BARU-BARU ini Awang ke Masjid Negara untuk bersolat isyak dan tarawih. Tiba di pintu masuk berhampiran laluan ke tempat wuduk, kelihatan seorang pelancong kulit putih yang resah dan sugul kerana kasutnya lesap.
Sebagai rakyat Malaysia yang tidak pernah terfikir pun untuk mencuri kasut di mana jua, apatah lagi di masjid, sesiapa sahaja akan berasa amat malu apabila berhadapan dengan senario ini.
Betapa pelancong itu akan pulang ke negaranya dengan membawa imej yang cukup negatif terhadap umat Islam di Malaysia.
Bagi Awang kekesalan bertambah kerana masyarakat umum kini seolah-olah menerima kecurian kasut di masjid sebagai satu fenomena biasa. Pihak pentadbir masjid hanya sekadar memasang notis supaya pelawat berjaga-jaga terhadap kemungkinan kasut mereka dicuri.
Betapa kecurian kasut terus berlaku di Masjid Negara yang setiap hari dikunjungi ramai pelancong asing. Mahal sangatkah kos untuk menyediakan gerobok-gerobok kecil berkunci bagi pelawat menyimpan kasut? Juga elok dipasang CCTV di kawasan itu supaya pencuri tahu mereka diawasi.
Begitulah Kalau islam, dianggap benda remeh...kat car park pun dah pasang...dekat umah cctv boleh pasang sampai 4...5...dekat umah Allah bukan nya cctv kalau boleh apa yg ada kat masjid tu semua nak diangkutnya...Berat la mcm ni...
kejahatan tidak lagi mengenal tempat!!! hinggakan di rumah ALLAH pun dia sanggup mencuri!!! Amat memalukan kita semua.
p/s: kalau dapat kat aku ler... naya jer budak yang curi kasut aku kat Masjid Bayan Baru, Penang minggu lepas. Nasib dia baik tak jumpa ngan aku.. Cissss!!!
Orang di akhir zaman....Untuk kemudahan sendiri dah tak pedulikan kesusahan orang lain....
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2
tongkat30 wrote: Begitulah Kalau islam, dianggap benda remeh...kat car park pun dah pasang...dekat umah cctv boleh pasang sampai 4...5...dekat umah Allah bukan nya cctv kalau boleh apa yg ada kat masjid tu semua nak diangkutnya...Berat la mcm ni...
Ya...benar...berat memang berat shbt2ku..... manetak berat.....cctv depa dok takut....ALLAH yang maha melihat tu depa tak seriau langsung.....