Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MANDI SYAHID


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
MANDI SYAHID


Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.
1.1 Jenis berperang terbahagi kepada :
i. Syahid dunia dan akhirat, iaitu mereka
yang mati dalam peperangan kerana menegak
agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat
untuk membolot harta rampasan dalam
peperangan itu.

ii. Syahid dunia, iaitu mereka yang mati dalam
peperangan dengan tujuan utamanya untuk
membolot harta rampasan di samping
berperang menegak agama Islam.

iii. Jenis tidak berperang iaitu mereka yang
mati kebakaran, mati serta merta terkena
wabak, mati beranak, mati sedang belajar
dan lain-lain lagi.

1.2 Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.

Sabda baginda, maksudnya :
"Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak di hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka."

Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu.

1.3 Adapun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak semasa di dunia ia perlu dilaksanakan sebagai orang mati biasa dengan wajib mandi, kapan, sembahyang dan dikebumikan.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard