Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: UIM - Sebuah lagi universiti Islam


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
UIM - Sebuah lagi universiti Islam


 

STATUS Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dijangka akan ditukar kepada universiti sepenuhnya sebaik sahaja kertas cadangan pertukaran status itu dibawa ke kabinet tidak lama lagi.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh berkata, pihaknya telah pun mengarahkan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk bermesyuarat bagi membincangkan pertukaran status dan nama KUIM itu kepada Universiti Islam Malaysia (UIM).


``Kertas cadangan akan kita hantar kepada kabinet sebaik sahaja LPU memutuskan perkara tersebut tidak lama lagi,'' katanya di Sepang, baru-baru ini.


Bagaimanapun katanya, KUIM perlu menyiapkan sepenuhnya pembinaan kampus induknya di Nilai, Negeri Sembilan, bagi memastikan prasarana itu memenuhi keperluan pelajar bertaraf universiti.


Baru-baru ini Canselor KUIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin sekali lagi bertitah agar kerajaan menimbangkan secara serius untuk menaikkan taraf KUIM kepada universiti sepenuhnya.


Beliau berkata, langkah itu bertujuan memudahkan perancangan dan perkembangan universiti tersebut pada masa hadapan.


``Dengan bertambahnya bilangan fakulti dan program akademik dalam pelbagai bidang maka beta rasa sudah tiba masanya perkara ini dipertimbangkan,'' titah baginda pada majlis konvokesyen KUIM di Bangi.


Teknikal


Titah baginda lagi, ia juga bertujuan untuk meningkatkan imej pembangunan Islam di negara ini dalam kalangan masyarakat Islam tempatan dan antarabangsa.


Dalam pada itu Shafie berkata, pihaknya hanya akan mengemukakan pertukaran status KUIM sahaja.


``Mana-mana kolej universiti (KU) yang ada sekarang tidak perlu ditukar status kepada universiti kerana asal penubuhan KU adalah untuk pengajian tinggi teknikal,'' katanya.


Menurut beliau, langkah menukarkan status KUIM adalah wajar kerana daripada sejumlah enam KU di negara ini hanya KUIM sahaja yang menawarkan pengajian bukan teknikal.


KUIM menawarkan lebih 14 program akademik peringkat ijazah di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan dua program di peringkat diploma.


Shafie juga berkata, kementerian sedang berusaha memastikan pembinaan kampus KUIM disegerakan bagi membolehkan kemasukan lebih banyak pelajar dari Timur Tengah.


``Kita menerima banyak permohonan daripada pelajar di negara berkenaan tetapi mereka menolak atau menangguhkan pengajian mereka disebabkan masalah pembinaan kampus itu,'' katanya.


KUIM yang ditubuhkan pada 1997, memulakan operasinya pada Januari 2000 dengan menggunakan kemudahan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Kolej itu kemudian berpindah ke Institut Profesional Baitulmal, Kampung Pandan sebelum berpindah ke kompleks perniagaan di Pandan Indah, Ampang.


Pada masa ini hanya kira-kira 25 peratus pembinaan kampus induk KUIM telah siap dan telah menempatkan sebahagian daripada bahagian pengurusan dan pentadbiran.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

semakin banyak tempat untuk kita menimba ilmu..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 96
Date:

Alhamdulillah...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

mengikut statistik yg di keluarkan oleh spa jawatan kosong yg di tawarkan oleh kerajaan adalah dlm lingkungan 80 ribu setahun.


jumlah graduan yg gred setiap tahun ipta / ipts berjumlah 150 - 200 ribu setahun. jawatan yg di tawarkan adalah terbuka kepada semua kakitangan sedia ada melalui kenaikan pangkat maupun yg masih belum bekerja lagi.................... fresh graduate.


kot kot sikit ari lagi kerja kilang perlukan degree kot.....!!!


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard