Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Harapkan pagar , pagar makan padi


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Harapkan pagar , pagar makan padi


5 prebet didakwa rompak gadis diikat jamin RM6,000
Oleh Johari Ibrahim

ALOR STAR: Lima prebet dari Kem Lapangan Terbang di sini masing-masing dikenakan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung dakwaan merompak dan mengugut seorang gadis pada Julai lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rasila Yop, semalam membenarkan permohonan lima tertuduh, Mohd Hazmi Hashim, Mohd Nordin Arshad, Faizul Sulaiman, Rosli Mahamud dan Mohd Farhan Wahid, berusia antara 20 hingga 22 tahun, menerusi peguam masing-masing.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen lain pula, semalam, Hakim Azizah Mahamud, membenarkan Mohd Farhan, Mohd Hazmi dan Faizul, masing-masing diikat jamin RM8,000 seorang dengan seorang penjamin bagi tuduhan merogol gadis sama.

Rosli dan Mohd Nordin, masing-masing dibenarkan ikat jamin RM8,000 seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Ogos lalu.

Pada Ogos lalu, Rosli dan Mohd Nordin dituduh di Mahkamah Sesyen sama, manakala tiga yang lain di Mahkamah Sesyen lain.

Ketika itu, hanya Rosli dan Mohd Nordin ditawarkan jaminan.

Pendakwaan diwakili Asisten Superintendan Mohd Ali Mydin, manakala Mohd Hazmi dan Faizul pula diwakili peguam S Raman dan M M Athimulan; N Nagarathinam (Mohd Farhan) dan Shanmugayah dan Maanor Yusof (Mohd Nordin dan Rosli).

Mohd Hazmi dan Faizul bertugas di Kor Polis Tentera di kem berkenaan, Rosli dan Mohd Farhan di 6 Ordnan, manakala Mohd Nordin di 3 Armor Diraja.

Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebat.

Mereka boleh dipenjara 20 tahun dan sebat bagi kesalahan merompak (Seksyen 395) dan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan mengugut.


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:

apa nak jadi la dunia hari ni...


 


tatau sapa nak di harap lagi



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Zaman sekarang ni susah nak cari manusia yg boleh diharap...


Dah la polis tentera...polis pun dia tentera pun dia...


rompak pun dia...rogol pun dia...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:

kalau kita jadi polis atau tentera...



jgn lah kita buat cam tu...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

Polis cuba seludup mercun
Oleh Betty Subaryati

Penyeludup lari meninggalkan kereta penuh bunga api bernilai RM15,000

RANTAU PANJANG: Seorang anggota penguat kuasa undang-undang yang bertugas di sempadan dikesan cuba menyeludup mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM15,000 di sini petang kelmarin.

Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai anggota polis itu melarikan diri ketika Bahagian Pencegah Kastam Rantau Panjang memintas kereta yang dipandunya di Kampung Bukit Lata dekat Pasir Mas, kira-kira jam 4.40 petang.

Lelaki itu memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran sempadan, meninggalkan kereta Proton Saga yang sarat dengan mercun dan bunga api.

Ketua KDRM Rantau Panjang, Ahmad Fadhil Che Muda, berkata dua anggotanya ditugaskan membuat intipan sebaik menerima maklumat penyeludupan menerusi pangkalan haram Kampung Derdap, di Sungai Golok.

Ketika intipan, mereka mengesan lelaki itu sedang memunggah bahan berkenaan ke dalam keretanya tetapi memecut keretanya sebaik menyedari diintip.

"Anggota kastam kemudian mengejar kereta itu selama 30 minit sebelum berjaya memintasnya di Kampung Bukit Lata. Lelaki itu menghentikan keretanya sebelum melarikan diri dalam semak ke arah sempadan," katanya semalam.

Ahmad Fadhil berkata, kereta yang ditinggalkan mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api di bahagian tempat duduk belakang dan but.

Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 135 kerana melakukan kesalahan menyeludup mengikut Perintah Kastam Larangan Mengenai Import 1988.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 atau 10 kali ganda harga yang mana lebih rendah.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

sape nak pertahankan negara kalau camgini? polis tentera sendiri buat onar...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Tanggungjawab pertahan negara adalah kewajipan kita semua dan tidak semestinya pada mereka yg menceburi kerjaya polis & tentera

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

keganasan d mane2...




__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

A'kum


tak semuanya macam tu, ada yang menjalankan tugasnya dengan baik.


segelintir daripadanya saja yang buat perangai macam ni


 



__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

tepuk dada tanya selera, maka terjadi la kes rogol rompak,


tepuk dada tanya iman, insyaalah selamat dunia akhirat, aman dunia makmur umat



__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

subahat ler tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


takder benda lain ker???? buatler keje yg ada pakedah sikit



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

jump wrote:


subahat ler tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu takder benda lain ker???? buatler keje yg ada pakedah sikit


 




__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard