Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Petrol naik, barang naik lagi, apa yang harus kita lakukan?


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Petrol naik, barang naik lagi, apa yang harus kita lakukan?


Mengeluh lagi kita tahun ini. Entah berapa kali mengeluh sudah tahun ini, saya pun tak pasti. Petrol naik lagi, yang pasti ianya akan mengakibatkan rantaian kenaikan harga barangan. Tarif elektrik sudah diberi perkhabaran akan naik.

Mungkin bagi kami sekeluarga bolehlah menyahut seruan Pak Menteri agak bijak berbelanja. Jika dahulu mungkin sebulan sekali bawa keluarga makan di restoran, mungkin sekarang setahun sekali makan di restoran.

Jika dahulu pergi surau naik kereta mungkin sekarang pergi surau naik basikal atau jalan kaki, badanpun akan sihat. Itu bagi kami sekeluarga, yang Alhamdulillah, walaupun tidak mewah tapi masih boleh bijak berbelanja.

Kalau dahulu dihantar anak ke tuisyen, mungkin sekarang mengajar anak sendiri di rumah pada waktu malam.

Tapi bagaimana ungkapan bijak berbelanja ini hendak saya terangkan pada teman-teman saya, orang-orang bawahan saya yang gajinya kurang RM700 sebulan mempunyai isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga 6 orang anaknya.

Bagaimana formula yang harus saya berikan pada rakan saya ini dengan gaji RM700 sebulan belum ditolak dengan KWSP dan SOCSO supaya bijak berbelanja dalam menggunakan air yang sentiasa dicatu di Seremban ini, bijak berbelanja supaya tidak menggunakan motosikal buruknya ke tempat kerja, bijak berbelanja supaya dapat membayar yuran persekolahan, buku-buku dan pakaian sekolah anaknya apabila masuk sesi baru 2006 nanti yang mencecah ribuan ringgit.

Kalau dahulu bolehlah disuruh anak-anak bijak berbelanja dengan menurunkan buku-buku teks yang bertahun-tahun digunakan kakak dan abang kepada adik-adiknya. Tapi sekarang bagaimana hendak bijak berbelanja jika setiap tahun walaupun rakan saya yang gaji RM700 tadi dapat bantuan buku teks tapi buku latihan dan praktikalnya begitu banyak dan perlu dibeli setiap tahun.

Bagaimana dia harus bijak berbelanja sedangkan nak bayar bil air dan bil elektrik pada kadar lama pun masih berhutang keliling pinggang ?

Setiap minggu kedengaran sahaja keluhan kesusahan rakan atau jiran. Ada jiran yang daif baru kematian tempat bergantung, telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun masih belum ada jawapan, barangkali sekarang terlalu banyak permohonan untuk diproses sejak akhir-akhir ini.

Begitu juga ada yang memohon bantuan Baitul Mal, ada yang sudah dapat ada yang sedang dalam proses. Ada yang dibantu oleh jiran sekeliling dan orang ramai.

Namun jumlah yang meminta bantuan ini makin lama makin ramai apabila harga petrol dan barangan terus naik.

Nak disalahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat, mereka sudah memberi khidmat sekadar termampu. Nak disalahkan Pegawai Baitul Mal, mereka juga dihujani timbunan permohonan saban hari. Nak disalahkan jiran-jiran, mereka juga hanya dapat membantu sekadar yang boleh, kerana mereka semua sekarang sedang bijak berbelanja.

Terfikir juga sekiranya ini berterusan akan berlaku kegawatan sosial yang begitu serius di Malaysia ini.

Apakah mungkin kadar rasuah di jalanan dan di tempat awam akan bertambah dalam menyahut seruan bijak berbelanja ini, kerana majikan juga bijak berbelanja dengan mengurangkan kadar elaun dan menghentikan kerja lebih masa?

Apakah mungkin makin ramai anak-anak tidak akan ke sekolah kerana mereka harus bijak berbelanja, daripada menghabiskan wang membeli buku-buku sekolah, lebih baik mereka bijak berbelanja membeli beras yang amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka?

Apakah mungkin selepas ini kadar jenayah akan bertambah kerana mereka yang tidak menamatkan pelajaran ini tidak mempunyai kelayakan untuk mendapat tawaran kerja setaraf siswazah menganggur?

Apakah mungkin lebih banyak kabel-kabel elektrik akan dicuri untuk dijual sebagai besi buruk, dan akibatnya kos kerugian kabel-kabel elektrik ini akan melebihi daripada kos kadar tarif elektrik yang akan dinaikkan?

Mungkin bagi kami sekeluarga kami boleh lagi bijak berbelanja, tetapi sejauh mana dapat bertahan apabila ramai disekeliling kita yang datang mengadu setiap hari.

Sekiranya semua rakyat Malaysia ini bijak berbelanja dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mewah, restoran makanan segera, mungkin mereka dapat mengurangkan kos perbelanjaan bulanan mereka tapi dalam masa yang sama akan menyebabkan semua pengusaha hotel, pengusaha restoran akan gulung tikar.

Jadi apakah jalan penyelesaian yang dapat diberikan dalam kita menangani kenaikan harga petrol dan harga barangan ini selain daripada menyuruh rakyat bijak berbelanja?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan penajaan program yang tidak membawa faedah kepada rakyat?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan pembelian persenjataan canggih? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan kursus-kursus pegawai kerajaan di hotel-hotel?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan perbelanjaan sambutan Hari Kemerdekaan, sambutan Idil Fitri, sambutan Rumah Terbuka Malaysia?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan rumah-rumah terbuka sempena perayaan?

Mengecualikan cukai pintu, cukai tanah, insuran kenderaan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM 100O dan mengikut ratio bilangan anak?

Mengecualikan yuran sekolah untuk mereka yang berpendapatan kurang RM1000 dalam mempastikan tidak seorangpun anak di Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama keciciran daripada pelajaran?

Semoga amalan bijak berbelanja ini dapat diamalkan oleh semua pihak serta dikecualikan kepada mereka yang tidak mampu untuk bijak berbelanja untuk mempastikan keseimbangan sosio ekonomi masyarakat Malaysia yang boleh membawa kepada pelbagai gejala sosial dan jenayah.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:

HEBAT... penulisan yang hebat... hasil pemikiran yang mendalam... terbuka sedikit minda saya setelah membaca... terima kasih

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

apa kater kiter pakat2 beli basikal ajer.tak payah guna petrol.Nak jalan jauh2 naik bas ajer.Dah melampau sangat.Tahun ni aja dah berapa kali naik petrol.dekat2 la masa naik tu

__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Kenapa pakat nak beli basikal,kan lebih baik kita pakat tarik turun pemimpin yang tak bela nasib rakyat.Inilah yang sepatutnya di buat.Kerana kuasa ditangan kita.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Cantik jugak tu...Itu hak kita.Negara kitakan demokrasi...Paham2 jela

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:


gaji tak naik naik... bos kata kena tengok... odit dulu... pehhhhhh mampus.......


apa lagi naik basikat laaa... kayohh beb kayohhhh... jangan tak kayohhhh




__________________
marsos six time


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Klu yang bujang pun mengeluhhhhh yang berkeluarga camne pulak yeaaaa.




-- Edited by mrbean at 11:52, 2005-08-13

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Klu yang bujang pun mengeluhhhhh yang berkeluarga camne pulak yeaaaa.

YANG BUJANG MARAMPUIHHHHHHH....KAHHH


__________________
nor mazwan bin mazlan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard