Pengikut2 Nabi saw yang telah beriman dan meninggalkan tempat lahir mereka,mengikuti Nabi saw ke Madinah disebut Muhajirin atau pengungsi.Sedangkan pemeluk2 Islam di Madinah yang baru yang membantu Nabi saw,memperolehi gelar kaum Ansar atau penolong.
Pengabdian kaum Muhajirin kepada Nabi saw tidak terhingga besarnya.Mereka telah meninggalkan kaum kerabat mereka,memberanikan diri menghadapi penderitaan2 dan cubaan2 dalam menegakkan agama Islam.Hanya dengan rasa persaudaraan yang tinggilah,segala penderitaan dan cubaan itu dapat diatasi.Dalam satu pertemuan,Nabi saw mengundang orang2 Muhajirin dan Ansar.Baginda bersabda:"Wahai saudara2 Ansar dan Muhajirin saudara2 adalah muslimin.Orang2 Islam itu bersaudara dan orang2 bersaudara itu harus tolong-menolong dalam kebaikkan".
Persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar itu demikian mesranya,sehingga mereka satu sama lain dapat mewarisi harta2 mereka jika diantara mereka ada yang meninggal dunia.Kaum Ansar memberi sumbangan yang besar untuk memudahkan penyebaran agama Islam.
Disamping Nabi saw mempersaudrakan antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar,Nabi saw mengusahakan juga persahabatan antara semua golongan penduduk Madinah.
Penduduk Madinah terdiri dari kaum Yahudi.Kaum Yahudi ini terbahagi menjadi 3 golongan iaitu;Bani Quraizah,Bani Nadhir dan Bani Qainuka,Bani Quraizah dan Bani Nadhir berpihak kepada suku Aus dan Bani Qainuka berpihak kepada suku Khazraj.Permusuhan diplomatik ini mengakibakan terjadi perang Boath yang melemahkan,satu golongan tanpa memberi keuntungan pada golongan lain.Dengan demikian penduduk Madinah berada dalam ketakutan dan kegelisahan.
Adapun langkah2 yang ditempuh Nabi saw dalam upaya melenyapkan permusuhan antara golongan yang saling bermusuhan itu adalah dengan membuat perjanjian persahabatan dan pendamaian dengan Yahudi yang berdiam didalam dan diluar kota Madinah.Dalam perjanjian ini ditetapkan dan diakui hak kemerdekaan tiap2 golongan untuk memeluk dan menjalankan agamanya.Inilah salah satu perjanjian politik yang ulung.Tindakkan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi2 dan Rasul2 sebelumnya.
Dengan demikian kedudukkan Nabi saw bukan hanya seorang Nabi dan Rasul,tetapi juga dalam masyarakat Islam Baginda sebagai seorang ahli politik,diplomat yang ulung.Ditengah-tengah medan perang Baginda sebagai pahlawan yang gagah berani dan didalam memperlakukan musuh yang sudah menyerah,Baginda seorang satria yang tiada bandingannya.
Adapun isi perjanjian tertulis yang dibuat oleh Nabi saw dengan kaum Yahudi adalah sebagai berikut:
1.Bahawa orang2 Islam dengan orang2 Yahudi haruslah hidup sebagai satu bangsa.
2.Bahawa kedua belah pihak harus menjalankan agamanya masing2 dan tidak boleh saling mengganggu.
3.Bahawa apabila salah satu pihak ada yang diserang musuh,maka pihak lainnya harus membantu.
4.Bahawa apabila kota Madinah diserang musuh,maka kedua-dua belah pihak harus bersama-sama mempertahankannya.
5.Bahawa apabila terjadi suatu perselisihan maka Nabilah yang menjadi hakim yang terakhir dan tertinggi.
6.Bahawa mulai saat ini,pertumpahan darah,pembunuhan dan kekerasan diharamkan di Madinah.
7.Bahawa syarat2 pendamaian akan dirundingkan bersama.
Demikianlah isi perjanjian politik yang dibuat oleh Nabi saw yang dengan perjanjian itu ternyata kemerdekaan agama dan berfikir serta hak2 kehormatan jiwa dan harta golongan non muslim telah terjamin dengan perjanjian itu pula seluruh kota Madinah dan sekitarnya telah benar2 menjadi terhormat bagi seluruh penduduk.Mereka berwajiban mempertahan kota ini dan mengusir setiap serangan yang datang dari luar.Mereka harus bekerja sama diantara mereka untuk mempertahankan segala hak dan segala macam kebebasan yang telah disetujui bersama dalam perjanjian itu.
Dengan hasil perjanjian itu,kaum muslimin merasa tenteram menjalanan kewajiban agama,baik dalam berjemaah atau sendiri2.Mereka tidak lagi kuatir akan adanya gangguan atau akan takut difitnah.