Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: petua untuk wanita


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
petua untuk wanita


Nuri ada petua untuk wanita

 









NORIAH MOHD. ISA.



KEBAHAGIAAN dan keharmonian rumah tangga merupakan impian setiap wanita yang bergelar isteri.


Namun dalam mengharungi perjalanan hidup, bukan semua yang berjaya menggenggam kebahagiaan.


Ada yang berjaya mencapainya hanya setelah melalui pelbagai cabaran dan derita dalam menyusuri kehidupan berumah tangga.


Kadang-kadang terfikir juga, puas isteri membelai suami, melayani makan minum di samping tanggungjawab seorang isteri. Namun suami tetap dingin.


Kadangkala usaha membahagiakan rumah tangga itu bagaikan tidak diendah suami. Mengapa begitu?


Pengasas Pusat Rawatan Kecantikan Tradisional An Nuri, Noriah Mohd. Isa, 37, yang lebih dikenali sebagai Nuri memberitahu, sekiranya perkara ini berlaku, hendaknya isteri jangan cepat berputus asa.


Katanya, andai ada yang serius mengenai hal ini, bererti mereka cukup prihatin terhadap keharmonian rumah tangga.


Ini juga bagaikan menghantar isyarat, sudah sampai masanya untuk mereka memikirkan perihal kecantikan dalaman dan kesihatan diri menerusi urutan dalam usaha menghangatkan semula percintaan mereka.


``Paling penting, bilik tidur perlu diberi perhatian utama, jagalah makan minum keluarga dan suami, makan coklat dan buah-buahan dan belajar mengurut suami.


``Suasana bilik tidur yang romantis, pemakanan yang sihat, coklat serta urutan mampu membuat suami rasa dibelai sekali gus mewujudkan kasih sayang hidup bersuami isteri,'' jelas Nuri lagi yang berpengalaman di bidang rawatan tradisional ini.


Di tempatnya pelbagai rawatan diadakan termasuk rawatan untuk ibu bersalin, spa, rawatan wajah dan lain-lain yang semuanya menjuruskan kepada kecantikan luaran dan dalaman.


Nuri tidak keberatan malah gembira dapat berkongsi petua warisan dan tip penjagaan diri untuk wanita tanpa mengira muda mahupun yang berusia.


Beliau juga memberitahu pengalaman selama 18 tahun dalam bidang kecantikan termasuk tujuh tahun menjalankan pusat kecantikan An Nuri ini menjadikan dirinya betah hadapi cabaran.


Selain menerima pelanggan yang hadir di pusat kecantikannya, Nuri juga menerima jemputan untuk memberi ceramah di bengkel-bengkel di sekitar Lembah Klang dan lain-lain destinasi.


Apa pun, yang jelas Nuri berasa gembira dapat bersama wanita dalam menghias diri luar dan dalam serta sihat dan bahagia.


Sementara itu, beliau akan turut menjayakan satu bengkel wanita, di Brunei Darussalam. Bengkel tersebut, `Bengkel Teratai Rahsia Wanita Luar dan Dalam - Untukmu Wanita' akan diadakan pada 2 Oktober ini bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC).


Nuri berharap ceramahnya nanti dapat memenuhi cita rasa wanita Brunei.


Dalam bengkel tersebut, terdapat beberapa segmen menarik yang melengkapkan menu bengkel sehari itu seperti fesyen bertudung, malam pengantin, petua memikat suami dan lain-lain.


Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pusat rawatan ini dan mengadakan bengkel bolehlah menghubungi An Nuri. Tel: 03-41439532.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

coklat,buah-buahan,urut..


hmm...



__________________
be what u wanna be
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard