Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RAMADHAN KEMBALI


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:
RAMADHAN KEMBALI


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA....

Untuk sama-sama kita mengamalkan nya di bulan Ramadhan ini. Insyaallah kita akan dapat memperolehi keberkatan dan ganjarann yang di janjikan itu.


SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

OLEH : USTAZ ASMUNGI B.HAJI MOHD SIDEK

(Bekas Ketua Penolong Pengarah Bhg. Undang-Undang Syariah JAIS)


Bismillahirohmannirrohim.


Sejarah Ramadhan :



      1) Ramadhan: ertinya panas terik

      2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

      3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

      4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikindan berakhirnya penyembahan berhala

      5) Di dlmnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

      6) Di pilih untuk ibadat puasa.

      7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) Kelebihan Bulan Ramadhan


Kelebihan Ramadhan



        1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)

        2) Bulan penuh keberatan

        3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan

        4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

        5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda

        6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

        7) Bulan menambah rezeki

        8) Memberi buka banyak pahala

        9) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam

        10) 10hari pertama mulanya rahmat, 10 hari kedua, pengampunan dan 10 hari terakhir, bebasdari api neraka


Amalan2 di bulan Ramadhan




        1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

        2) Menempah pakaian untuk Ramadhan

        3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan

        4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dpt bangun malam

        5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

        6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

        7) Solat berjemaah setiap waktu

        8) Solat jemaah di masjid/surau

        9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

        10) Sahur diwaktu akhir

        11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

        12) Mandi Janabat sebelum Imsak

        13) Kurangkan tidur

        14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

        15) Tunaikan Solat Dhuha

        16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

        17) Tunaikan solat Rawatib

        18) Jaga pacaindera

        19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang

        20) hadiri majlis ilmu

        21) Buat baik pd ibubapa

        22) Isteri hendaklah taat pd suami

        23) Banyakkan bersedekah

        24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

        25) Berbuka bersama org tua

        26) Jemput tetamu berbuka

        27) Kurangkan berat badan

        28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

        29) Baiki hubungan suami isteri

        30) Baiki hubungan jiran

        31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan

        32) Elakkan berbelanja berlebihan

        33) Kuatkan kesabaran

        34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

        35) Berazam beramal (pd malam Lailatul Qadar)

        36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

        37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu

        38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

        39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu

        40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri

        41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

        42) Melazimkan solat awal waktu

        43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar

        44) Elakkan banyak berhutang

        45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan dengan Ramadhan yang akan datang

        46) Tunaikan zakat fitrah


Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)



        1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah dimasjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

        2) Orang yg tidak sanggup solat malam yg panjang




                - Baca ayat akhir surah Al Baqarah - Baca ayat Kursi

                - Baca surah Yaasin

                - Baca surah Al Zalazah

                - Baca surah Al Qafirun

                - Baca surah Al Ikhlas

        3) Bagi orang yg kuat dan cergas



                - Bangunkan isteri dan anak

                - Mandi

                - Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al quraan


Wallahua'llam.



SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
masalah bulan RAMADHAN berulang KEMBALI


Padah Mercun: Mangsa pertama




SAKIT: Ahmad Fuad terlantar di Hospital Alor Star
kerana cedera di mata akibat terkena percikan bunga
api ketika bermain bersama rakan-rakannya di
Lorong Kenangan, Tongkang Yard, Alor Star kelmarin.

ALOR STAR: Seorang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru di sini cedera di mata kiri terkena percikan bunga api, malam kelmarin, dipercayai mangsa pertama bermain mercun dan bunga api pada musim perayaan ini.












AdRevolver



AdRevolver


Ahmad Fuad Ahmad Saad, 9, menjalani pembedahan dua jam bermula jam 10.30 pagi di Hospital Alor Star (HAS) semalam dan keadaannya dilaporkan stabil.

Murid dari Lorong Kenangan, Tongkang Yard itu dikatakan terkena percikan bunga api ketika bermain bersama dua rakannya selepas bertadarus al-Quran di masjid berdekatan, kira-kira jam 12 malam kelmarin.

Bapa mangsa, Ahmad Saad Mohamad, 46, berkata beliau mengesyaki sesuatu apabila anaknya pulang ke rumah dengan menutup mata kirinya.

"Apabila saya tarik tangannya, saya nampak mata kirinya berdarah. Saya terus membawanya ke unit kecemasan Hospital Alor Star," katanya semalam.

Ibu mangsa, Hairunisa Nahood Ghani, 39, berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana anaknya pendiam.

Kedua-dua ibu bapanya tidak mahu membuat laporan polis mengenai kejadian itu.




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard