Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Malaysia ekori rapat AS


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Malaysia ekori rapat AS



AALBORG, Denmark - Kombinasi Shalin Zulkifli, Sarah Yap dan Esther Cheah menduduki tempat keenam selepas tamat tiga game pertama acara trio Kejohanan Dunia Boling Wanita Dunia, namun hanya ketinggalan 57 pin di belakang pendahulu, Amerika Syarikat di sini, semalam.

Amerika, yang dibarisi oleh Stefanie Nation, Shannon O'Keefe serta Lisa Noor mengumpul 1,848 jatuhan pin.

Taiwan dengan 1,827 jatuhan pin mengekori rapat di tangga ketiga, China keempat dengan 1,825, manakala trio Finland - 1,803 pin di tempat kelima.

Ratu boling negara, Shalin menjadi penyumbang tertinggi jatuhan pin Malaysia dengan 936 pin, Esther pula menjatuhkan 598 dan Sarah 557 untuk memberi jatuhan keseluruhan 1,791 pin.

``Kami hanya ketinggalan dengan 57 pin, jadi apa saja boleh berlaku dalam tiga game terakhir esok. Kami masih boleh mengejar.

``Kalau mereka boleh mengekalkan permainan yang baik, kita adalah antara pencabar utama untuk tiga kedudukan teratas,'' kata pengurus pasukan negara, Sidney Tung, semalam.

Kejayaan Shalin mengumpul 936 pin membolehkan juara Terbuka Emir 2005 itu menduduki tangga keempat dalam acara all events menerusi 1,844 jatuhan pin.

Esther juga berjaya meletakkan dirinya dalam kelompok 10 pemain terbaik menerusi 1,784 jatuhan pin dan sekaligus mencerahkan peluang untuk ke saingan Masters. Hanya 16 pemain terbaik selepas tamat acara beregu, trio, berpasukan dan individu layak ke peringkat berkenaan.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

malaysia pun bagus juga...




__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


mcm2 ada sekarang ni



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

MACAM MACAM ADA



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard