SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menasihati pemain-pemain Selangor agar tidak keluar padang dan menuju ke kawasan penonton setiap kali berjaya menjaringkan gol.
Beliau berkata, tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan setiap pemain kerana kemungkinan mereka boleh dicederakan oleh penyokong lawan.
``Pemain kena sentiasa berada dalam padang sepanjang perlawanan kerana apabila mereka keluar ke kawasan penonton kemungkinan mereka boleh dicederakan atau dibaling objek oleh penonton lawan.
``Saya telah mengingatkan kepada semua pemain,'' kata kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau secara berseloroh berkata, Red Giants mungkin tidak perlu berpeluh mendapatkan Piala Sumbangsih musim depan jika berjaya muncul juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini memandangkan perlawanan itu melibatkan juara Piala Malaysia dengan juara Piala FA yang telah pun dimiliki oleh Selangor selepas menewaskan Perak 4-2, Sabtu lalu.
SAYA INGIN BERTANYA SEDIKIT TENTANG SUKAN PEKIDA...KITA ADA TEAM BOLA KE?NAK TELEFON SESIAPA KALU NAK AJAK LAWAN BOLA..ADA ORG TERTENTU KE NAK CALL ATAU RUJUK R&D DAHULU... SEKADAR INGIN BERTANYA....