Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kelebihan sujud & 7 kalimah


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:
Kelebihan sujud & 7 kalimah


Assalamualaikum...///


Sedikit pengetahuan buat kanda2 & dinda yang di kasihi...


...............................................................................................................................



Sujud lega sistem pernafasan.  MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam
tidak sedar  mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan
Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai
kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika
solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka
menggalakkan kita bersujud lebih lama.



Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud
pula boleh:



- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.



- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.



- melegakan sakit hernia. (burut)



- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.



- melegakan paru-paru daripada ketegangan.



- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.



- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.



- meringankan bahagian pelvis.



- memberi dorongan supaya mudah tidur.



- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.



- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic  memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.



- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.



- mengurangkan kegemukan.



- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut (convulsions).



- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.



- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening
kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali
gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa
urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan
setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi
secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat



> > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >



" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut
"



1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.



2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.



3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak
patut



4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari
esok.



5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai  dan tak diingini.



6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima  musibah.



7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau
sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!


Wassalam...///



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
RE: Kelebihan sujud & 7 kalimah


Waalaikumsalam///


Terima kasih atas info yg sangat berguna ni...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:

Waalaikumsalam...

maklumat yang berguna. alhamdulillah. bertambah sikit pengetahuan agama.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:

terima kasih saudara

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Segala suruhan dan larangan Allah pasti ada hikmahnya..

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Terima kasih kerana keluarkan oinfo seperti ini,saya byk belajar walaupun ia hanyalah satu forum,ia mengajar kita pada jalan yg benar dan dgn cara islam,alhamdulillah saya dpt juga tunjuk ajar dari abg2 yg ada disini,harap abg2 disini kekal dan berjuang lebih gigih dan saya turut berjuang bersama2 dgn abg2 dan ahli2 disini,kerana ISLAM itu penting,BANGSA itu maruah,NEGARA itu tanah air kita,jika semua ini tidak dijaga maka habis semuanya hancur,fikirkanlah..


"BERJUANG DEMI AGAMA , BANGSA , DAN NEGARA"


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Terima kasih... maklumat yang berguna...

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Teruskan perjuangan yg kekal selama2nya,jika tidak habis tamadun..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

info yang berguna

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard