KUALA TERENGGANU 4 Ogos - Seorang bekas ustazah yang merupakan pengikut ajaran sesat Ayah Pin, Kamariah Ali, 54, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas dakwaan mengaku bukan Islam.
Balu kepada bekas guru agama yang juga pengikut kanan Ayah Pin dikenali sebagai `Ustaz Ya' itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dan dia meminta kes itu dibicarakan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Besut, Wan Abdul Malik Wan Sidek pada 21 Julai lalu.
Di mahkamah berkenaan, Kamariah telah membuat pengakuan dia bukan lagi seorang yang beragama Islam.
Menurut kertas pertuduhan, tujuan tertuduh berbuat demikian adalah untuk mengelakkan dirinya dibicarakan di Mahkamah Syariah atas dakwaan mengingkari perintah pihak berkuasa agama.
Wanita yang berkelulusan agama dari Asia Barat itu didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (mendakwa bukan Islam) yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Muhammad Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 10 Ogos ini di samping memberi peluang kepada Kamariah untuk melantik seorang peguam syarie.
Dalam pada itu, Hakim Muhammad berkata, pihak mahkamah faham dengan kedudukan Kamariah sekiranya tiada peguam syarie yang sanggup mewakilinya memandangkan kes mendakwa bukan Islam merupakan satu perkara amat sensitif.
Kamariah ketika diberi peluang bercakap di mahkamah telah mengaku yang dia bukan seorang Islam dan meminta kesnya itu dibicarakan di Mahkamah Sivil.
Hakim Muhammad pula menegaskan kes membabitkan tertuduh tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil kerana ia adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan beberapa keputusan terdahulu.
Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah pula meminta pihak mahkamah merekodkan pengakuan tertuduh.
Aku ingat la kan ... pengikut Ayah Pin ni dah kena 'mandrem' dengan orang tua setan tu....kalau tak, takkan senang-senang je nak ikut dia......muka dah la tak hensem,aku tengok pun tak semenggah.
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Setuju sangat dengan saudara sani maidin...Bukan apa perempuan suka lelaki yg berpengaruh...Tak percaya tengoklah sekarang...Muka tak penting tapi pangkat dan harta...Pompuan sekarang kalau buka mata nampak "$"...Sebab ayah Pin semua org tak boleh kuluarkan duit...Kenalah tangkap ayah Pin secepat mungkin dia ayah kepada no PIN,lepas tu baru bleh amik duit kat atm...
Aku ingat la kan ... pengikut Ayah Pin ni dah kena 'mandrem' dengan orang tua setan tu....kalau tak, takkan senang-senang je nak ikut dia......muka dah la tak hensem,aku tengok pun tak semenggah.
Soal 'mandrem' itu soal lain.
Bergitu jugalah dengan kita.pernah tak kita fikir kenapa jadi bergini teruk sekali gejala murtad ini???
Bebaru ni saya hadir dalam satu majlis ilmu.Yang bagi cerama ialah Dato Harussani,Mufti Negeri Perak.Belia sendiri memaklumkan bahawa di perak sahaja ada lebih kurang 17,000 kes mutrad.
Masyaallah kita boleh buat main2 lagi dengan gejala ni.Kita masih anggap ini semua tidak apa kerana bukan keluarga kita yang kena.
Soalnya bukan 'mandrem',tetapi kita kena balik pada ISLAM.Laksanakan apa yang Allah perintah.
Klu kena buat HUDUD buatlah.Apa yang kita pertikaikan lagi.Ini undang-undang Allah.Takkan kita lagi hebat pada Allah kot???
Sekarang ni kesalahhan murtad tiada dalam peruntukan undang2.jadi apa yang boleh kita buat klu orang nak murtad.
Akan sampai satu masa kita juga jadi macam Indonesia.Dalam satu rumah ada Islam,kristian dan lain-lain agama.
pada masa ini siapa yang harus dipersalahkan...
maaflah klu apa yang saya cakap ni terasa pedih...
Kepada webmaster klu ada ruang bercakap dengan pemimpin atasan,suarakanlah masalah ini...
Jalankan hukum islam dalam negara.Orang yang murtad hukumnya bunuh jika tidak mahu kembali kepada islam.Selagi tak jalan jawabnya lagi ramai orang yg murtad dan sewenang-wenangnya menukar agama.
Jalankan hukum islam dalam negara.Orang yang murtad hukumnya bunuh jika tidak mahu kembali kepada islam.Selagi tak jalan jawabnya lagi ramai orang yg murtad dan sewenang-wenangnya menukar agama. Allahuakbar
Tiap hukum Allah itu ada hikmahnya, bukan pada yang mati tapi pada yang hidup..
Masalahnya ruang untuk murtad ada dalam perlembagaan negara...
Ya benar apa yang dikatakan oleh mazwan.Saya bukan nak cari pasal dengan sesiapa.tetapi bila bercakap pasal murtad ni agak sensitif.Sebab melibatkan banyak pihak.Antaranya Pihak kerajaan, pihak pengurusan forum ini, pihak yang memantau forum ini dan lain-lain lagi.
tetapi apa jua yang berkait dengan isu murtad ini kenalah terima hakikat yang masalah ini amat serius.Klu mufti yang bercakap,itu bukan sesuatu yang main-main.Tentu beliau ada fakta yang lengkap dalam hal ini.Beliau juga antara mufti yang amat disegani ramai.
Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh seorang penceramah di mana beliau berkesempatan berjumpa dengan Dato Harussani dan beliau menceritakan yang Dato harussani pernah di bawa ke Bukit bendera di Pulau Pinang untuk berdebat dengan paderi besar Kristian Malaysia.Beliau berseorangan ke sana dan dikelilingi oleh ramai orang paderi dan penganut kristian yang lain.Alhamdulillah kemenangan di pihak Islam hanya dengan beberapa minit sahaja beliau berdebat.(Ceritanya agak lucu juga.klu sesiapa nak tahu boleh PM kat saya).
Itu agama kristian,belum lagi hindunya dan lain-lain agama lagi termasuklah Si ayah Pin nie.
Apa yang nak saya katakan ialah sememangnya usaha2 untuk melemah dan menjahanamkan islam itu senantiasa dilakukan.Dan kita sebagai umat Islam jangan lalai dan leka akan hal ini.
Klu ada kengkawan ingatkan kita ttg hal ini,jgnlah kita anggap ini isu basi,isu lama dan sebagainya.
Apa yang penting balik pada Al-Quran dan Sunnah.Klu kita buntu untuk selesaikan apa-apa hal pun baliklah pada 2 benda ini insya-allah,Allah pasti akan memudahkan jalan kita.
Ya benar apa yang dikatakan oleh mazwan.Saya bukan nak cari pasal dengan sesiapa.tetapi bila bercakap pasal murtad ni agak sensitif.Sebab melibatkan banyak pihak.Antaranya Pihak kerajaan, pihak pengurusan forum ini, pihak yang memantau forum ini dan lain-lain lagi. tetapi apa jua yang berkait dengan isu murtad ini kenalah terima hakikat yang masalah ini amat serius.Klu mufti yang bercakap,itu bukan sesuatu yang main-main.Tentu beliau ada fakta yang lengkap dalam hal ini.Beliau juga antara mufti yang amat disegani ramai. Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh seorang penceramah di mana beliau berkesempatan berjumpa dengan Dato Harussani dan beliau menceritakan yang Dato harussani pernah di bawa ke Bukit bendera di Pulau Pinang untuk berdebat dengan paderi besar Kristian Malaysia.Beliau berseorangan ke sana dan dikelilingi oleh ramai orang paderi dan penganut kristian yang lain.Alhamdulillah kemenangan di pihak Islam hanya dengan beberapa minit sahaja beliau berdebat.(Ceritanya agak lucu juga.klu sesiapa nak tahu boleh PM kat saya). Itu agama kristian,belum lagi hindunya dan lain-lain agama lagi termasuklah Si ayah Pin nie. Apa yang nak saya katakan ialah sememangnya usaha2 untuk melemah dan menjahanamkan islam itu senantiasa dilakukan.Dan kita sebagai umat Islam jangan lalai dan leka akan hal ini. Klu ada kengkawan ingatkan kita ttg hal ini,jgnlah kita anggap ini isu basi,isu lama dan sebagainya. Apa yang penting balik pada Al-Quran dan Sunnah.Klu kita buntu untuk selesaikan apa-apa hal pun baliklah pada 2 benda ini insya-allah,Allah pasti akan memudahkan jalan kita.
Betul tu..Sebab ubat atau penawar semmgnya pahit.tetapi harus ditelan jua supaya tidak melarat dan akhirnya meragut nyawa...
Begitu jugalah dengan isu murtad.Klu tiada undang2 yang boleh membendung masalah ini maka pastinya tidak akan ada kesudahannya.
Baliklah pada Islam yang sebenar,tiada cara lain melainkan cara islam jugalah yang boleh mengatasi masalah ini.Usah lagi perdulikan siapa betul atau salah persetankan dengan golongan hipokrit.Buang yang keruh ambil yang jernih.hudud patut di laksanakan barulah allah janjikan kesejahteraan.
laksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang.
Allahuakbar...Kembali pada yg hak...Sesungguhnya hak akan timbul,yang batil akan terhapus... Jalankan hukum islam baru negara aman dan mendapat keampunan dari Allah.BALDATUN TOIBATUN WAROBBULGHOFUR.... INSYALLAH
Siapa yg bersalah dalam hal ini..Jangan kita menuding jari pada individu atau pun kerajaan.Kita tanya diri kita kembali adakah sudah cukup kita menyatakan kita kasih kepada Allah,Rasul,Islam dan iman.Setiap perkara yang kita bangkitkan hendaklah beserta dengan bukti dan kesan ke atas diri kita..
Aku ingat la kan ... pengikut Ayah Pin ni dah kena 'mandrem' dengan orang tua setan tu....kalau tak, takkan senang-senang je nak ikut dia......muka dah la tak hensem,aku tengok pun tak semenggah.