Disini saya ingin membuat satu renungan untuk semua ttg dunia yg kita duduki sekarang..Bacakan dan jika ada tersilap atau ingin memberi comment tolong tegur adikmu yg masih kecil dan berjinak..
Dunia sekarang semakin maju,manusia juga semakin tinggi taraf hidupnya,tetapi kita terlupa akan
golongan yg perlukan pertolongan org2 yg berkemampuan,iaitu golongan org2 miskin dan kurang
upaya,tetapi berapa ramai yg sudi menghulurkan sumbangan kepada golongan2 tersebut?di dunia
mempunyai berbilion2 manusia yg menghuninya,tetapi yg melakukan amal ibadat dan kerja amal
hanya berapa sahaja..cuba kita fikirkan,golongan2 ini kurang kemampuan dan tidak
berupaya,bagaimana mereka hendak bahagia seperti kita jika golongan org2 yg berkemampuan
tidak menolong?mereka tidak mengharapkan simpati dan juga pembelaan,tetapi mereka juga perlu
hidup di dunia ini dan menjalankan tugas mereka di atas dunia,iaitu menolong sesama umat..tetapi
mereka kurang kemampuan,mengapa kita yg berkemampuan tidak menjalankan tugas itu?bukankah
manusia mempunyai akal dan fikiran,kita perlu fikirkan,bukannya memandang rendah dan menghina
golongan org2 kurang kemampuan ini,sesetengah org yg tidak berhati perut sanggup melupakan diri
mereka dan seperti biasa,manusia dengan keegoan,kesombongan,kemewahan,dan lain2 telah
membuat mereka berubah menjadi org2 yg dibenci oleh masyarakat..adakah kita semua lupa dari
mana asal kita?adakah kita ingat akan suruhan Allah?mengapa ini boleh terjadi?adakah sebab
didikan?adakah sebab kemewahan sampai kita lupakan diri?ataupun kita sengaja membuat endah
tak endah?fikirkanlah...cuba kita menjadi antara golongan org kurang kemampuan ini,KAIS PAGI
MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG,itu sahaja yg mampu,kadangkala tidak makan langsung
kerana masalah kewangan,mereka bukan minta supaya menjadi begitu,mereka juga ingin hidup
seperti org2 biasa yg bahagia dan mempunyai keluarga yg bahagia,jadi mengapa kita tidak fikirkan
semua itu?apa salahnya jika kita sumbangkan RM10 ringgit..di dunia ini mempunyai berbilion2
manusia,jika seorg RM10,wang itu sudah mencukupi untuk menampung beban yg mereka hadapi,jika
terasa RM10 ringgit itu mahal,apa salahnya kita sumbangkan RM5 ringgit?kita di dunia ada
tanggungjawab,jangan kita lupakan tanggungjawab itu kerana kemewahan,keseronokan,dan
sebagainya..ingat golongan org2 kurang kemampuan ini perlukan bantuan semua org,manusia
dihidupkan dari tanah,dan tanah kita dikembalikan,itu asal kita,ingat..kita berjaya juga dgn usaha
org2 tua kita,bukannya kita dilahirkan dah terus berjaya dan mempunyai kemewahan,jgn lupa siapa
diri kita,manusia tetap manusia,haiwan tetap haiwan,jangan samakan manusia dengan
haiwan,haiwan jika dikaji,mereka lebih berdisiplin dan bekerjasama,ambil pengajaran seperti
semut,mereka tidak sekali melupakan permaisuri mereka seperti kita perlu mengingati jasa org2 tua
kita,mereka mengangkat barang yg lebih berat dari berat badan mereka seperti manusia perlu
mengambil berat ttg kesusahan seseorang,semut juga mempunyai kerjasama yg kuat seperti
manusia yg perlu bekerjasama untuk memajukan bangsa2 sendiri dan juga bangsa2 lain,perbezaan
antara haiwan dan manusia adalah AKAL DAN FIKIRAN,mereka tidak berfikir,tetapi manusia
boleh,mengapa kita tidak menggunakannya dengan sebaik2nya?malah ada juga yg sanggup
melakukan perbuatan yg keji dan membusukkan nama bangsa..jangan sesekali kita buat perkara2
yg dilarangi Allah,kita akan terima balasan yg berat apabila di kubur kelak,kita harus bersyukur
kerana hidup di bumi,cuba bayangkan kita hidup di bulan..bolehkah kita hidup?kita patut berfikiran
jauh dan bukannya berfikir untuk diri sendiri,dalam masa yg sama kita perlu juga beringat,supaya
kita tidak mensia-siakan sisa2 hidup ini,renungkan......
Saya minta maaf byk2 jika ada terkasar atau tersinggung mana2 pihak,ini adalah luahan hati seorang insan yg tidak tahan dengan kehidupan sekarang...Saya minta maaf sekali lagi kepada kekanda2 semua jika ada tersilap kata..