Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bursa Malaysia ditutup lebih teguh


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Bursa Malaysia ditutup lebih teguh


 

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih teguh dalam dagangan lengang hari ini.Pada pukul 5.00 petang, penanda aras, Indeks Komposit menokok 7.43 mata kepada 919.07. Ia dibuka pada 911.94, 0.30 mata lebih tinggi daripada penutupan 911.64 semalam.


Indeks Emas meningkat 1.61 mata kepada 209.14, Indeks Papan Kedua naik 0.68 mata kepada 87.76 manakala Indeks Teknologi menambah 0.29 mata kepada 29.30. Indeks Perusahaan mengukuh 11.00 mata kepada 1,984.66 dan Indeks Kewangan melonjak 91.33 mata kepada 7,475.91.


Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 462 berbanding 232 manakala 320 kaunter tidak berubah, 309 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung urus niaga.


Jumlah dagangan meningkat kepada 379.499 juta saham bernilai RM618.481 juta daripada 304.977 juta saham bernilai RM526.893 juta pada penutupan semalam.


Jumlah dagangan di Papan Utama bertambah kepada 256.128 juta saham bernilai RM551.373 juta kepada 234.019 juta saham bernilai RM481.906 juta semalam.


Di Papan Kedua jumlah dagangan meningkat kepada 49.388 juta saham bernilai RM30.979 juta berbanding 26.064 juta saham bernilai RM18.559 juta sebelumnya.


Pasaran Mesdaq mencatatkan lonjakan jumlah dagangan kepada 71.4 juta saham bernilai 33.630 juta berbanding 42.651 juta saham bernilai RM23.776 juta semalam.


Urus niaga langsung meningkat jumlahnya kepada 87.09 juta saham bernilai RM50.782 juta berbanding 54.487 juta saham bernilai RM61.603 juta. Jumlah waran belian meningkat kepada 2.583 juta saham bernilai RM2.499 juta berbanding 2.243 juta saham bernilai RM2.652 juta semalam.


Di kalangan saham cergas, OSK Ventures International Bhd (OSKVI) menokok sesen kepada 14 sen, diikuti oleh Commerce Asset-Holding Bhd yang mengukuh 15 sen kepada RM5.85. - Bernama



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

buktinya keteguhan ekonomi Malaysia

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

buktinya keteguhan ekonomi Malaysia



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard