Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: UMNO negeri lembap kembalikan borang keahlian


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
UMNO negeri lembap kembalikan borang keahlian



PUTRAJAYA 7 Ogos - Kebanyakan Badan Perhubungan UMNO negeri lembap dan perlu didesak untuk mengembalikan semula borang mengemas kini keahlian UMNO ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, keadaan itu menyebabkan Ibu Pejabat UMNO terpaksa melanjutkan tempoh sebulan lagi sehingga akhir bulan ini bagi membolehkan Badan Perhubungan UMNO negeri mengumpul senarai itu daripada 19,610 cawangan UMNO di seluruh negara.

``Mereka ini perlu ditekan baru hendak bergerak. Mungkin kerana mereka merasakan tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian.

``Perhimpunan Agung UMNO pun dah habis, pemilihan pun lambat lagi, jadi tiada faktor mendesak,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, tegas beliau, ibu pejabat UMNO amat memerlukan maklumat tersebut bagi mengelakkan timbul sebarang masalah pada pemilihan parti dua tahun lagi.

Menurutnya, sehingga kini hanya Negeri Sembilan dan Kedah yang hampir menyerahkan semua borang itu kepada ibu pejabat UMNO.

Baru-baru ini, Radzi memberitahu, hanya 6,494 cawangan daripada 191 bahagian sahaja yang telah mengembalikan semula borang berkenaan ke ibu pejabat setelah tempohnya berakhir hujung Julai lalu.


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

 


Dah cukup umur nak mengundi ker cakap pasal politik ni...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:



__________________
marsos six time
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard