Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan
ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan
memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan,
doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih
ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"
Banduan yang pintar
Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa
Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).
Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu
ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"
Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu
kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.
Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak
terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.
Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di
kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.
"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun
jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"
Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah
dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."
Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.
Mat Punk
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara
petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat
jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si
punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik..
kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang
gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku
pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru...
jangan-jangan kamu adalah anakku."
Ayam Panggang
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia
menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata
badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam
ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...
Paling Bersih
Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah
restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik
restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling
bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda
boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
Masuk Penjara
Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman. Mereka bernama Amin dan Susan Susan: "Min, kenapa kau sedih?" Amin: "Ayahku masuk penjara." Susan: "Kenapa?" Amin: "Ayah pecahkan kaca tingkap..." Susan: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?" Amin: "Dia pecahkan tingkap kapal selam." Susan: "Patut le..."
Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Nenek oh nenek
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan
nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya.
Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."
Malu Sesangat
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler
dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan
psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah...
aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun
menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan
kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata,
"Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Dot Pi Dot Mai
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya
dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil
berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman
berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari
datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama
sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
Ingat!, Seperti Bom Tangan
Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya...
Kanggaru
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya
lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang
berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan
kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu
dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru
itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab,
"Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam
seterusnya".
Tiga kali je...
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi
menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka
suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang
menyanjung isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat
menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang
selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang
dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan
penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali
sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk
memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita
mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu
hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti
ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak
jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg
maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si
isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti
ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk
abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg
maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke
3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh
lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan
248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...
enjoy...assalamualaikum
__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.