Sekalipun isu AP dan ‘penyingkiran ‘ Ketua Pegawai Eksekutif Proton Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff menjadi tajuk utama sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad Selasa tetapi beberapa komentar dan kata-katanya yang dinilai agak sinis telah mencetuskan pelbagai tanggapan.
Mereka yang mengenali stail dan body language bekas Perdana Menteri itu ketika bercakap membuat andaian bahawa beliau seolah-olah ingin menyuarakan rasa tidak puashatinya terhadap sesuatu yang lebih dari soal AP dan Tengku Mahaleel.
Sebelum ini keputusannya tidak menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lalu dengan alasan kerana kebetulan bercuti di Argentina dan ada undangan dari kerajaan Colombia telah mencetuskan tandatanya.
Menurut sesetengah pemerhati politik ini kerana beliau dengan mudah boleh menjadualkan semula percutian dan undangan berkenaan untuk menghadiri majlis perasmian perhimpunan itu yang berlangsung pagi Khamis lalu.
Dr Mahathir kembali ke Malaysia pada hari Ahad iaitu sehari selepas perhimpunan selesai.
Dalam sidang akhbar yang berlangsung di ibupejabat Petronas di KLCC itu Dr Mahathir memang tidak menyembunyikan rasa kurang senangnya terhadap keputusan Lembaga Pengarah Proton enggan berunding untuk menyambung kontrak Tengku Mahaleel.
Dalam soal Rafidah pula beliau terbuka mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ‘ mengelirukan’ perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO semasa memberi penjelasan mengenai AP.
Ketika menilai apa yang tersirat disebalik sidang akhbar itu,ramai pemerhati yang tertarik pada komentarnya seperti menyebut ada politik ‘kuasa besar’ disebalik keputusan terhadap Tengku Mahaleel.
Andaiannya yang popular... ialah lojiknya umum tahu kerana sebagai sebuah syarikat milik kerajaaan Lembaga Pengarah Proton tidak mungkin berani buat keputusan tanpa mendapat restu dari pihak atasan yakni… kerajaan.
Tandatanya yang tidak kurang menarik ialah siapa yang Dr Mahathir maksudkan bila berkata, “ramai orang cakap benda baik-baik dengan saya,tetapi sebaliknya lawan saya,kemudian kalah dan saya tidak berdendam.
“Saya ambil mereka dalam kabinet,saya naikkan balik.”
Katanya itu adalah lumrah politik dan beliau tidak pernah rasa kecewa dengan apa yang berlaku.
Sekalipun beliau menyatakan demikian dalam kontek soalan mengenai Rafidah menggangapnya sebagai seorang bapa tetapi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu adalah penyokong kuat beliau sejak dulu dan tidak pernah terkeluar dari kabinet.
Apakah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir itu merujuk kepada pemilihan tahun 1987 bila mana ‘Team A’ pimpinannya berentap dengan ‘Team B’ pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Jika mengambil dalam kontek itu antara yang terkeluar dari kabinet dan kemudiannya diambil semula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dan jika andaian itu benar…soalnya apakah isu yang membuat Dr Mahathir merasa begitu.
Sehingga satu jawapan pasti diperolehi …semua ini dikatakan boleh mencetuskan satu polimek baru dalam senario politik negara.
Nampaknya panjang lagi cerita pasal AP.Ketika para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO masih berbelah bagi mengenai penjelasan yang diberikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz ,Selasa bekas Perdana Menteri dan Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa beliau tidak membuat kenyataan yang benar.
Beliau membuat dakwaan itu dalam satu kenyataan 21 perkara yang diedarkan kepada media.
Katanya pada mulanya selepas menjawab surat penjelasan yang dihantar oleh Rafidah beliau tidak bercadang untuk membuat apa-pa kenyatan lagi.
Namun begitu katanya kerana menteri itu tidak memberi penjelasan yang benar kepadfa perwakilan UMNO dan orangramai beliau terpaksa membuat kenyataan ini.
Dr Mahathir berkata dakwaan Rafidah di Perhimpunan Agung UMNO dan juga dalam temuramah televisyen bahawa "saya mungkin sudah lupa itu dan ini" adalah tidak benar.
"Walaupun saya sudah berusia 80 tahun saya belum lagi nyanyok," katanya.
Berbeza dengan matlamat asal pemberian AP yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan Bumiputera dalam industri kereta, Dr Mahathir berkata pemberian AP telah menguntungkan segelintir Bumiputera, terutama apabila dua tiga orang yang tidak ada kedai (bilik pameran) mendapat beribu-ribu AP.
Katanya perkelahian mengenai isu AP bukanlah perbezaan kenyataan antara mana-mana individu atau antara menteri dengan pesara (dirinya sendiri), sebaliknya, ia adalah berkenaan sebuah perusahaan nasional.
Antara isu yang dipertikaikan ialah semasa beliau menjadi Perdana Menteri tidak ada keputusan oleh kerajaan untuk tidak mengisytiharkan nama-nama pemegang AP kepada orang ramai.
"Mungkin kerajaan sekarang telah membuat keputusan ini (untuk tidak mengisytiharkan nama-nama berkenaan).
"Soalnya ialah apakah keputusan ini (untuk tidak mengisytharkan nama-nama itu) dibuat sebelum atau selepas menteri membuat kenyataan bahawa dasar kerajaan tidak membenarkan nama-nama pemegang AP diumumkan," katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata walaupun tidak ada larangan secara rasmi bahawa pegawai yang baru bersara diberi peluang istimewa oleh kerajaan, tetapi umum tertanya-tanya "kenapa bekas pegawai ini, dengan tidakpun memiliki syarat-syarat yang ditetapkan telah diberi beribu-ribu AP."
Katanya ramai peniaga kereta yang termasuk ahli Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah meminta AP tetapi tidak dapat.
"Mereka juga tidak diberitahu berkenaan kategori AP Francais.
"Jika mereka telah menerima AP kategori ini yang melayakkan anugerah AP yang banyak," katanya.
Pengenalan AP francais ini tidak diumum kepada peniaga kereta secara terbuka, kata Dr Mahathir.
Katanya tiba-tiba kategori ini diperkenalkan dan orang tertentu mendapat AP yang begitu banyak dalam kategori ini.
Dr Mahathir berkata AP terbuka dahulu membolehkan pemegang mengimport pelbagai jenama.
Apabila diperkenalkan AP francais hanya mereka yang dapat francais ini sahaja yang boleh mengimport jenama berkenaan, katanya.
Ekoran itu, menurutnya mereka yang dahulu dibenarkan mengimport melalui AP terbuka, sekarang tidak lagi dapat mengimport melalui AP terbuka.
Mereka yang mendapat francais ini bukanlah peniaga tetapi bekas pegawai kementerian, Mereka ini mendapat beribu-ribu AP walaupun tidak ada kemudahan untuk memasang atau menjual kereta-kereta ini.
Mereka hanya menyerah (dengan bayaran tertentu) kepada pihak yang mampu memasang dan menjual kereta jenama tertentu ini, katanya.
Dr Mahahtir berkata beliau telah menerima surat serta lampiran daripada Rafidah yang tidak menjadi bukti akan kebenaran dakwaan yang dibuat menteri berkenaan.
Ia termasuk kelulusan untuk Naza Ria menjadi kereta nasional, jumlah AP yang dikeluarkan pada 2004-2005, asas dan syarat untuk keluaran AP, jenis AP yang dikeluarkan nama-nama mereka (syarikat/individu) yang mendapat AP dan jumlah yang didapati masing-masing.
"Saya tidak irihati dengan orang Melayu yang menjadi kaya. Tetapi kekayaan mereka hendaklah dengan jalan yang sah," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau telah "berkali-kali menegur mereka yang menjual AP untuk cepat kaya."
Katanya ternampak jelas yang penjualan AP berleluasa sekarang.
"Adalah menjadi tanggungjawab seseorang menteri untuk memerhati keadaan supaya sebarang penyelewengan tidak berlaku," katanya.
Beliau berkata butiran terperinci berkenaan surat menyurat antara pihak-pihak berkenaan akan disusuli kemudian untuk mengelak daripada pertikaian.
Soal kualiti Proton tidak timbul kerana Proton berjaya menembusi pasaran yang canggih seperti United Kingdom dan Australia, katanya.
Namun, keluaran model baru tetap mempunyai sedikit kecacatan, katanya.
Menurutnya, berpuluh ribu kereta jenama terkenal biasa di tarik balik kerana kecacatan tertentu. Ini termasuk Mitsubishi, Chevrolet, Ford dan lain-lain.
Beliau berkata penjelasan ini dibuat untuk melindungi "maruah dan kepentingan negara dan sebuah perusahaan nasional yang berjaya.
"Saya tidak menerima barang satu senpun sebagai penasihat Proton.
"Jika anak saya dapat sebilangan yang kecil (95 AP) untuk kereta Porsche, ia adalah mengikut syarat. Untuk menjual 50 biji kereta jenama ini tidak mudah," katanya.
"Janganlah seperti dahulu mengaitkan keluarga saya apabila perbuatan yang tidak harus dibuat dilakukan," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau terpaksa mendedah sepenuhnya kerana kepentingan perusahaan (kereta) negara dan bukan "seperti yang didakwa oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris kerana saya tidak dapat AP."
Katanya, pada mulanya setelah menjawab surat menteri dengan salinan kepada Kabinet beliau tidak berhajat untuk membuat apa-apa kenyataan lagi.
"Terpulanglah kepada Kabinet untuk menentukan apakah yang benar dan apa yang tidak benar.
"Tetapi oleh kerana menteri tidak membuat kenyataan yang benar kepada perwakilan UMNO dan orang ramai, maka terpaksalah saya membuat penjelasan," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata: "Saya pernah menjadi Menteri Perdagangan dan Industri. Penjelasan oleh menteri bahawa apabila beliau mengambil alih kementerian terdapat ramai yang diberi AP yang tidak memenuhi syarat dan beliau membatalkan AP kepada mereka, mencerminkan ketegasan menteri pada masa itu.
"Siapakah Menteri Perdagangan dan Industri yang mendahului menteri sekarang? Jika tidak disebut mungkin ada yang memikir sayalah orangnya."
Menurutnya, AP mula dikeluar pada tahun tujuh puluhan, sebelum ada Proton.
Pada masa itu, beliau berkata orang Melayu tidak dapat masuk perniagaan kereta kerana ejen-ejennya seperti Kah Motors (Honda), UMW (Toyota) dan Cycle and Carriage (Mercedes) dan lain-lain terdiri daripada bukan Bumiputera.
"Mereka (bukan-Bumiputera) enggan memberi peluang bagi peniaga Bumiputera," kata Dr Mahathir.
Kereta-kereta yang dipasang dalam negara atau diimport oleh ejen, peniaga (pengedar) atau pengimport rasmi tidak boleh diimport oleh sesiapa lain tanpa membayar "over-riding" komisyen kepada ejen rasmi.
Justeru itu, AP diberi untuk import kereta terpakai yang telah dibaiki.
Walaupun ramai Bumiputera yang menjual AP, tetapi terdapat Bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan ini, antara mereka Tan Sri S.M. Nasimuddin, katanya.
"Tanpa AP, ini tidak mungkin ada peniaga kereta Bumiputera sebelum Proton dikeluarkan," katanya.
Pengeluaran Proton berjaya mengurangkan import kereta buatan asing oleh ejen-ejen bukan Bumiputera.
Katanya sudah tentu lebih banyak permintaan untuk Proton lebih ramailah ejen Bumiputera dan lebih larislah penjualan oleh mereka.
Sebaliknya, apabila AP diberi dengan lebih banyak kepada sebilangan kecil Bumiputera dan mereka ini pula tidak ada apa-apa persediaan untuk berniaga, maka tentulah jumlah peniaga kereta Bumiputera tidak bertambah dengan banyak dan penjualan Proton oleh ejen-ejen Proton yang terdiri daripada Bumiputera tidak akan laris, katanya.
Lagipun, harga kereta asing yang diimport dengan AP ini terlalu rendah yang mana ini membolehkan kereta ini diberi diskaun yang tinggi dan penjualan mereka menjadi laris.
Di masa yang sama ejen Proton tidak dapat ditambah, kata Dr Mahathir
Bukan lagi tersirat, dah tersurat pun, cuma amat santun adanya.
Mahathir bedal Pak Lah dengan ungkitan di mana Pak Lah di suatu ketika dulu. Implikasinya Pak Lah tak kenang budi.
Tapi di masa yang sama dalam mengata dulang, paku Mahathir serpih. Mahathir kata Mek Fidah bohong, tapi Mahathir mungkin lebih.
Apa, yang Mahathir dok hempas pulas ni, apasal? Tak perlu bohong kata "saya cuma bertindak kerana saya sayang Proton." Itu statmen yang mengelirukan.
Pertimbangkan hakikat ini: Selama 20 tahun Proton guna enjin yang sama, enjin Megavalve. Hampir 12 tahun, model tercanggih Proton -- Wira -- tak berubah rekabentuk. Kot ada pun, perubahan yang terlalu amator (amateurish). Tak ubah modify kat kedai aksesori.
Mengapa jadi gitu? Sedangkan kita tahu evolusi rekabentuk kereta2 Mitsubishi kini adalah sama canggih dengan Honda dsb. Mengapa sebegitu lama rakyat Malaysia dihentak dengan rekabentuk basi dan enjin zaman Tok Kadok?
Malaysia negara serba boleh. Ingin jadi "ter" dalam bentuk apa? Tertinggi? Sekoyon koyon wujud Menara Kembar. Ingin ibu negara terbaru. Tup tup timbul Putrajaya. Lantaran tak masuk akal Proton tak boleh atasi masalah rekabentuk dan pembuatan enjin jika wujud kemahuan politik.
Masalahnya selama hampir 12 tahun Proton jadi jumud. Nampak macam ikut telunjuk Mitsubishi, seolah-olah dah termakan nasi kangkang Mitsubishi. Mengapa jadi gitu?
Mahathir biasa lawan Amerika. Mahathir biasa hampok Israel dalam forum antarabangsa. Kedua-duanya kuasa terbesar dunia masa kini. Tetapi, mengapa selama ini Mahathir tak "bisa" lawan Mitsubishi?
Ada Vespa di balek Proton? Atau, ada saham dalam syarikat pengeluar enjin Proton di Jepun?
Assalamualaikum... dh lama x baca info saudara jebatderhaka...sekali info pjg lebaq betoi...apa² pon saya stuju ngan info saudara jebatderhaka...masakan pokok bergoyang tanpa angin...
Assalamualaikum... dh lama x baca info saudara jebatderhaka...sekali info pjg lebaq betoi...apa² pon saya stuju ngan info saudara jebatderhaka...masakan pokok bergoyang tanpa angin... -- Edited by yus_padi at 11:39, 2005-07-29
Sdr.ku yus padi...apa khabar? lama juga tak dengar suara yea...
Sy skg ni sibuk gilerrr.Ekonomi pun tak berapa lancar...Bila nak balik kampung???Apepun jgn lupa kirim salam kat jemaah kita di sebelah sana.Insya-allah ada rezeki bertemulah kita...
Sdr.ku yus padi...apa khabar? lama juga tak dengar suara yea... Sy skg ni sibuk gilerrr.Ekonomi pun tak berapa lancar...Bila nak balik kampung???Apepun jgn lupa kirim salam kat jemaah kita di sebelah sana.Insya-allah ada rezeki bertemulah kita...
habaq baik...raya sampei laa kot...saya memang tiap² ari sebok...almaklumlah library mana yg takdak org...insyallah...akan saya sampeikan...
Lantak la kau......kalau betul semua tanggapan tu ALLAH je la yang balas kat Tun Mahathir.
Kalau tak betul.....dah kira fitnah tu....ALLAH balas gak tapi kat ko le...
Jangan marah aaaaaaaaa...
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............