Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAYAT DIKERAT-KERAT DITEMUI DI DUA TEMPAT


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
MAYAT DIKERAT-KERAT DITEMUI DI DUA TEMPAT



 



KERATAN-KERATAN tubuh yang dipercayai mayat seorang wanita yang sama ditemui di dua tempat semalam.


Sekitar 1 tengah hari, kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki yang diperuk dalam sebuah beg sukan, ditemui seorang pekerja pembersihan di tepi jalan dekat taman di luar Stesen MRT Orchard.


Enam jam kemudian, keratan bahagian badannya pula yang dimasukkan dalam sebuah beg pakaian besar dijumpai seorang pegawai teknikal di tempat pejalan kaki menuju ke stesen bas di Kolam Air MacRitchie.


Sehingga malam tadi, polis masih giat menjalankan siasatan, termasuk mengenal pasti sama ada keratan-keratan tubuh yang dijumpai di kedua-dua tempat itu adalah tubuh wanita yang sama.


Ini merupakan kes kedua melibatkan mayat dikerat-kerat di sini.


Jun lalu, mayat seorang wanita warga China, Liu Hong Mei, 22 tahun, yang dikerat-kerat ditemui di Sungai Kallang.


Mengenai penemuan pertama, Penolong Superintenden (ASP) Siow Cheng Cheng berkata pihaknya menerima panggilan mengenai beg yang mencurigakan sekitar 1.45 petang.


Ketika diperiksa, tiga bahagian tubuh wanita itu dijumpai dalam tiga beg plastik yang disumbatkan ke dalam beg sukan berwarna biru sekitar 60 sentimeter panjang itu.


Kepala wanita berambut panjang itu ditemui dalam beg plastik merah, manakala kaki dan tangannya di dalam dua beg plastik sampah berwarna hitam.


Kesan percikan darah jelas kelihatan pada kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki wanita tersebut.


Menceritakan penemuan gerun itu, pekerja pembersihan berkenaan, Cik Mariayee Maruthan, 41 tahun, warga Malaysia yang berasal dari Ulu Tiram, Johor, berkata:


'Saya sedang berbasikal untuk bekerja apabila saya ternampak beg itu.


'Ingatkan ada orang yang tertinggal beg itu dengan zipnya terbuka sedikit tapi apabila saya jenguk, ternampak pula seperti kepala dan rambut seorang wanita.


'Saya pun terus tak berani nak buka lalu menghubungi penyelia saya.'


Selepas penemuan pertama, para anggota Pasukan Operasi Khas (SOC) turut dikerah untuk membantu sama.


Namun, pada 6 petang, polis menerima panggilan mengenai sebuah beg yang ditemui di tempat pejalan kaki kira-kira 20 meter dari Kolam Air MacRitchie.


Polis yang bergegas ke situ mendapati beg pakaian itu berisi badan wanita yang hanya mengenakan coli dan seluar dalam.


Pegawai teknikal yang menemui beg itu, Encik Alvin Lim, 41 tahun, berkata bahawa beliau segera memberitahu seorang pekerja kantin di kolam air itu yang kemudian menelefon polis.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

kejamnya

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

penjenayah ni adik mona fandy kot???????????

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Sungguh Kejam...............ini kerja PREDATOR kot.....................

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard