Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bush akui gagal beri bantuan


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Bush akui gagal beri bantuan


NEW ORLEANS: Tentera elit berpengalaman bertempur di Iraq yang sudah diberikan arahan “menembak untuk membunuh”, dihantar ke New Orleans sebagai cara membanteras kegiatan perusuh dan penyamun barangan berikutan huru-hara yang menyusul taufan Katrina.


Kira-kira 300 Pengawal Kebangsaan Arkansas dikerah ke New Orleans menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush yang kemudian berikrar akan melaksanakan `toleransi sifar’ dalam memerangi kumpulan perusuh di bandar raya dilanda petaka itu.


Gabenor Louisiana, Kathleen Blanco berkata tentera elit itu diberikan kebenaran menembak perusuh yang cuba mengambil kesempatan di sebalik kemusnahan akibat Taufan Katrina.


Taufan itu menyebabkan beribu-ribu dikhuatiri maut.


“Mereka (Pengawal Kebangsaan Arkansas) baru pulang dari Iraq. Mereka sangat terlatih, berpengalaman, sudah diuji dalam peperangan dan dalam arahan saya bagi mengembalikan keamanan di jalanan,” kata Blanco.


Empat hari selepas taufan itu melanda kawasan pantai Teluk AS, New Orleans masih lagi bergelut dengan pertempuran dan kes rogol. Kumpulan penyangak yang mencuri barang dan merampas kereta berleluasa manakala mayat bergelimpangan di jalanan.


Penduduk melaporkan ada mangsa mati di khemah perlindungan atau ditembak di luar Pusat Konvensyen New Orleans.


Hospital terpaksa dipindahkan akibat ketiadaan bekalan elektrik manakala kumpulan penembak dipercayai menembak mangsa termasuk bayi yang cuba diselamatkan dengan helikopter.


“Ia umpama zon perang,” kata Melissa Murray, 32, seorang kaki tangan awam di Louisiana yang terbabit dalam kegiatan menyelamat.


Kira-kira 200 pelancong Jepun, Eropah dan Amerika yang ketakutan selepas diarah keluar daripada hotel penginapan sejak Khamis lalu, memberitahu polis melepaskan tembakan ketika mereka cuba menaiki sebuah bas ke tempat lebih selamat.


Datuk Bandar New Orleans, Ray Nagin juga sudah merayu bantuan bagi membantu 20,000 mangsa di Pusat Konvensyen New Orleans yang disifatkannya berada di tempat `kotor, tidak selamat dan bakal kehabisan bekalan makanan’.


“Kami pasti menghantar SOS (meminta bantuan ketika kecemasan),” kata Nagin dalam satu kenyataan kepada stesen televisyen CNN. – AFP



__________________
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

it take about 150 billion usd for the cleaning....more than the war effort in iraq...

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard