Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pemuda UMNO mahu DAP buat 3 perkara


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Pemuda UMNO mahu DAP buat 3 perkara


KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan menghentikan perjuangan menuntut DAP menunaikan tiga perkara berhubung dakwaan Setiausaha Biro Antarabangsanya, Ronnie Liu bahawa pemimpin UMNO terdahulu bukan pejuang sebenar kemerdekaan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ketiga-tiga tuntutan itu ialah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, menarik balik artikel berkenaan daripada laman web rasmi DAP dan tindakan disiplin ke atas Ronnie.


``Kita tidak akan anggap isu itu selesai kerana setakat ini tidak ada satu pun tuntutan tersebut dipenuhi.


``Kita juga tidak berdebat dengan orang yang semacam itu termasuk menyerang peribadi saya, kita akan terus bawa isu ini sampai bila-bila,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian pergerakan tersebut setelah DAP masih tidak menunaikan tiga tuntutan berkenaan sebaliknya mahu satu debat diadakan.


Ronnie dalam kenyataannya semalam mahu satu perbincangan secara matang diadakan bagi memastikan sama ada beliau benar-benar mempersoalkan kedudukan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra selaku pejuang kemerdekaan atau tidak.


Bagaimanapun Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak sebarang perdebatan dengan DAP berhubung kontroversi artikel yang ditulis oleh Ronnie itu.


Khairy berkata, DAP perlu menunaikan tuntutan berkenaan kerana ia bukan isu peribadi sebaliknya melibatkan sejarah kemerdekaan negara.


Tegasnya, selagi DAP tidak buat apa yang diminta, pergerakan itu menganggap parti itu setuju dengan apa yang ditulis dalam kenyataan berkenaan.


``DAP kata saya memutar belitkan kenyataan tersebut tetapi semua orang yang membacanya dapat tahu perkara tersebut.


``Dia (Ronnie) kata dengan jelas pemimpin UMNO bukan pejuang sebenar kemerdekaan, apa lagi yang tidak jelas,'' ujar beliau.






__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard