Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kajadian sebenar Di Sempadan Thai


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Kajadian sebenar Di Sempadan Thai


Asssalamulaikum semua Abg Long˛,Adik˛ dan warga forum sekelian,


Semalam saya ada menonton satu VCD yang mengisahkan kejadian sebenar di sempadan Thai,apa yang saya lihat dan tahu ianya berpunca dari perancangan Presidin Thai yang bersekutu dgn bush membuatkan orang Islam marah.


1) Dia megarahkan semua senjata orang Islam dirampas termasuk yg ada lesen.


2) Dia mengarahkan semua ulamak islam ditahan dan itu yang buat orang islam hilang sabar dan berkumpul lalu membuat bantahan dalam huru hara itu lah Askar Islam Thai dihantar beroperasi di Bongkok supaya mudah segala rancangannya itu berjaya,setelah berkumpul barulah kawasan itu dikepung dan semua yang merusuk ditahan dan ada juga yang dibunuh,lebih kurang 200 atau lebih orang islam mati.Tahanan dicampak seperti guni getah buku kedalam trak mereka,ada yang dipijak,


Jadi disini banyak pengajaran dalam trajedi ini,Jadi kita perlulah berjuang demi agama bangsa dan tanahair ///  



__________________
hidup demi alif ba ta


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
copy & paste jer..


IRA ataupun Irish Republican Army (Tentera Republik Ireland) diasakan oleh Michael Collins pada tahun 1916. Matlamat utamanya adalah bagi menamatkan penjajahan British ke atas Ireland Utara dan membawanya keluar dari Untited Kingdom dengan cara mengangkat senjata. Disamping itu ia juga berhasrat menyatukan Ireland sebagai satu Republik.

Ia bermula dengan sengketa antara mazhab Katolik dan Protestan yang berbeza sehinggalah menjangkau kepada perjuangan politik dan tuntutan pembebasan dan kemerdekaan.


Petikan kata-kata seorang bekas pejuang IRA yang mati dalam tahanan British

Pada tahun 1949 pergerakan ini diharamkan oleh kerajaan. Ia bergerak secara gerila dan telah mencetuskan banyak kemusnahan sehingga mengorbankan lebih 3000 nyawa dan mencederakan puluhan ribu lagi sepanjang sejarahnya.

Antara serangan-serangan ganas yang melibatkan IRA adalah:

- Pengeboman serentak ke atas dua buah pub di Birmingham, England yang telah membunuh 21 orang serta mencederakn 160 yang lain pada bulan November 1974

- Membunuh sepupu kepada Queen Elizabeth II iaitu Lord Louis Mountbatten dan tiga yang lain dengan cara meletupkan bot beliau dan pada hari yang sama turut membunuh 19 orang anggota tentera elit British dari Regimen Payung Terjun melalui kaedah bom remote controlled. Kedua-duanya pada bulan Ogos 1979.

- Mengebom sebuah hotel di kawasan pantai Selatan England yang menjadi tuan rumah kepada perhimpunan agung parti konservatif pimpinan PM Margaret Thatcher ketika itu. Ianya nyaris mengorbankan PM tersebut namun 5 orang telah terbunuh iaitu pada bulan Oktober 1984.

Dan sejak akhir-akhir ini ia juga turut terlibat dalam kegiatan jenayag terancang termasuklah merompak bank, memeras ugut, menyeludup dan sindiket wang palsu. Pada bulan Disember lalu IRA terlibat dalam romapakan bank yang terbesar di England iaitu melibatkan jumlah USD50 juta!

Sebelum itu IRA telah mengasaskan sayap politknya Sein Feinn sebagai satu persediaan bagi golongan ini untuk mengambil bahagian dalam politik dan proses pilihanraya. Ianya diketuai oleh Gerry Adams dan pernah memenangi beberapa kerusi dalam pilihanraya umum.

Dan kini pada hari ini IRA mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan meletakkan senjata dan menggugurkan gerakan militannya untuk beralih menggerakkan perjuangan melalui kaedah berpolitik yang lebih aman.

Apa yang menarik dalam isu ini adalah betapa barat memandang ringan terhadap ancaman IRA ini kalau nak dibandingkan dengan kumpulan militan yang dianggotai oleh orang Islam contohnya Al Qaeda dan lain-lain. Perjuangan IRA dianggap sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan manakala perjuangan PULO ataupun Patani United Liberation Organization (Persatuan Pembebasan Patani di Selatan Thai) dikira sebagai pengganas dan terroris.

Sedangkan kalau mahu dibandingkan dengan PULO rasanya kemusanahan dan porak-peranda yang telah dicetuskan oleh IRA lebih besar dan mengorbankan lebih banyak mangsa.

Bagi kita apa sahaja gerakan teroris da pengganas yang membunuh dan mencederakan mangsa yang tidak berdosa bagi maksud menggerakkan perjuangannya adalah salah tidak kira samada ia IRA atau Al Qaeda atau apa sahaja.

Mengapa ada double standard ini?

Demikianlah mahalnya warna kulit seseorang dalam dunia bertamaddun, maju dan membangun hari ini. Kalau seseorang itu berkulit putih, tak kiralah sejahat mana sekalipun ia namun demi kehebatan kulitnya itu maka ia akan diberi penghormatan dan pengiktirafan.

Kita lihat dalam kes pengganas biadap Serb Bosnia iaitu Radovan Karadzic yang telah membunuh ratusan ribu umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, tiada pun tentera Amerika yang turun menjejak melakukan kepungan atau seumpamanya, tiada pun gereja yang dicerobohi tiada pun sekolah-sekolah agama Kristian diselongkar, tiada pun pendita Kristian ditangkap akan tetapi apabila pengganas itu beragama Islam maka habis masjid, madrasah, mudir dan ustaz akan diperlakukan bagai orang salah belaka.



Berbalik kepada kes IRA ini, begitu mudah, hanya dengan satu pengisytiharan, bahawa mereka mahu meletakkan senjata dan kembali kepangkuan masyarakat meneruskan perjuangan melalui lunas demokrasi maka seluruh dosa mereka diampunkan oleh kepala-kepala yang berkuasa di Barat.

Bagi umat Islam, tidak kira samada PULO atau MILF atau rakyat Palestin atau GAM atau sesiapa sahaja, janganlah sekali-kali diharapkan pengiktirafan sebegini akan diberikan. Lihatlah nasib saudara-saudara kita di Guantanamo Bay.

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah dan mulia ini, elok sangatlah kita merenung sejenak hakikat ini, ingat dan sedarlah wahai saudara-saudara ku.


__________________
wann


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
RE: Kajadian sebenar Di Sempadan Thai


assalamualaikum///
kojaq tui la taksin sinawatra ni,ada ka bersekongkol ngan bush ......
tak patut tui ka org ISLAM diperlakukan sebegini
tak pa di thailand pon kita ada pergerakan seperti pekida yg boleh sama sama membantu umat ISLAM di sana dan sama sama lah kita berdoa supaya ALLAH melindungi mereka...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Sabaq intel centrino...KIta doakan lah agar roh mereka yg beriman dicucuri oleh Allah...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
RE: Kejadian sebenar Di Sempadan Thai


Betapa propaganda media kafir telah berjaya memusingkan cerita..


Kita bukan kalah semua!!!



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
RE: Kajadian sebenar Di Sempadan Thai


mohon negara2 lain selain US yg ada kuasa veto bergabung selamatkan umat islam

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

waalaikumussalam warahmatullah...


Satukan negara-negara islam insyaallah segala penganiyaan terhadap umat islam dapat dibanteras dan dibendung...


"bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"


 



__________________
pantang berundur sebelum ajal///
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Betul tu semua,kita mesti berganding bahu untuk ubah semua ni..


BERJUANG DEMI AGAMA , BANGSA DAN NEGARA...


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard