Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pekerja Khidmat Harian


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:
Pekerja Khidmat Harian


Salam...

Saya bukanlah ahli pekida cuma org biasa sahaja. Ingin minta bantuan dari anda semua mengenai isu Pekerja Khidmat Harian kerana saya percaya ada juga dari kalangan ahli pekida yang menyandang jawatan tersebut. Saya telah bekerja selama 3 tahun di sektor awam dgn jawatan tersebut dan terkini jawatan tersebut telah ditukarkan dari Pekerja Khidmat Sambilan kepada Pekerja Khidmat Harian. Bezanya, gaji kami sbgai PSH telah dipotong sebanyak RM 13 sehari. Bayangkan kalau kami bekerja penuh untuk 22 hari berapa banyakkah yg telah dipotong?? Untuk makluman pihak tuan, kami sebagai PSH tidak layak untuk mendapat insentif seperti penjawat2 awam yg tetap. Gaji kami dibayar secara harian mengikut gred masing2. Kami juga tidak layak dibayar gaji jika cuti am jatuh pada hari pekerja. Cuti tahunan (cuti bergaji) bg PSH pula cuma 7 hari dalam setahun. Bayangkanlah jika ada berlaku kecemasan dalam tempoh tersebut, berapa hari kami sebagai PSH tidak ada gaji. Kini, sudah hampir 3 tahun saya tekun bekerja untuk memajukan sektor awam dalam bidang IT. Daripada saya buta Linux ,AIX ,Windows Server sehingga saya telah hampir ditahap mahir, daripada sektor awam memerlukan khidmat vendor untuk menyokong sistem operasi awam sehingga kami sendiri yang mengambil alih tugas tersebut  masih tiada berita gembira buat kami warga PSH.

Saudara2 sekalian, untuk makluman bangsa kita adalah yang paling ramai dalam skim penjawatan ini. Ramai yg berkata kerja kerajaan rilex, goyang2 kaki. Saya nafikan sekeras-kerasnya kerana dalam tempoh hampir 3 tahun saya bekerja, dari saya bujang sehingga berkahwin telah banyak yg saya pelajari dalam sektor awam tidak kurang juga ilmu yg saya kongsikan bersama rakan2 yg lain.

Saya pohon jasa baik anda semua disini utk menolong kami yg tidak berdaya ini. Terdapat juga PSH yang sudah berumah-tangga seperti saya. Tidak kurang juga yang telah mempunyai anak. Saudara2 sekalian bayangkanlah bagaimana mereka menanggung keluarga mereka.

Saudara2 sekalian, saya juga pernah bekerja di Kolej TAR (Dimonopoli oleh kaum cina). Gaji permulan saya hanya RM600 untuk lulusan diploma. setelah ditolak EPF cuma RM5xx sahaja yg saya dapat. Saya dijanjikan taraf jawatan tetap dlm tempoh 3bulan tetapi setelah 6bulan berlalu tiiada apa2 tindakan drpd pihak pengurusan walhal terdapat calon kaum cina yg masuk bekerja sekali dgn saya terus mendapat jawatan tetap dlm tempoh 3bulan dan mendapat kenaikan gaji. Saya berhenti dan bekerja dengan syarikat swasta (dimonopoli oleh kaum india). Perkara yg sama terjadi kpd saya. Setelah 1 tahun bekerja masih tiada apa2 tindakan dari pihak pengurusan untuk menaikkan gaji saya atau menukar status jawatan saya dari percubaan ke tetap walhal dalam tempoh 1 tahun saya bekerja kerap kali saya lihat pekerja baru (kaum india) tidak perlu melalui tempoh percubaan dan gaji permulaan mereka 2 kali dari gaji saya yang telah bekerja hampir setahun. Bukanlah niat saya untuk menceritakan keburukan tetapi inilah hakikat yg berlaku kepada saya selama saya grad dari kolej dan berhijrah ke alam pekerjaan.

Alhamdulillah sejak tahun 2008 saya telah bekerja di sektor awam walaupun dengan gaji harian namun suasana dikelilingi bangsa sendiri amat berbeza. Tidak keterlaluan jika saya katakan ilmu mudah dikongsi bersama bangsa sendiri berbanding bangsa lain. Dan kini setelah pihak JPA mengeluarkan pekeliling terbaru mengenai PSH, saya rasa amat tertekan dan tidak berdaya utk melakukan kerja harian.

Saya tiada kabel dan tiada tempat utk mengadu. Saya cuma teringat kepada Pekida sahaja yang mampu memperjuangkan hak anak melayu. Saya amat berharap terdapat dikalangan saudara2 sekalian yg mampu untuk membawa isu ini ketengah utk di debatkan bersama pihak berkenaan kerana pihak cuepacs masih tidak mengambil apa2 tindakan. Hidup kami seperti gantung tidak bertali.

Akhir kata, semoga Allah membalas jasa saudara2 sekalian diatas bantuan yg dihulurkan dan saya mohon maaf sekiranya hadir saya kesini tidak diundang dan mengundang masalah. Terus terang saya katakan saya tiada tempat lain utk mengadu.

Sekian.
Wasalam.

__________________
DiN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard