R&D bercita cita untuk membantu Kerajaan ke arah mengujudkan sistem & kaedah perlaksanaan pendidikan berskala internasional melalui sebuah kampus yang mampu membawa peradaban terpadu, bertunjangkan semangat Agama tetapi dengan sistem perlaksanaan yang Moden.
Ingin kami jayakan satu Sistem Pendidikan yang diharapkan dapat mempersiapkan anak didik agar sanggup, siap sedia dan mampu untuk hidup secara dinamik di lingkungan negara, bangsanya dan menyusun atur masyarakat antarbangsa dengan penuh kesejahteraan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrowi.
Ingin kami jayakan Sebuah kampus yang bertujuan mempersiapkan peserta didik untuk
beraqidah yang kokoh dan kuat terhadap Allah dan Syari’at-Nya,
menyatu di dalam tauhid,
berakhlaq al-karimah,
berilmu pengetahuan luas dan
berketerampilan tinggi (menguasai science & technology dengan segala perkembangannya)
KESEMUA yang di atas tersimpul dalam ‘basthotan fil ‘ilmi wal jismi’.
Pendidikan yang kami cita citakan itu haruslah mendedahkan dan membangunkan segala kegiatan umat manusia, baik dari sudut ekonomi, sumber tenaga/energi, alam sekitar, sosial dan lain-lain. Malaysia harus masuk dalam zone of peace and democracy jika ingin menjadi negara yang beradab dan bermoral di muka bumi ini bersama-sama dengan negara-negara lain.
SEMUA INI TIDAK AKAN DAPAT DI CAPAI TANPA SATU PENDEKATAN PENDIDIKAN YANG MENGGUNAKAN MANAGEMENT ILAHIAH, BERTERASKAN ISLAM, AKIDAH YANG BERSISTEMATIK SERTA DILAKSANAKAN SECARA PENUH TERURUS DAN INTIM. DENGAN HANYA SATU SIFAT YANG TERTANAM KUAT DALAM DIRI PENDIDIK IAITU MENGAJAR DAN MENDIDIK SEBAGAI ASAS IBADAH (PENGABDIAN) KEPADA ALLAH.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
wat a great idea... mudah mudahan allah permudahkan segala urusan... insyaallah. Teruskan kanda Mas, biar apa orang kata, biar apa orang fitnah... ingat kata Dato Presiden di Sepang baru baru ini...,
R&D adalah agen pembaharuan, agen pembangunan dan calun pemimpin masa depan.
wat a great idea... mudah mudahan allah permudahkan segala urusan... insyaallah. Teruskan kanda Mas, biar apa orang kata, biar apa orang fitnah... ingat kata Dato Presiden di Sepang baru baru ini..., R&D adalah agen pembaharuan, agen pembangunan dan calun pemimpin masa depan.
Mereka merancang dan Allah pun merancang, rancangan Allah lah yang akan berjaya...