MELAKA: Canselor Universiti Multimedia (MMU), Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam mengingatkan graduan supaya tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti rasuah, pecah amanah, penipuan atau maksiat.
Sebaliknya, katanya, graduan harus sentiasa memperlihatkan daya kepemimpinan dan semangat juang dalam semua bidang.
Sehubungan itu, beliau meminta graduan bekerja bersungguh-sungguh dan mengamalkan sifat jujur serta ikhlas dalam memikul tanggungjawab masing-masing.
Katanya, sifat negatif seperti malas, buruk sangka, lemah semangat, tamak haloba, angkuh dan sombong harus dikikis.
"Graduan kini memasuki fasa hidup lebih mencabar. Kejayaan ditentukan oleh ketrampilan diri, terutamanya daya kepimpinan.
"Untuk menjadi pemimpin berjaya, anda harus mempunyai keberanian, kematangan dan bernas berfikir.
"Pemimpin mestilah menunjukkan teladan baik kepada orang yang dipimpin dan mampu menjana idea baru serta membawa kemajuan kepada organisasi yang dipimpin," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Ke-6 MMU di Dewan Seri Negeri, di sini.
Seramai 2,821 graduan Fakulti Kejuruteraan (FOE); Teknologi dan Kejuruteraan (FET); Sains, Teknologi dan Informasi (FIST); Teknologi Maklumat (FIT); Multimedia Kreatif (FCM); Perundangan dan Perniagaan (FBL) serta Pengurusan (FOM) dari kampus MMU di sini dan Cyberjaya menerima ijazah masing-masing.
MMU ditubuhkan pada 1996 kini mempunyai 21,034 pelajar dan menawarkan 108 kursus pelbagai peringkat.
ada satu perkara yang agak sedih dan mengaibkan ialah dia lupa betapa teruknya akhlak MARINA anak dia waktu belajar di LOndon dulu...
dari pak cik yg menjaga anak dia di London dulu, saya dengar cukup susah nak jaga anak dara seorang tu... berkepit dengan macam macam Mat Saleh ikut suka dia... 7 8 orang jantan Mat Saleh ada kut yg dok usung si Marina tu kat London... nak saya katakan kerja buat dia pun rasa malu... berparty macam orang yg tak ada pedoman.
Lepas tu dah tua, balik sini nak jadi Penaung Aid pulak... pas tu dok buat macam macam statement songsang pasal agama... tak tau laaaaa...
anyway... nasihat yg baik dari dia tetap satu kebaikan yg harus kita ikut.
ada satu perkara yang agak sedih dan mengaibkan ialah dia lupa betapa teruknya akhlak MARINA anak dia waktu belajar di LOndon dulu... dari pak cik yg menjaga anak dia di London dulu, saya dengar cukup susah nak jaga anak dara seorang tu... berkepit dengan macam macam Mat Saleh ikut suka dia... 7 8 orang jantan Mat Saleh ada kut yg dok usung si Marina tu kat London... nak saya katakan kerja buat dia pun rasa malu... berparty macam orang yg tak ada pedoman. Lepas tu dah tua, balik sini nak jadi Penaung Aid pulak... pas tu dok buat macam macam statement songsang pasal agama... tak tau laaaaa... anyway... nasihat yg baik dari dia tetap satu kebaikan yg harus kita ikut.
kes-kes salah laku / disiplin yg berlaku di universiti sgt jarang di published pada umum. wal hal......... kalau di dedahkan satu MALAYSIA tahu apa yg sebenarnya.