Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BERITA HARIAN-ANAK ADIK BERADIK HILANG


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
BERITA HARIAN-ANAK ADIK BERADIK HILANG


ANAK GADIS INI ADALAH KELUARGA KITA :


Bapa rayu cari anak hilang


 


KUALA LUMPUR: Bapa Azzem Izzat Ahmaduniawi Rahimin (gambar), pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Petani yang hilang sejak Sabtu lalu merayu orang ramai membantu mencari anaknya kerana keluarga amat merindui dan bimbang keselamatannya.

Ahmaduniawi Rahimin @ Rahimin Baharum berkata, anaknya meninggalkan rumah mereka di Saujana Impian, Kajang untuk pulang ke kampus pada Sabtu lalu bersama seorang rakan dan tiba di Sungai Petani jam 6 petang.

“Sebaik tiba, dia menghubungi saya dan memberitahu ingin membeli-belah di kompleks Central Square, Sungai Petani. Bagaimanapun, jam 10.45 malam, rakannya menghubungi dan memberitahu Azzem, 18, hilang ketika ke tandas dan mengeluarkan wang di mesin ATM.

Ahmaduniawi berkata, beliau sudah membuat laporan polis Ahad lalu, tetapi usaha mencari dengan bantuan unit keselamatan UiTM gagal.

“Ketika kejadian, Azzem memakai kemeja T lengan panjang berwarna putih dan merah, berseluar kelabu, bertopi putih dan berkaca mata.

“Saya bimbang keselamatan Azzem kerana dia menghidap asma dan baru-baru ini dimasukkan ke wad akibat penyakit itu,” katanya.

Lebih membimbangkan, seorang wanita ada menyerahkan dompet milik Azzem kepada jirannya di Kajang, Selangor pada Isnin lalu kerana beliau tidak berada di rumah ketika itu.

“Wanita itu mendakwa dompet itu ditemui anak saudaranya ketika memancing di sebatang sungai di Kajang,” katanya.

Ahmaduniawi berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Azzem menghubunginya di talian 019-380 8594 atau Puan Rasa di talian 019-237 7230 atau 03-2693 7387.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard