Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: APABILA MASJID PUN SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI...


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
APABILA MASJID PUN SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI...


BISIK-BISIK -- AWANG SELAMAT

BARU-BARU ini Awang ke Masjid Negara untuk bersolat isyak dan tarawih. Tiba di pintu masuk berhampiran laluan ke tempat wuduk, kelihatan seorang pelancong kulit putih yang resah dan sugul kerana kasutnya lesap.


Sebagai rakyat Malaysia yang tidak pernah terfikir pun untuk mencuri kasut di mana jua, apatah lagi di masjid, sesiapa sahaja akan berasa amat malu apabila berhadapan dengan senario ini.


Betapa pelancong itu akan pulang ke negaranya dengan membawa imej yang cukup negatif terhadap umat Islam di Malaysia.


Bagi Awang kekesalan bertambah kerana masyarakat umum kini seolah-olah menerima kecurian kasut di masjid sebagai satu fenomena biasa. Pihak pentadbir masjid hanya sekadar memasang notis supaya pelawat berjaga-jaga terhadap kemungkinan kasut mereka dicuri.


Betapa kecurian kasut terus berlaku di Masjid Negara yang setiap hari dikunjungi ramai pelancong asing. Mahal sangatkah kos untuk menyediakan gerobok-gerobok kecil berkunci bagi pelawat menyimpan kasut? Juga elok dipasang CCTV di kawasan itu supaya pencuri tahu mereka diawasi.


Awang - Malu betul yeop!



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Samalah dgn kes teman, tapi yg kena member teman la .. herm hilang kasut masa sembahyang kat mesjid negara minggu lepas .. naya..naya.


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Begitulah Kalau islam, dianggap benda remeh...kat car park pun dah pasang...dekat umah  cctv boleh pasang sampai 4...5...dekat umah Allah bukan nya cctv kalau boleh apa yg ada kat masjid tu semua nak diangkutnya...Berat la mcm ni...


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

kejahatan tidak lagi mengenal tempat!!! hinggakan di rumah ALLAH pun dia sanggup mencuri!!! Amat memalukan kita semua.


p/s: kalau dapat kat aku ler... naya jer budak yang curi kasut  aku kat Masjid Bayan Baru, Penang minggu lepas. Nasib dia baik tak jumpa ngan aku.. Cissss!!! 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

hari raya tahun lepas pergi sembahyang raya dgn pakaian dan kasut serba baru.. balik je dari sembahyang...pinjam selipar jepun masjid...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

Haikal wrote:


hari raya tahun lepas pergi sembahyang raya dgn pakaian dan kasut serba baru.. balik je dari sembahyang...pinjam selipar jepun masjid...

haikal... hang ada hantaq balik tak selipar jepun yang hang pinjam dari masjid tu?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Orang di akhir zaman....Untuk kemudahan sendiri dah tak pedulikan kesusahan orang lain....



__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Inilah jadinya bila ada insan yang mempunyai tujuan lain datang ke masjid... rambut sama hitam hati lain-lain... tunggulah balasan nya...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:


tongkat30 wrote:

Begitulah Kalau islam, dianggap benda remeh...kat car park pun dah pasang...dekat umah  cctv boleh pasang sampai 4...5...dekat umah Allah bukan nya cctv kalau boleh apa yg ada kat masjid tu semua nak diangkutnya...Berat la mcm ni...



Ya...benar...berat memang berat shbt2ku.....
manetak berat.....cctv depa dok takut....ALLAH yang maha melihat tu depa tak seriau langsung.....

__________________
zack@Aboy
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard