Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: IFC : Rais Yatim menghina Islam


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:
IFC : Rais Yatim menghina Islam


IFC: Dua kenyataan berbeza pemimpin Islam Hadhari

Isu penubuhan Suruhanjaya Antara Fahaman (IFC) mendapat reaksi berbeza dua pemimpin Umno yang menyanjung konsep Islam Hadhari.

Kenyataan dan pendirian berbeza disampaikan oleh dua menteri ternama serentak pada hari yang sama dalam majlis yang berasingan.

Abdullah Mohd Zin tolak keras IFC

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdullah Md. Zin berkata, Suruhanjaya Antara Fahaman (IFC) tidak boleh diwujudkan di negara ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau menegaskan, jika IFC ditubuhkan tentunya agama Islam akan turut berada di bawah suruhanjaya ini.

"No way, mana boleh, saya membantah perkara ini," tegas beliau sambil menyifatkan usaha yang diterajui Majlis Peguam itu sebagai `membuka' isu lama.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati ketika memperkatakan sesuatu isu yang cuba menyentuh institusi keagamaan di negara ini.

"Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu (menubuhkan IFC) kerana perlembagaan negara ini telah menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Kalau IFC ditubuhkan bererti Islam pun sudah pasti akan turut berada di bawah suruhanjaya itu, bagaimana ni?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian program Kajian Lapangan Dalam Komuniti 2005 di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua, di sini hari ini.

"Kalau hendak diletakkan agama mereka sahaja (tidak termasuk agama Islam) itu terserah... tapi kalau nak letak Islam di bawah Suruhanjaya Antara Agama itu tidak boleh dan amat bercanggah," katanya.

Rais sokong dan sama rata semua agama

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Mohd Rais Yatim dalam ucaptama perasmian persidangan IFC di Hotel Equatorial, Bangi semalam menyatakan, baginya tidak ada halangan untuk menubuhkan IFC.

Katanya lagi, penubuhan IFC boleh membantu kepada persefahaman antara agama selain menggalakkan amalan hidup secara harmoni semua penganut agama.

Rais dalam sidang medianya juga menyatakan penubuhan IFC ini sejajar dengan pelaksanaan konsep Islam Hadhari yang mahu rakyat hidup dalam suasana harmoni.

Ujarnya, dengan adanya IFC semua penganut agama boleh menganjur dan menghadiri perayaan pelbagai agama seperti perayaan Krismas, Deepavali, Hari Raya Puasa, Tadau Kamaatan dan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, dalam ucaptama yang sama Rais telah membuat kenyataan yang dikatakan boleh menjejaskan akidah malah menghina Islam.

"Tidak ada mana-mana penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka lebih baik dari agama lain,'kata Rais.

Kenyataan itu kemudian mendapat respon dan kecaman dari beberapa pihak.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam...


saya nak kongsi pandangan dan pendapat dalam topik ini.


Bagi saya,IFC ada langkah pertama untuk menghilangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.Bagi saya perlembagaan negara adalah sesuatu yang tak perlu kita pertikaikan atau perbahaskan..sbg contoh Bahasa Melayu sebagai agama rasmi,jadi isu ini tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan lagi.


Jadi dgn wujudnya IFC ini,kelonggaran untuk menegakkan islam sebagai agama rasmi akan terjadi.Islam akan menjadi topik perbahasan dan akan menjadi perbincangan antara golongan kafir.Saya bangkang sekeras kerasnya IFC ini.


__________________________________________________________


Satu lagi...kita perlu jaga akidah diri sendiri,bukan saja menyertai perayaan,malah mengucapkan Selamat Deepavali dengan rela hati,tanpa hati hati juga sebenarnya kita meredhai agama hindu itu sendiri.Dimana akidah diri kita....kalau ucapan Selamat tahun baru cin pula,ianya tiada kena mengena dgn agama cina sbb CNY itu hanya lah perayaan taun baru untuk bangsa cina.


Jadi,hati hati dgn apa yang disampaikan dan dgn apa pegangan kita.Walaupun diri saya ni tak sesempurna saudara saudara semua,tapi inilah pendapat dan pegangan saya.


terima kasih...kalau salah tlg betul kan.



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Assalamualaikum,


Herm.., Islam nih dah cukup cantik dan terbaik, " IFC boleh membantu kepada persefahaman antara agama selain menggalakkan amalan hidup secara harmoni semua penganut agama.." herm, dah ada lama dah dlm al-quran sebagai petunjuk jalan ... apa lagi yang tak ada, nak berkawan semua dah dok ada dalam tu ... sebelum manusia nih tahu menulis membaca pun dah ada awai dah dalam al-quran, mengajak kita belajar membaca menulis .. (dia tahulah apa yang nak jadi ngan donia nih .. hehe sebab dia pencipta). Kalau boleh afundi saya nak afundi 'NO KFC .. eh silap IFC'....nak gerudi ngan mrbean.


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Saya setuju ngn saudara Betara...Afundi keluar ja...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard