Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hang Tuah Org Cina....???!!!!!!


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:
Hang Tuah Org Cina....???!!!!!!


Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil


Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.


Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.


Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.


Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.


Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.


Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.


Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.


Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.


Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.


Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.


Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.


Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.


Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.


Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.


Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.


Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.


Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.


Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.


Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.


Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.


Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.


Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.


Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.


Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.


Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.


Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.


Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.


Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.


Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.


Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

isk, pulak...tp klo betoi..mana datangnya pepatah "takkan hilang melayu didunia!!! "???

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

elleh...cina pun boleh cakap mcmc tu...mcm ni pun boleh jugak..."takkan melayu saja dapat tender kerajaan..."...Fikir FIKIRKAN LAH....


__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

ehehe ... kesimpulan ... memang aku tak percaya.

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

melayu ka cina ka,


tapi tetap Islam.




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

betullllllllllllllllll tttttttttuuuuuuuuuuuuu???????? tp rase mcm muskil plak?????????

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Entah la.....takde ke cerita tentang Sang Adi Putra(Mahaguru Hang Tuah).


Aku rasa cerita ni dan keputusan kajian diaorang ni tak boleh percaya...sebab kajian diaorang ni berdasarkan hipotesis.Kajian jenis ni sama la dengan kajian golongan anti-hadith.Diaorang kata catatan atau rekod orang terdahulu tak boleh pakai...dan suruh pakai hasil kajian diorang.Kalau nak ikutkan aku lebih suka pakai catatan orang terdahulu walaupun catatan diaorang kadangkala berat sebelah sebab orang-orang terdahulu ni lebih hampir dengan tempoh kejadian.


Lantak la siapa nak kata Hang Too Ah tu Cina......



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Anda terlupa...................bahawa...Hang Tuah lah yg membawa rombongan puteri Hang Li Po ke melaka...semasa itu dia telah pun menjadi paduka laksamana...bagaimana pula anda katakan yg hang tuah dari cina pula sedangkan dia yg pergi menjemput rombongan tu atas titah Sultan.....pikirkan balik semua fakta......tak tepat tu..bagaimana pula ibu bapanya yg memang anak jati ulu muar.....seterusnya susur galur di ulu melaka dalam area alor gajah sekarang ni......anda kena ingat..di kedah kata ganti 'Hang' ditujukan menggantikan 'awak'.....sedangkan kedah Tua diasas merong Mahawangsa yg berasal dari Parsi..takkan anda nak kata Hang tuah tu org Iran(parsi) lak kot........hmmm........

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


kalo mcm tu kira MUALAP ler...............


mana dapat fakta nie.................sahih ker.......?




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:

Assalamaualaikum Wbt... utk saudara2 ku sekalian, perkara ini memang sukar nak disangkal... tapi dari sudut kebenaranya 'Lagenda Hikayat Hang Tuah Lima Bersaudara' adalah 'mitos'!!! perlu dingatkan bahawa hikayat tersebut bukanlah 'sejarah' dan disebab itulah 'statusnya' adalah 'MITOS' jika perkara ini benar berlaku maka dimasukanlah tarikh, tempat dan kejadian... dan disebab itu jugalah para2 cendikiawan ahli sejarah menstatuskan ia 'MITOS' dan bukanya 'SEJARAH'... jadi anda perlu peka membezakan yang MITOS adalah mitos dan yang SEJARAH adalah sejarah...


~ banyak 'golongan2 terlebih pandai' sekarang mengubah2kan sejarah yang sedia ada... jadi renung2kanlah... sekian, wsslm ///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

jebat30 wrote:


Assalamaualaikum Wbt... utk saudara2 ku sekalian, perkara ini memang sukar nak disangkal... tapi dari sudut kebenaranya 'Lagenda Hikayat Hang Tuah Lima Bersaudara' adalah 'mitos'!!! perlu dingatkan bahawa hikayat tersebut bukanlah 'sejarah' dan disebab itulah 'statusnya' adalah 'MITOS' jika perkara ini benar berlaku maka dimasukanlah tarikh, tempat dan kejadian... dan disebab itu jugalah para2 cendikiawan ahli sejarah menstatuskan ia 'MITOS' dan bukanya 'SEJARAH'... jadi anda perlu peka membezakan yang MITOS adalah mitos dan yang SEJARAH adalah sejarah... ~ banyak 'golongan2 terlebih pandai' sekarang mengubah2kan sejarah yang sedia ada... jadi renung2kanlah... sekian, wsslm ///


 


ermmm...betul jugak tu...



__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Ja


Senior

Status: Offline
Posts: 108
Date:

Bismillah Hirahman Nirrahim.......


xpnah ke ssorang tu tpk bhw lagenda Hang Tuah dicanangkn hanyalah sebagai pencetus obor semangat org Melayu?......."Xkan melayu hilang di dunia" mungkin ayat yg mudah disebut ttpi makna disebalik ayat itu yg penting.....bagi mengekalkan semangat org Melayu, kite perlu ade hero yg bleh dijadikan pendorong atau pn pembangkit semangat.....org melayu kan perlukn contoh yg nyata.......mmg cfat melayu begitu.......sejarah, mitos atau lagenda tidak penting ttpi nilai tersurat disebalik yg tersirat tu yg penting......sy xbangga Melayu ade hang Tuah ttpi sy bangga dengan sebahagian sifat kemelayuan hang tuah......sebahagian....bukan semua tentang Hang Tuah tu cantik.....Wallahualam.............



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


bangsa cina, agama islam



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Tak usah la percaya... tu semua hipotesis je. Dah berzaman Hang tuah jadi milik Melayu... Kenapa tak pula dikatakan Parameswara tu dari India, bukan palembang? Tak pula dikatakan Sultan Muzaffar Shah tu orang Parsi atau Arab? Hanya kerana nama?


Tuah Lima saudara tu tak ada keturunan ker? Kalau betul cina, anak keturunan dah tak reti nak pakai baju cina? Sudahla... sia-sia jadi Melayu kalau nak buat hipotesis sejarah tapi hancurkan bangsa sendiri...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

I|I WALLAHUALAM I|I

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard