Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bekas ustazah mengaku bukan Islam???Betul ke???


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:
Bekas ustazah mengaku bukan Islam???Betul ke???


KUALA TERENGGANU 4 Ogos - Seorang bekas ustazah yang merupakan pengikut ajaran sesat Ayah Pin, Kamariah Ali, 54, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas dakwaan mengaku bukan Islam.


Balu kepada bekas guru agama yang juga pengikut kanan Ayah Pin dikenali sebagai `Ustaz Ya' itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dan dia meminta kes itu dibicarakan.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Besut, Wan Abdul Malik Wan Sidek pada 21 Julai lalu.


Di mahkamah berkenaan, Kamariah telah membuat pengakuan dia bukan lagi seorang yang beragama Islam.


Menurut kertas pertuduhan, tujuan tertuduh berbuat demikian adalah untuk mengelakkan dirinya dibicarakan di Mahkamah Syariah atas dakwaan mengingkari perintah pihak berkuasa agama.


Wanita yang berkelulusan agama dari Asia Barat itu didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (mendakwa bukan Islam) yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Hakim Muhammad Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 10 Ogos ini di samping memberi peluang kepada Kamariah untuk melantik seorang peguam syarie.


Dalam pada itu, Hakim Muhammad berkata, pihak mahkamah faham dengan kedudukan Kamariah sekiranya tiada peguam syarie yang sanggup mewakilinya memandangkan kes mendakwa bukan Islam merupakan satu perkara amat sensitif.


Kamariah ketika diberi peluang bercakap di mahkamah telah mengaku yang dia bukan seorang Islam dan meminta kesnya itu dibicarakan di Mahkamah Sivil.


Hakim Muhammad pula menegaskan kes membabitkan tertuduh tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil kerana ia adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan beberapa keputusan terdahulu.


Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah pula meminta pihak mahkamah merekodkan pengakuan tertuduh.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

 


Aku ingat la kan ... pengikut Ayah Pin ni dah kena 'mandrem' dengan orang tua setan tu....kalau tak, takkan senang-senang je nak ikut dia......muka dah la tak hensem,aku tengok pun tak semenggah.  



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

a.kum..


aku sokong dgn sani maidin...hahaha..kena madrem tu..hehe


w,slm



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Setuju sangat dengan saudara sani maidin...Bukan apa perempuan suka lelaki yg berpengaruh...Tak percaya tengoklah sekarang...Muka tak penting tapi pangkat dan harta...Pompuan sekarang kalau buka mata nampak "$"...Sebab ayah Pin semua org tak boleh kuluarkan duit...Kenalah tangkap ayah Pin secepat mungkin dia ayah kepada no PIN,lepas tu baru bleh amik duit kat atm...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

Semekom' ///


Memang betoi pon...xkan sesenang aje diorank nak ikut ayah pinpin yg x gune tuh........


mesti org tua setan tuh dah mandrum......kkekekekek


orang kuar iman pon leh cair ngan ayah pipin......


hehe




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:

Sani_Maidin wrote:



  Aku ingat la kan ... pengikut Ayah Pin ni dah kena 'mandrem' dengan orang tua setan tu....kalau tak, takkan senang-senang je nak ikut dia......muka dah la tak hensem,aku tengok pun tak semenggah.  



Soal 'mandrem' itu soal lain.


Bergitu jugalah dengan kita.pernah tak kita fikir kenapa jadi bergini teruk sekali gejala murtad ini???


Bebaru ni saya hadir dalam satu majlis ilmu.Yang bagi cerama ialah Dato Harussani,Mufti Negeri Perak.Belia sendiri memaklumkan bahawa di perak sahaja ada lebih kurang 17,000 kes mutrad.


Masyaallah kita boleh buat main2 lagi dengan gejala ni.Kita masih anggap ini semua tidak apa kerana bukan keluarga kita yang kena.


Soalnya bukan 'mandrem',tetapi kita kena balik pada ISLAM.Laksanakan apa yang Allah perintah.


Klu kena buat HUDUD buatlah.Apa yang kita pertikaikan lagi.Ini undang-undang Allah.Takkan kita lagi hebat pada Allah kot???


Sekarang ni kesalahhan murtad tiada dalam peruntukan undang2.jadi apa yang boleh kita buat klu orang nak murtad.


Akan sampai satu masa kita juga jadi macam Indonesia.Dalam satu rumah ada Islam,kristian dan lain-lain agama.


pada masa ini siapa yang harus dipersalahkan...


maaflah klu apa yang saya cakap ni terasa pedih...


Kepada webmaster klu ada ruang bercakap dengan pemimpin atasan,suarakanlah masalah ini...



-- Edited by Sidik segaraga at 13:46, 2005-08-09

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


tak layak gelaran ustazah...................




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Jalankan hukum islam dalam negara.Orang yang murtad hukumnya bunuh jika tidak mahu kembali kepada islam.Selagi tak jalan jawabnya lagi ramai orang yg murtad dan sewenang-wenangnya menukar agama.

Allahuakbar

__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

mazwan wrote:


Jalankan hukum islam dalam negara.Orang yang murtad hukumnya bunuh jika tidak mahu kembali kepada islam.Selagi tak jalan jawabnya lagi ramai orang yg murtad dan sewenang-wenangnya menukar agama. Allahuakbar


Tiap hukum Allah itu ada hikmahnya, bukan pada yang mati tapi pada yang hidup..


Masalahnya ruang untuk murtad ada dalam perlembagaan negara...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Mengapa kita mengikut perlembagaan tidak berlandaskan Al-Quran.Dalam quran dah terang mengenai hukuman bai yang murtad.Mengapa tidak dilaksanakan???


Maaf jika terkasar.Saya ingin mempertahankan kebenaran Al-Quran



__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Ya benar apa yang dikatakan oleh mazwan.Saya bukan nak cari pasal dengan sesiapa.tetapi bila bercakap pasal murtad ni agak sensitif.Sebab melibatkan banyak pihak.Antaranya Pihak kerajaan, pihak pengurusan forum ini, pihak yang memantau forum ini dan lain-lain lagi.


tetapi apa jua yang berkait dengan isu murtad ini kenalah terima hakikat yang masalah ini amat serius.Klu mufti yang bercakap,itu bukan sesuatu yang main-main.Tentu beliau ada fakta yang lengkap dalam hal ini.Beliau juga antara mufti yang amat disegani ramai.


Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh seorang penceramah di mana beliau berkesempatan berjumpa dengan Dato Harussani dan beliau menceritakan yang Dato harussani pernah di bawa ke Bukit bendera di Pulau Pinang untuk berdebat dengan paderi besar Kristian Malaysia.Beliau berseorangan ke sana dan dikelilingi oleh ramai orang paderi dan penganut kristian yang lain.Alhamdulillah kemenangan di pihak Islam hanya dengan beberapa minit sahaja beliau berdebat.(Ceritanya agak lucu juga.klu sesiapa nak tahu boleh PM kat saya).


Itu agama kristian,belum lagi hindunya dan lain-lain agama lagi termasuklah Si ayah Pin nie.


Apa yang nak saya katakan ialah sememangnya usaha2 untuk melemah dan menjahanamkan islam itu senantiasa dilakukan.Dan kita sebagai umat Islam jangan lalai dan leka akan hal ini.


Klu ada kengkawan ingatkan kita ttg hal ini,jgnlah kita anggap ini isu basi,isu lama dan sebagainya.


Apa yang penting balik pada Al-Quran dan Sunnah.Klu kita buntu untuk selesaikan apa-apa hal pun baliklah pada 2 benda ini insya-allah,Allah pasti akan memudahkan jalan kita.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

solute pada abang jebat...Banyak memberi pandangan yg bermakna kepada kita semua...Tahniah

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

jebatderhaka wrote:


Ya benar apa yang dikatakan oleh mazwan.Saya bukan nak cari pasal dengan sesiapa.tetapi bila bercakap pasal murtad ni agak sensitif.Sebab melibatkan banyak pihak.Antaranya Pihak kerajaan, pihak pengurusan forum ini, pihak yang memantau forum ini dan lain-lain lagi. tetapi apa jua yang berkait dengan isu murtad ini kenalah terima hakikat yang masalah ini amat serius.Klu mufti yang bercakap,itu bukan sesuatu yang main-main.Tentu beliau ada fakta yang lengkap dalam hal ini.Beliau juga antara mufti yang amat disegani ramai. Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh seorang penceramah di mana beliau berkesempatan berjumpa dengan Dato Harussani dan beliau menceritakan yang Dato harussani pernah di bawa ke Bukit bendera di Pulau Pinang untuk berdebat dengan paderi besar Kristian Malaysia.Beliau berseorangan ke sana dan dikelilingi oleh ramai orang paderi dan penganut kristian yang lain.Alhamdulillah kemenangan di pihak Islam hanya dengan beberapa minit sahaja beliau berdebat.(Ceritanya agak lucu juga.klu sesiapa nak tahu boleh PM kat saya). Itu agama kristian,belum lagi hindunya dan lain-lain agama lagi termasuklah Si ayah Pin nie. Apa yang nak saya katakan ialah sememangnya usaha2 untuk melemah dan menjahanamkan islam itu senantiasa dilakukan.Dan kita sebagai umat Islam jangan lalai dan leka akan hal ini. Klu ada kengkawan ingatkan kita ttg hal ini,jgnlah kita anggap ini isu basi,isu lama dan sebagainya. Apa yang penting balik pada Al-Quran dan Sunnah.Klu kita buntu untuk selesaikan apa-apa hal pun baliklah pada 2 benda ini insya-allah,Allah pasti akan memudahkan jalan kita.

Walaupun pahit yang hak tetap hak...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

anakomar wrote:


Walaupun pahit yang hak tetap hak...


Betul tu..Sebab ubat atau penawar semmgnya pahit.tetapi harus ditelan jua supaya tidak melarat dan akhirnya meragut nyawa...


Begitu jugalah dengan isu murtad.Klu tiada undang2 yang boleh membendung masalah ini maka pastinya tidak akan ada kesudahannya.


Baliklah pada Islam yang sebenar,tiada cara lain melainkan cara islam jugalah yang boleh mengatasi masalah ini.Usah lagi perdulikan siapa betul atau salah persetankan dengan golongan hipokrit.Buang yang keruh ambil yang jernih.hudud patut di laksanakan barulah allah janjikan kesejahteraan.


laksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang.


ALLAHU AKHBAR !!!!!!!


ALLAHU AKHBAR !!!!!!!


ALLAHU AKHBAR !!!!!!!



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Allahuakbar...Kembali pada yg hak...Sesungguhnya hak akan timbul,yang batil akan terhapus...


Jalankan hukum islam baru negara aman dan mendapat keampunan dari Allah.BALDATUN TOIBATUN WAROBBULGHOFUR....


 


INSYALLAH



__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

mazwan wrote:


Allahuakbar...Kembali pada yg hak...Sesungguhnya hak akan timbul,yang batil akan terhapus... Jalankan hukum islam baru negara aman dan mendapat keampunan dari Allah.BALDATUN TOIBATUN WAROBBULGHOFUR....   INSYALLAH


sama-samalah kita berjuang kearah itu...


AMAL MAARUF NAHYIL MUNGKAR



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Siapa yg bersalah dalam hal ini..Jangan kita menuding jari pada individu atau pun kerajaan.Kita tanya diri kita kembali adakah sudah cukup kita menyatakan kita kasih kepada Allah,Rasul,Islam dan iman.Setiap perkara yang kita bangkitkan hendaklah beserta dengan bukti dan kesan ke atas diri kita..


Renungkanlah



__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

Sani_Maidin wrote:


  Aku ingat la kan ... pengikut Ayah Pin ni dah kena 'mandrem' dengan orang tua setan tu....kalau tak, takkan senang-senang je nak ikut dia......muka dah la tak hensem,aku tengok pun tak semenggah.  

   



aku sokong...Custom Smiley 







__________________
marsos six time


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



ALLAHU AKHBAR !!!!!!!



ALLAHU AKHBAR !!!!!!!



ALLAHU AKHBAR !!!!!!!



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard