Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hukuman Isa dikurangkan, kena letak jawatan menteri


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Hukuman Isa dikurangkan, kena letak jawatan menteri


Gantung tiga tahun: Hukuman Isa dikurangkan, kena letak jawatan menteri
Oleh Azman Zakaria, Ahmad Naim Tahir, Veena Rusli, Norfatimah Ahmad, Sazarina Shahrim dan

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam mengurangkan hukuman penggantungan keahlian Tan Sri Mohd Isa Samad (gambar) daripada enam kepada tiga tahun, berkuat kuasa 24 Jun lalu.












AdRevolver



AdRevolver


Ini bermakna Isa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, perlu melepaskan jawatan dalam Kabinet.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, berkata keputusan itu muktamad dan tidak ada lagi rayuan akan diterima.

Keputusan rayuan Isa dan lapan lagi ahli parti diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, selepas mesyuarat MT kira-kira dua jam.

Keahlian Isa digantung selama dua penggal atau enam tahun pada 24 Jun lalu selepas Lembaga Disiplin Umno mendapatinya bersalah terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti tahun lalu.

Isa yang memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan meraih 1,507 undi pada pemilihan parti 23 September tahun lalu, bagaimanapun mengemukakan rayuan pada 6 Julai lalu.

Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno berkata,

mengikut kebiasaannya, seseorang yang digantung keahlian dalam parti perlu melepaskan semua jawatan, termasuk dalam kerajaan.

“Keputusan MT muktamad dan ini dibuat selepas meneliti laporan Panel Rayuan yang mendengar permohonan rayuan Isa. Beliau (Isa) juga sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini,” katanya.

Mengenai pengurangan tempoh hukuman terhadap Isa, Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor seperti perkhidmatannya dan kelakuan baik beliau selepas dijatuhi hukuman enam tahun pada Jun lalu.

“Dalam permohonan rayuannya, beliau (Isa) merayu supaya panel berkenaan menimbangkan semula hukuman terhadapnya dan terpulang kepada panel itu untuk membuat pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun rayuan Isa tidak dipenuhi keseluruhannya, tempoh hukuman terhadap beliau dikurangkan separuh kepada tiga tahun.

Bagaimanapun, MT mengekalkan hukuman penggantungan keahlian selama tiga tahun yang dikenakan terhadap Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Mohd Salim Sharif @ Mohd Sharif; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pandan, Jamaluddin Ropa; Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Amil Salleh, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kota Bharu, Nawi Mamat dan Zubir Jamal dari bahagian Teluk Kemang.

Ahli Exco Pahang, Datuk Shahiruddin Abdul Moin yang sebelum ini digantung dua

tahun dan Noor Ehsanudin Mohd Harun Narashid dari bahagian Kluang yang digantung tiga tahun, bagaimanapun kini diberi amaran.

Hukuman terhadap Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang sebelum ini digantung keahlian tiga tahun, pula dikurangkan kepada satu setengah tahun

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

alhamdulillah...


 


semuanya dah berakhir kini... kita tunggu tiga tahun lagi... apa pulak cerita.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard