaysia. Usaha memansuhkan tambatan ringgit ke atas dollar ni untuk jangka panjang memang baik. tapi untuk jangka pendek ni ada la.. segelintir pihak yang akan terasa masalah sikit bile tambatan ringgit di mansuhkan. Tu dari ape yg diberitahu oleh kengkawan mane yang keje kompeni besor besor la..... saya pun tak berani nak komen. tiap ape yang dibuat mesti ada sebab.... setiap masalah mesti ada penyelesaian.. insyaallah


Assalamualaikum saudara Ery...


Sebenarnya memang benar apa yang dikatakan saudara itu. It's is a good long term step to be taken by the government.


Segelintir pihak yang saudara katakan di atas itu antara nya (dari apa yang saya ketahui dalam bidang kerja saya) ialah pengeksport-pengeksport yang selama ini mendapat margin yang lebig besar hasil dari tambatan kepada US dollar.


(invoice pricing barangan dieksport rata-ratanya diquote dalam USD)


Should the value of the RM fall below the previous peg (it is more likely to fall that rises).


The current exporters will likely to received LESS AMOUNT OF RM for the same amount OF COMMODITY SHIPPED OUT OF MALAYSIA SINCE IT IS INVOICED IN USD.


Mostly yang rasa  effect un - pegging ringgit to the dollar ialah tokey tokey cina jerr...


Sebabnya....


Berapa ramai manufacturer-exporter yang melayu?


Begitu lah hakikat Malaysia saudara saudara ku...


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

itulah kenyataannya....


memang benar pun berape ramai manufacturer-exporter yang dari kaum melayu... mostly dipelopori oleh kaum cina. tapi kalau ada bangsa melayu kita yang nak jadi manufacturer-exporter jangan lak tak jadi. sebab ni kerugian tu cume jangka masa pendek je... Untuk jangka masa panjang insyaallah ok je...


so.... jangan lak patah semangat bagi manufacturer-exporter melayu... cube bertahan.... kite bangsa melayu memang terkenal dengan kekuatan, kegagahan dan kebijaksaan dari dulu lagi....


ok.....



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:

ok_ery wrote:


itulah kenyataannya.... memang benar pun berape ramai manufacturer-exporter yang dari kaum melayu... mostly dipelopori oleh kaum cina. tapi kalau ada bangsa melayu kita yang nak jadi manufacturer-exporter jangan lak tak jadi. sebab ni kerugian tu cume jangka masa pendek je... Untuk jangka masa panjang insyaallah ok je... so.... jangan lak patah semangat bagi manufacturer-exporter melayu... cube bertahan.... kite bangsa melayu memang terkenal dengan kekuatan, kegagahan dan kebijaksaan dari dulu lagi.... ok.....


Nak susah apa... gunakan lah kepakaran atau belajar cara forecast naik turun matawang ni. Baca isu semasa, belajar predict sikit perubahan masa depan menggunakan fundamental ekonomi.


Lepas tu budget lah kos kita dengan future price discount, tambah sedikit kontigensi naik turun matawang, dan quote harga pada pelanggan oversea kita dengan kadar keuntungan yg sesuai. Pasti selamat ya tak?. kalau orang lain leh buat berkurun lamanya kenapa tidak kita melayu...


CUMA JANGAN RAMAI SANGAT YANG PASANG PAKU, YANG PECAHKAN CERMIN, YANG CONTENG SANA SINI, BURUKKAN SANA SINI UNTUK JATUHKAN MELAYU YG NAK BERNIAGA DAH LAAA... BUANG LA SIFAT ME LAYU KAN MELAYU TU... KITA BERI SOKONGAN DAN DORONGAN. AMACAM...?



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

 


Assalamualaikum...


Maaf jika posting saya disalah ertikan...


bukan niat menabur paku, menconteng dinding , mematah semangat melayu berniaga di peringkat international...


Kami di sini juga usahawan melayu.


cuma menyatakan hakikat ekonomi orang kita agar semua sedar komplikasi yang sedang dialami.


that all...


ws


 


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Waalaikumsalam,,,


Saya rasa pemansuhan nilai tambatan ni mgu lepas banyak dah membantu menjana ekonomi negara...saya yang bekerja di bank pun terasa perubahan tu yang mana lebih ramai yang berminat melabur diluar negara sb nilai ringgit di apungan terurus...nampaknya nilai ringgit kita semakin stabil dan semakin menjauhi niai tambatan dulu dari 3.8 kepada 3.7688 pada 27/7/05.Ini rate yang diperolehi dari bank saya la tp bank lain tak tau lah brapa di letak...Standard Chartered Bank Malaysia berhad....harap2 ia lebih kukuh ujung tahun ni....


Wasalam....



__________________
affende


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:

wrote:


  Assalamualaikum... Maaf jika posting saya disalah ertikan... bukan niat menabur paku, menconteng dinding , mematah semangat melayu berniaga di peringkat international... Kami di sini juga usahawan melayu. cuma menyatakan hakikat ekonomi orang kita agar semua sedar komplikasi yang sedang dialami. that all... ws    


walaikum salam...


Kamu ni saya perhatikan selalu kalut la Bro wira... cuba bawak bertenang sikit... general statement u make it personnal... releks laaa...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard