KUALA KEDAH: Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemui dalam sebuah beg di dalam tandas lelaki oleh seorang ahli jawatankuasa Masjid Darul Ihsan, Kubang Rotan, di sini, pagi semalam.
Idris Shaari, 55, menemui bayi seberat 2.3 kilogram itu kira-kira jam 11.30 pagi ketika hendak membuang air di masjid berkenaan.
Apabila melihat beg berwarna merah tersandar di tepi pintu tandas itu, beliau membuka zip berkenaan untuk mengetahui kandungan beg itu.
"Saya tidak berani mengangkat bayi berkenaan sebaliknya menghembuskan angin ke muka bayi serta membuka beg itu seluas-luasnya untuk memberi ruang udara kepada bayi itu bernafas.
"Bayi itu kemudiannya menangis dan mula bergerak. Saya kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Kedah untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi itu dan meminta penduduk kampung terutamanya bidan kampung dan jururawat menghubungi polis sekiranya mengesyaki wanita baru bersalin mendapatkan rawatan.
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"