Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: wanita istimewa


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
wanita istimewa


 


Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya
dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka
dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
menakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh
membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki
lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-
dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-
dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu
kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami
tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah
haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah
kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan?
itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita
perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah
ibu adalah seorang wanita? wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa
kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada
wanita .... kan?



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard