Saudara Pengarang, PADA siang hari, Jambatan Wawasan Putrajaya adalah laluan kakitangan kerajaan yang bertugas di sekitar Presint 2 dan bangunan-bangunan kementerian berhampiran.
Malangnya, pada sebelah malam, sepanjang jambatan ini dijadikan kawasan maksiat termasuk pada bulan Ramadan.
Ramai yang ingin menunaikan solat tarawih melalui jambatan tersebut terpaksa menonton perlakuan sumbang.
Ada yang berbaring di dalam kereta, berpelukan di atas motosikal dan terbaring di atas jambatan.
Keadaan juga agak berbahaya kepada para jemaah yang ingin balik selepas menunaikan solat tarawih kerana banyak kenderaan diletakkan di sepanjang jambatan dan dalam keadaan gelap.
Diharap penguat kuasa jabatan agama Islam turun padang melihat keadaan. - WARGA PUTRAJAYA.
budak2 skrang mner mkn saman...benda yang dilarang tuelah yang lagi budak2 ni buat...kena amik tindakan tegas bagi bdk2 ni ingat sket...tak agak2,hormatlah sket bulan ramadhan ni...