Untuk amalan kita bersama supaya sentiasa mendapat keredhaan ALLAH Swt. > > > "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim" > > > > Tafsirannya: > > Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama > Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. > Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan > bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita > dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing > kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian > bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam > yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. > Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah > salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah > salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana > salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu > kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang > yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi > mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir > solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. > Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: > Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal > dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia > dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap > mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian > diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
> Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: > Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga > minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar > telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu > cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar > bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada > waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali > membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan > mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali > ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca > surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan > membaca 30 jus Al-Quran. > Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: > Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat > Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi > ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang > sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas > dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 > malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka > selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: > Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan > kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun > perempuan. > Sabda Rasulullah SAW lagi: > Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu > tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di > sayap malaikat Mikail. Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat > Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat > Israfil a.s.
> Nota: > Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu > ini kepada kawan2 yang lain.Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah > pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak > Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : > 1) Sedekah/amal jariahnya > 2) Doa anak-anak yang soleh > 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain