Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hati hati di hentian R&R


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
hati hati di hentian R&R


Wanita kena rogol, samun
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga Indonesia berusia 20 tahun dirogol dan disamun selepas kereta yang dinaikinya dilarikan sekumpulan lelaki ketika berhenti di kawasan rehat Plaza Tol Juru, di sini pada Ahad lalu.
 
Sebelum itu mangsa bersama dua rakan lelakinya berusia 20-an menaiki kereta Proton Wira dari arah Nibong Tebal ke Sungai Dua, Butterworth, kira-kira jam 5.45 petang.

Apabila tiba di Plaza Tol Juru, mereka berhenti dan rakannya ke tandas meninggalkan mangsa sendirian dalam kereta tanpa mematikan enjin.

Menurut sumber, tidak lama selepas itu, dua lelaki lain menghampiri mangsa dan mendakwa ingin membuat pemeriksaan kerana disyaki membawa dadah.

Wanita itu tanpa mengesyaki apa-apa membiarkan dua lelaki terbabit membuat pemeriksaan, sebelum suspek memandu melarikan kereta berkenaan.

Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dibawa ke suatu kawasan tidak dikenal pasti sebelum suspek mengambil seorang lagi rakan mereka menaiki kereta itu.

“Mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam kereta oleh ketiga-tiga lelaki terbabit di kawasan yang tidak diketahui kerana keadaan agak gelap.

Suspek melarikan diri menaiki kereta selepas meninggalkan mangsa di sebuah stesen minyak di Sungai Petani.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Prai Tengah, Deputi Superintendan Chor Ah Sing ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis sedang mengesan lelaki terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di 04-5382222 bagi membantu siasatan.

-- Edited by pekida at 19:24, 2005-10-18

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:
RE: hati hati di hentian R&D


R&D ke R&R.ki.ki

__________________
nor mazwan bin mazlan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard