saya ingin mendapatkan pendapat dari kanda2 yg ada di dlm forum ini kerana dewasa ini saya melihat sifat cabar mencabar dikalangan pengamal ilmu mempertahankan diri masih lagi wujud walaupun setelah negara kita menjadi sebuah negara yg sedang meningkat maju, jika perkara ini terjadi di zaman2 datuk kita dahulu mungkin saya boleh terima lagi kerana dizaman dahulu gelanggang silat tumbuh bak cendawan dan masih tidak disergamkan lagi, tetapi dizaman ini dimana pertubuhan seni mempertahankan diri yg telah dikumpulkan di bawah satu payung masih lagi wujud sifat cabar mencabar yg mana saya rasa ini hanya akan menjejaskan nama baik nama seni mempertahankan diri itu sendiri, malah guru saya pernah dicabar oleh seorang guru seni mempertahankan diri....katanya tiada seni yg sehebat seni mereka dan tidak pernah tumbang anak2 murid guru itu kepada pesilat2 lain.
saya sebagai salah seorang pengamal ilmu bela diri berasa amat kecewa dengan perkara2 ini, yg lebih membuatkan saya sedih apabila saya dengan niat ikhlas mahu menimba ilmu di salah sebuah pertubuhan silat yg berdaftar secara rasmi telah di 'perli' oleh beberapa pesilat disitu.......saya hanya belajar di gelanggang kampung yg tiada kemudahan seprti yg ada di bandar......pesilat itu memperlekehkan gelanggang kampung kerana faktor tempat dan corak pengajaran dijadikan isu.....buah2 silat kami dipertikaikan dan ada saja salah yg dicari ibarat gelanggang kampung hanya menumpang dibumi persilatan ini.
maaf dipinta jika ada pihak2 yg terasa hati tetapi niat saya hanyalah utk berkongsi rasa sedih dengan kanda2 sekelian...sekali lagi saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada saudara2 ku sekelian andai kata2 adinda ini menusuk ke kalbu.saya hanya ingin melihat agar semua pengamal ilmu bela diri bersatu tanpa mengira nama,seni dan kekuatan.....kerna dengan itu barulah org2 melayu kita mampu menjadi lebah. sekian wassalam
Saye pun taktau nak komen ape...tp cukuplah kite berpegang pada resmi padi, makinberisi makin tunduk. Blajar silat ni utk memartabatkan seni warisan bangsa kite,untuk kite org melayu bersatu bukannye berpecah. Jd yg mane trase utk eloklah perbetolkan diri jangan nak taksub dan riak sgt dgn ilmu yg kite ade...tak kemanenye.
Sekadar meluahkan ape dihati...takde niat nak lukakan hati sesiapa. Mintak maaf la kalau ade kate2 yg kurang menyenangkan
Sepatutnya pengamal senibela diri yg suka mencabar sesama melayu tu cabar pengamal senibeladiri luar lingkup melayu macam aikodo, teakwando, wushu, kung fu baru anak melayu..baru boleh tengok geruh anak melayu kita ni......apa cerite cabar sesama bangsa..nak hancurkan bangsa kita ni ke.....otak pakai ka.........sori kalo ada terasa...tapi fikir2kanlah.....
salam perjuangan.......
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
naik tinggi2 tengok bawah kita gayat,kalau jatuh semakin tinggi semakin sakit:biggrin
betui tu...saya sokong...tapi ada org tua2 kata lagi...biar dada melecuq terbakaq asaikan janggut tak cecah tanah...kakakakaka...
Aku rasa mcm best jugak kalau cellen antara seni melayu dgn seni bela bangsa lain....ada tak dgr2 crita pasal "International Blood sport"....acara ni di buat secara rahsia dan tertutup..???,saya pun dgr2 ja....kesahihan..ntah laa.
yg pasal blood sport tu saya pun pernah terbaca dan pernah dengar guru2 lama bercerita......dari apa yg saya tau dulu tournament tu pernah hantar surat penyertaan kepada arwah Dato' Meor tapi arwah tak nak pasal katanya tournament tu akan merosakkan seni bela diri, tapi saya ada juga dengar cerita lepas arwah Dato' tolak penyertaan tu...ada satu silat dari tanah melayu yg join tournament tu...nama silat tu saya dah tak berapa ingat tapi ada kena mengena ngan harimau......tapi dari apa yg saya dapat tau...seni yg paling banyak menang dah semestinya muay pasal benda tu kan close combat so memang advantage kat muay la.......tapi jgn lak ada yg terasa rendah diri dan jgn lak ada yg riak pulak pasal tournament tu pun bukan semua otai2 masuk contoh mcm arwah dato'.
Saya rasa, kalau riak tu takde la masalah sangat, masalah dia ngan tuhan je la, tak bersyukur kerana ilmu yg dimiliki... cuma saya sedih dengan perkembangan dunia silat hari ini yang berat sebelah dan jika tidak kena gayanya, boleh membunuh lain-lain pertubuhan seni silat melayu...
Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu garis panduan kepada sekolah2, bahawa pelajaran silat di sekolah2 haruslah melibatkan penggunaan kurikulum SENI SILAT MALAYSIA. SENI SILAT MALAYSIA ini terdiri dari senaman, pelajaran dan cara berpakaian. Masalahnya...
Senaman dalam SENI SILAT MALAYSIA adalah 100% senaman seni gayung fatani..
Pelajaran yang diajar 75% adalah dari gayung fatani, manakala baki 25% adalah dari pelajaran dari pertubuhan yang memiliki gelanggang di sekolahitu sendiri. Jika gayung malaysia, pelajaran gayung malaysialah. Jika gayung pusaka, gayung pusaka punya pelajaranlah. dan seterusnya...
Cara berpakaian adalah cara berpakaian gayung fatani.. bersamping batik.. hmm.. sedangkan silat melayu ada yang bersongket, ada yang berkain pelikat..
Dan, pengajaran SENI SILAT MALAYSIA adalah wajib, jika tidak, gelanggang silat itu tidak boleh dibuka, kerana tiada seni silat malaysia diajar di sekolah itu...
Entahlah... pada saya, prosedur baru ini hanya akan menyusahkan lain2 perguruan. Walaupun niat kurikulum seni silat malaysia adalah baik, tetapi keuntungan hanya dinikmati oleh sebuah pertubuhan, dan boleh memudaratkan pertubuhan yang lain.
Peraturan ini tidak tertakluk pada pertubuhan lain spt taekwondo atau karate. Mereka bebas membuka gelanggang. Dan, jika seseorang guru silat itu tak mahu mengajar seni silat malaysia, maka tak dapatlah dia buka gelanggang...... inilah prosedur yang sepatutnya dihadapi bagi sesapa yang nak buka gelanggang di skolah.
Masalah ni, banyak guru-guru dari pelbagai perguruan yang tidak berpuas hati. Tapi, dah prosedur kerajaan kan. Apa yang boleh buat...
Inilah sebenarnya melayu... yang memang dah wujud lama dalam genetik dan kromosom kita sebagai orang melayu... P H D. Dan inilah juga bila ilmu mempertahankan diri diniagakan.... bila wujud keuntungan, akan ada usaha untuk memonopoli...
Syukur saya belajar tanpa bayaran, kerana guru saya ikhlas mengajar. Moga tuhan membalasnya... Dan pengajaran dari kisah ni, kita org melayu janganlah membuat sesuatu yang boleh menyusahkan orang lain, terutamanya sesama kita. Makan sama2, lapar sama2. Jangan kita kenyang tapi orang lain lapar... Tak baik macam tu..
Betul kata saudara faizal tu.....selagi ada sifat PHD ni susah tul.....sesama silat pun boleh berlaga, masalahnya yg berlaga tu pulak bukan takat anak2 buah je tapi guru pun join sekali....tak cukup ngan tu.....guru2 dlm pertubuhan yg sama pun sanggup tikam belakang demi gilakan pangkat dalam pertubuhan.......sampai bila la benda ni akan berterusan???
kepada saudara Ang Loong.....saya dulu pun belajar gayung bawah gelanggang gurun, kenal jugak la ngan anak2 ayahanda pak andak majid tapi diorang mungkin dah tak kenal saya pasal dah lama dah saya duduk bawah gelanggang di pulau pinang
kalau sampai memperleceh gelanggang kampung..itu bukan keperibadian orang-orang yang mengamalkan silat. Itulah yang jadi bila perguruan menekankan pada bengkung, seolah-olah bengkung itu bukti sebenar taraf kebolehan bersilat, memprogram anak-anak murid supaya taksub kepada guru, taksub hanya pada ilmu silat sendiri. Dunia persilatan Melayu ada beribu-ribu jenis..kenapa nak saling mempertikai satu sama lain..bukankah itu semua warisan orang Melayu. Belajarlah sebanyak mana jenis silat yang boleh, itu semua harta pusaka nenek moyang kita.
standardlah org baru rasa ilmu...saya pun baru berjinak jinak dalam ilmu persilatan....silat gayung harimau...sekadar pertahanan diri
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."