Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rafidah nafi lari daripada tanggungjawab


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Rafidah nafi lari daripada tanggungjawab


Daripada Suhana Abdul Mutalib


VIENTIANE, Laos 28 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini menafikan beliau sengaja lari dari tanggungjawabnya menjawab soalan-soalan berkaitan kementeriannya di Dewan Rakyat.


Katanya, adalah tidak adil bagi sesiapa pun membuat kesimpulan sedemikian sedangkan beliau berada di luar negara demi menjalankan tugas untuk kepentingan Malaysia.


``Saya datang ke sini untuk bekerja, awak sendiri nampak saya di sini bekerja dan bukannya untuk makan angin.


``Penting untuk saya berada di sini (Laos), tambahan pula Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN bulan Disember ini.


``Saya amat risau sekiranya tiada keputusan diambil pada persidangan di sini, nanti akan menjejaskan imej kita sebagai tuan rumah... malulah kita, PM sendiri pun nanti tak tau nak cakap apa,'' katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia dan Bernama di biliknya, di Hotel Don Chan Palace, di sini malam ini.


Beliau berada di Vientiane bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi (AEM) ASEAN.


Rafidah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika sesi perbahasan berhubung kegagalannya menghadiri sidang Dewan Rakyat kali ini.


Kit Siang antara lainnya berkata, berdasarkan rekod Parlimen juga, Rafidah hadir ke Dewan Rakyat hanya dua hari pada 2000, lima hari (2001), dua hari (2002), enam hari (2003), dua hari (2004) dan dua hari sepanjang tahun ini, manakala dalam tempoh enam tahun itu beliau hanya hadir sekali bagi sesi soal jawab.


Rafidah berkata, Malaysia merupakan penggerak utama dalam menyatakan keputusan berhubung apa juga isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat untuk kepentingan ASEAN keseluruhannya.


``Lim Sit Siang pembangkang.. dia bukannya faham kepentingan negara.


``(Takkan saya hendak) hadir persidangan (Dewan Rakyat) kemudiannya duduk dua mint sahaja untuk jawab soalan-soalan yang dikemukakan, kemudian mesyuarat di sini (AEM) tinggalkan untuk Sidek (Datuk Sidek Hassan) dan Ooi (Datuk Ooi Say Chuan) jawab.


``Come on.. Bukannya saya tak percayakan pegawai-pegawai saya, tapi awak kena ingat di sini persidangan menteri, mereka (menteri-menteri) nak bercakap dengan menteri nak buat keputusan, kalau bukan menteri dia orang tak boleh buat keputusan,'' katanya.


Berhubung rekod yang dikemukakan oleh Kit Siang, Rafidah berkata: ``Hampir setiap masa saya mengikut delegasi PM ke luar negara, tahun ini sahaja tujuh kali saya mengikut beliau dan ini belum termasuk misi perdagangan yang dianjurkan oleh kementerian saya.


``Keseluruhannya tahun ini sahaja bermula Februari hingga sekarang sudah 17 negara yang saya pergi.


``Mereka (pembangkang) cakap senang sahaja, bukannya dewan bersidang 365 hari, cuma dua minggu sahaja, kita bukan sengaja tak nak pergi... My Goodness.


``Saya bekerja.. Awak tengok saya punya diari penuh, padat dengan pelbagai aktiviti,'' katanya.


Rafidah berkata, sebaik sahaja pulang daripada misi perdagangan ke Amerika Syarikat minggu lalu, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital akibat sakit lutut yang memerlukannya menjalani pembedahan pada 6 Oktober ini.


``Saya balik sini hari Jumaat (23 September), Sabtu dan Ahad klinik tutup, Isnin saya dah tak tahan sangat terpaksa ke hospital untuk sedut lendir dari lutut. - Utusan



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard