Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Berzina dgn ikhlas :.


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:
Berzina dgn ikhlas :.


Sent: Thursday, October 06, 2005 11:16 AM   Subject: Berzina dgn ikhlas :.
 
Soalan

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:


Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:


Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.



Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!



Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)



Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.



Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!



Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).



Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.



Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)



Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.  


Kaum Lut hancur kerananya.

Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)



Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung
Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan
Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)



-- Edited by tontoyo at 12:12, 2005-10-07

__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...


1 artikel yg menarik dapat kita belajar.../// 



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

"Janganlah kamu hampiri zina".Hampiri zina pun jangan apatah lagi

melakukannya.Memang kita kasihkan seseorang itu tetapi tidak menghalalkan zina

itu.Maka kita sebagai orang beriman jgn sekali2 mendekatinya.

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

astaqfirullah hal'azim...


mana ada berzina dengan ikhlas nie... nama pun dah zina.. haram dan berdosa yang amat besar..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Ish....................matlamat menghalalkan cara.itu konsep komunisme jugak........ala2 ideologi Hitler zaman Nazi dulu............zina pun nak dihalalkan???baik takyah diadakan perkahwinan.kalo begitu.....saudara2 kahwin insan yg kita cintai...pasti kita dapat merasa nikmatnya dunia yg Allah beri...........walauhalam..



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

sang simba wrote:


Ish....................matlamat menghalalkan cara.itu konsep komunisme jugak........ala2 ideologi Hitler zaman Nazi dulu............zina pun nak dihalalkan???baik takyah diadakan perkahwinan.kalo begitu.....saudara2 kahwin insan yg kita cintai...pasti kita dapat merasa nikmatnya dunia yg Allah beri...........walauhalam..

dunia hari ini... maacam-macammmm ada...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Teruk-teruk...sedih...


Niat tak menghalalkan cara...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 83
Date:

astaqfirullah hal'azim...



mana ada berzina dengan ikhlas nie... nama pun dah zina.. haram dan berdosa yang amat besar..


Saye sokong..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 41
Date:

'Yang Ikhlas' tu ikhlas untuk berzina....makna nya....dia tu ikhlas juga lar jadi ahli Neraka.....


hai dunia dunia....



__________________
MFR


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

masya allah....ya robbi


apa sudahjadi....................... yg mana hukum di persendakan kan.


subhannallah minzalik



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

semua bingung dahhhhhhhh ...

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

mana lak lah datang fatwa niii...


berzina dgn ikhlas... baca bismillah dulu sebelum berzina, baca bismillah dulu sebelum isap okok...


 


boleh terima ke ???



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


mazwan wrote:


"Janganlah kamu hampiri zina".Hampiri zina pun jangan apatah lagi melakukannya.Memang kita kasihkan seseorang itu tetapi tidak menghalalkan zina itu.Maka kita sebagai orang beriman jgn sekali2 mendekatinya.


askum to all,


seorg penzina tak akan berzina jika masa nak berzina dia beriman...samalah dgn pencuri..takan mencuri jika masa nak curi dia beriman...faham dak maksud saya...nih hadis nih...



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

setuju dgn dewa petir...


 


macam petir kene pd diri masing masing... hehehehehhh




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

setuju ngan dewa petir...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

apa dah jadi sekarang ni.....ada - ada aje......

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Kalo dah dosa tu dosa gak.....apa citer panjang2 lagi..dah sah haramnya...

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 25
Date:

sebuah artikel yg bole memberi tunjuk ajar kepada ... mereka yg belum mencuba benda haram ini ( zina)...


    ingat lah tuhan!!!



__________________
assalamualaikum...


Senior

Status: Offline
Posts: 124
Date:

Betul Kate Abg Boy...
sy sokong...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:

berzina  ni sebat jek....... yg blom kawen sebat 100x.. yg da kawen rejam sampai mati....... klu boleh wat online masok sume chanel tv, tayng kt depa...... mcm ner rejam mcm ne kna sebat. bru mengigil kpala lutut dorg nk bzina lg...... hahaahahahahaaa


 



__________________
lamoon
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

dunia dunia..manusia manusia..mengapa manusia makin lama makin teruk akhlaknya??tidakkah mereka fikir yang allah sedang memerhatikan mereka??tidakkan mereka terfikir dosa yg timpa diri mereka??inilah yg dipanggilkan dunia..dan syaitan tidak akan putus asa selagi setiap manusia didunia ini dicemari dan disesatkan dlm kegelapan..kalaulah zina itu ikhlas..serupa dgn kita tidak perlu kahwin dan lakukan sesuka hati dan memuaskan nafsu kita..astarghfirullah hal'azim..jika perkara ini berleluasa pada generasi akan dtg maka gelaplah mata2 cahaya yg ada di dlm hati manusia....syaitan makin lama makin gembira dan gelak dgn riangnya melihat manusia yg bakal menemaninya di neraka..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:

setiap insan melakukan kesilapan...
namun begitu, bertaubatlahlah...
kembali ke jalan Allah...
Allah mencintai insan yang tunduk patuh kepadaNya... :)
Amar Makruf Nahi mungkar ///

__________________
Salam Perjuangan...Perjuangan mungkin belum selesai...Namun perjuangan pasti selesai akhirnya !!! TERUSKAN BERJUANG !!!


Senior

Status: Offline
Posts: 135
Date:

dah kater berzina.... ikhlas lar camne pon.... mesti berdosa nyer...jauh kan zina dari kehidupn kiter...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

askum...


 


iskh...iskh...


anak sape la tu yg sggp berzina dgn ihklasssss...


 


dunia... dunia....


semoga pihak R&D cube bendung semua gejala yg sedang berkembang pesat  sejajar dengan pembangunan negara ISLAM...


ALLAHHUAKBAR...


salam///



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

bzina pun ada kira ikhlas,x ikhlas jgk ke?????kembali la ke pangkal jln.....

__________________
redzaieskandaarmasiman


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

berzina dgn tangan dh kira dosa besar...kena cpt2 taubat..inikan plak bzina dgn ikhlas????
amar makruf nahi munkar
wana'uzubillahi min zalik

__________________
redzaieskandaarmasiman


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

uikz...


poning pale den...


macam2 ada...///



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

uikz...



poning pale den...



macam2 ada...///



__________________
anak burung


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

astarafirullah al adzim,



__________________
yusof


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

YA ALLAH - inilah kejahilan antara hamba mu di akhir zaman....

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard