Disini, ingin saya berkongsi sedikit pengetahuan bersama kesemua saudara2 seagama yang turut berforum.. Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah berkenaan dengan Ayat Ruqyah... iaitu kompilasi ataupun kumpulan/himpunan potongan ayat dari pelbagai surah di dalam Al Quran, yang digunakan di dalam perawatan/perubatan Islam.
Ayat2 ini biasanya digunakan bagi rawatan terhadap sihir, dan juga gangguan jin syaitan. Ayat2 Ruqyah ini diamalkan ni negara kita oleh ramai pengamal perubatan Islam, misalnyaDr Harun Din, Pusat Perubatan As Syifa', melaka dan ramai lagi.
Apa yang penting bagi kita ialah mengamalkan amalan2 yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga para sahabat. Mereka menggunaka Ayat Ruqyah ini bagi menangani permasalahan perubatan yang berkaitan dengan jin syaitan dan ia amatlah mujarab. Adalah lebih baik kita berpegang kepada amalan Rasulullah SAW dan sahabat berbanding lain2 kaedah perubatan yang kadang kala meragui malah jika salah langkah, boleh mebawa kepada syirik.
Maaf jika susunannya tidak teratur. Ayat2 ini jika dibaca kepada mereka yang diganggu jin, biasanya akan menunjukkan beberapa tindak balas, misalnya, tiba2 mendiamkan diri, mata berkelip pantas, berdebar-debar, malah jika kuat gangguannya mungkin pesakit akan menjerit dan meraung.
Fahamilah akan maksud2 ayat2 berkenaan... ianya adalah janji2 dan firman Allah SWt terhadap jin, syaitan dan juga para makhluk yang mengingkariNya. Juga merupakan ayat2 yang menceritakan kehebatan dan kebesaran Allah SWT. Semoga post ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua.
Terima kasih atas information saudara faizal yang amat berharga bagi seluruh umat islam... jika sebelum ini bilangan pengamal ayat-ayat suci Al-Quran untuk kegunaan perubatan boleh di kira dengan jari, dengan adanya insan yang peka dan prihatin seperti saudara maka ayat-ayat suci Al-Quran di manfaatkan oleh ramai lagi insan yang sebelum ni cetek pengetahuannya tentang Al-Quran...