Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: GPMS boleh dibatal pendaftaran lewat mesyuarat


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
GPMS boleh dibatal pendaftaran lewat mesyuarat


Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU 28 Sept. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) boleh dibatalkan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan ekoran kelewatannya mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini.


Bekas Setiausaha Agung GPMS, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, mengikut perlembagaan GPMS perkara 13.8, mesyuarat agung pertubuhan tersebut sepatutnya diadakan pada Jun lalu dan kini ia telah tertangguh selama tiga bulan.


Menurut beliau, kegagalan mengadakan mesyuarat agung itu telah mendedahkan GPMS kepada risiko diambil tindakan pada bila-bila masa oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan.


``Sekiranya ini berlaku, Presiden GPMS, Datuk Suhaimi Ibrahim akan dianggap bersalah kepada 250,000 ahli pertubuhan itu di seluruh negara,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.


Utusan Malaysia hari ini memetik Suhaimi sebagai berkata, bahawa beliau tidak mahu menumpukan kepada mesyuarat akan datang kepada soal pemilihan, sebaliknya lebih berminat kepada pelaksanaan program yang masih banyak perlu diselesaikan.


Sementara itu, Syed Anuar menegaskan bahawa Suhaimi perlu bersikap telus untuk menetapkan tarikh mesyuarat agung itu bagi membolehkan pemimpin lain dan ahli-ahli membuat persediaan.


``Saya benar-benar tidak faham mengapa perkara seumpama ini boleh berlaku. Adakah Datuk Suhaimi bimbang tentang kedudukannya hingga memaksa beliau menangguhkan tarikh mesyuarat agung?'' soalnya.


Syed Anuar menambah, Suhaimi tidak sewajarnya berdolak dalik dalam soal menentukan tarikh mesyuarat kerana kedudukannya sebagai presiden kelak akan ditentukan oleh perwakilan.


Katanya, Presiden GPMS itu juga tidak perlu gentar mengenai kedudukannya dalam pertubuhan itu sekiranya beliau merasakan menerima sokongan besar daripada ahli.


``Berikanlah mandat kepada ahli menentukan siapa barisan pemimpin dan soal untuk menumpukan pelbagai program yang belum selesai, itu isu lain dan Datuk Suhaimi tidak harus takut dengan bayang-bayangnya sendiri,'' tegasnya.






__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


MELAYU......ku



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Hairan perkara sebegini boleh berlaku kepada salah satu NGO yg memperjuangkan pelajar2 melayu....

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard