Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ini Lagi Kes Pelik....


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
Ini Lagi Kes Pelik....


Gempar: Bayi Baru Lahir Berkata-Kata Muncul Di
Pahang!!
Oleh Cucu Mat Kilau
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah, maka hebohlah diperkatakan orang di negeri
Cucu Pahang Darul Makmur ini, perihal seorang bayi
yang baru lahir...tiba-tiba boleh berkata-kata. Cerita
ini tersebar luas dan sudah tidak dapat diselindungkan
lagi. Cuma mungkin ada beberapa pihak yang hairan,
kenapakah cerita ini tidak disiarkan atau menjadi
tajuk utama akhbar-akhbar arus perdana di negara kita?
Apakah benar kejadian ini... Dan apakah mungkin ianya
hanya rekaan sesetengah pihak?

Cucu tidak mahu untuk mengiyakan... atau menidakkan
kejadian sensasi ini. Kerana sesungguhnya segalanya
yang berlaku, andainya benar... Ia jelas menunjukkan
kekuasaan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya, perlu
menerima semua ini dengan penuh rasa keinsafan dan
kesyukuran kerana Allah memberi peluang kepada kita
untuk melihat kejadian ini ketika kita masih lagi
menghirup udara segar di bumi yang tercinta ini.
Bagaimana dengan orang-orang yang terdahulu, yang
telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Menurut laporan yang Cucu terima peristiwa ini berlaku
di sebuah hospital di negeri ini. Khabarnya, salah
seorang ibu yang sarat mengandung telah dibawa masuk
ke bilik bersalin oleh para jururawat. Alkisah semasa
diusung telah banyak kejadian yang agak ganjil
berlaku, namun para jururawat tidak dapat menjangka
satu kejadian yang lebih aneh akan terjadi selepas
itu.

Setelah beberapa ketika berhempas pulas untuk
melahirkan anak tersebut, maka lahirlah seorang anak
kecil yang amat comel sekali paras rupanya (Ini
dijelaskan oleh jururawat yang menyambut kelahiran
anak tersebut). Apa yang mengejutkan di tapak tangan
bayi tersebut kelihatan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD.
Mungkin sekiranya jururawat terbabit mempunyai telefon
kamera gambar tersebut boleh dirakamkan.

Menurut laporan tersebut lagi, ketika selang beberapa
ketika selepas dilahirkan... tiba-tiba jururawat
terbabit menyaksikan satu kejadian yang aneh lagi
menggemparkan. Kedengaran suara halus dari mulut bayi
tersebut yang antara lain mengatakan "Tidak lama lagi
satu malapetaka yang lebih besar dari Tsunami akan
melanda negara ini".

Begitulah antara perkataan yang sempat didengari oleh
jururawat terbabit, dan akibat terkejut dengan anak
kecil yang berkata-kata itu ibu bayi tersebut telah
menghembuskan nafas terakhir ketika itu juga.
Begitulah kisahnya. Cucu hanya menyampaikan dari apa
yang Cucu dengari, dan sememangnya kisah ini telah
menjadi bualan ramai orang di negeri ini. Malahan Cucu
mendapat laporan pihak media arus perdana seperti
Utusan Malaysia dan Berita Harian juga telah menerima
berita tersebut, Cuma mereka tidak dibenarkan
mengeluarkan berita tersebut kerana dikhuatiri
menimbulkan masalah kepada semua pihak.

Persoalannya di sini, andai kata kejadian ini adalah
benar maka seharusnya ia perlu dihebahkan kepada umum.
Tambahan pula dengan status negara ini sebuah negara
Islam. Ia sekurang-kurangnya akan menginsafkan pihak
kerajaan agar lebih berhati-hati dalam melaksanakan
amalan Islam di negara ini.

Kisah bayi berkata-kata sebelum ini pernah Cucu
dengari dari Ustaz-Ustaz yang mengajar Cucu di sekolah
agama dulu. Ia berlaku kepada Nabi Allah Isa a.s.

Seingat Cucu setelah heboh perihal ibu Nabi Isa a.s
iaitu Mariam melahirkan anak tanpa bapa, maka ramailah
penduduk dari jauh dan dekat datang berduyun-duyun
untuk menyaksikan sendiri bayi yang dilahirkan oleh
Mariam itu. Mereka inginkan bukti dan kebenaran,
bagaimana Mariam boleh melahirkan anak tanpa bapa
seperti orang lain? Mariam diejek dan ditohmah oleh
kaumnya, kononnya beliau telah melakukan kemungkaran
dan perzinaan hingga melahirkan anak. Oleh kerana
tidak tahan dengan ejekan dan tohmahan tersebut.

Akhirnya Mariam berdiri mengambil anak bayinya itu,
lalu berkata kepada mereka: "Ini adalah anakku,
tanyakanlah kepadanya hakikat kejadian yang
sebenarnya, yang tuan-tuan tanyakan itu." Orang ramai
hairan dan tercengang mendengarkan jawapan Mariam yang
tidak masuk akal itu. Mereka lalu berkata: Bagaimana
kami dapat berbicara dengan bayi yang masih dalam
ayunan itu?

Mendengar ejekan yang berturut-turut itu, lalu Allah
memperlihatkan kekuasaanNya untuk mukjizat yang
sebesar-besarnya bagi bayi yang bernama Isa al-Masihi
itu di kala besarnya. Di saat itulah bayi Isa a.s.
yang masih kecil itu berkata dengan terang kepada
orang banyak: “Sesungguhnya aku ini seorang hamba
Allah, akan diberinya kepadaku sebuah Kitab (Injil)
dan dijadikanNya aku seorang Nabi. DijadikanNya aku
seorang yang berguna buat manusia di mana aku berada,
diwasiatkanNya kepadaku berbuat dan mengerjakan
sembahyang dan mengeluarkan zakat selama aku hidup.
Dan aku berbakti kepada ibuku, tidaklah aku dijadikan
Tuhan seorang yang sombong dan derhaka. Selamatlah
diriku ketika aku dilahirkan dan ketika aku mati dan
ketika aku kembali hidup."

Setelah mendengar ucapan itu barulah sebahagian orang
ramai itu insaf dan percaya, yakin akan kesucian
Mariam, akan kebesaran dan keagungan bayi yang baru
lahir itu. Khabar kesucian dan keagungan bayi itu pun
tersiarlah ke mana-mana, sehingga setiap orang
menunggu-nunggu akan besarnya anak itu, sebagai
seorang Utusan Allah (Rasul) buat mereka.

Melihat kepada kejadian yang berlaku kepada Nabi Isa
a.s ini, maka tidak mustahil ianya akan berlaku hari
ini. Segalanya terletak di tangan Allah SWT. Kita
sebagai hambaNya perlulah menerima segala kejadian ini
dengan penuh ketakwaan dan keinsafan.

Sebelum ini pernah berlaku peristiwa "Mayat menjadi
Babi" yang akhirnya membawa kepada pemecatan Ustaz
Kamal Ashaari. Memang apa yang mustahil ini amat
memeranjatkan kita semua. Tetapi andainya benar
peristiwa "Bayi baru lahir dan boleh berkata-kata
seperti yang dilaporkan itu" Cucu nampak benar ini
adalah satu petunjuk dari Allah SWT buat hambaNya.

Mungkin Allah murka dengan apa yang berlaku di negara
Islam Hadhari Malaysia ini. Peristiwa Tsunami 26
Disember 2004 itu sepatutnya dijadikan iktibar agar
manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Namun bagi kerajaan
Malaysia hari ini, mereka masih mempermain-mainkan dan
mempersenda-sendakan Islam itu sendiri. Hingga
akhirnya kaum Kafir sudah tidak segan silu lagi untuk
menghina agama Islam di negara ini.

Pemimpin Islam Hadhari di negara ini kononnya
memandang Islam di dunia dihina dan
diperkotak-katikkan oleh Amerika dan bangsa Yahudi.
Walhal, di negara sendiri lebih teruk dari itu. Islam
dicemari secara halus dengan ideologi Yahudi.
Penganjuran konsert-konsert, program-program hiburan
serta aktiviti-aktiviti mungkar yang langsung tidak
menjurus kepada Islam sebenar seperti apa yang
dikehendaki oleh Allah amat jelas di negara ini.

Atas nama Hadhari, Islam kononnya terbahagi dua..
dunia dan akhirat. Kejarlah dunia secukup-cukupnya...
Pulunlah dunia secukup-cukupnya, akhirat lain cerita.
Justeru itulah mereka-mereka rela menganjurkan apa
sahaja program yang berunsur maksiat demi membawa
lebih ramai pengikut untuk sama-sama menjadi alpa dan
berada di dunia khayalan. Hingga mereka terusan
menolak apa sahaja peraturan yang berkaitan dengan
Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku baru-baru ini.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menggunakan
kuasanya untuk mengkaji dulu keperluan menghentikan
acara hiburan waktu solat, cara berpakaian lebih sopan
dan sebagainya. Sedangkan arahan tersebut dikeluarkan
oleh pihak JAKIM iaitu jabatan yang dilantik oleh
kerajaan Malaysia sendiri dalam memajukan Islam di
negara ini. Apakah maknanya semua ini?

Maka tidak hairanlah kita, hari demi hari semakin
banyak kejadian yang tidak diingini berlaku di negara
ini. Kejadian bunuh, rogol, samseng, gaduh, pelacuran,
dadah dan sebagainya semakin cepat membiak setelah
Islam Hadhari dilancarkan. Apakah kita ingin terus
melihat negara ini terus hanyut dengan agenda jahat
puak-puak Islam Hadhari ini? Marilah sama-sama kita
mengambil iktibar atas apa yang berlaku hari ini.
Jadikan ia sebagai sempadan dan teladan untuk kita
mengembalikan kegemilangan Islam sebenar di muka bumi
ini.

P/S: Cucu menantikan maklumat lanjut mengenai isu
"BAYI BERKATA-KATA". Kepada pembaca yang mengetahui
lebih lanjut berita ini dan mengenali individu yang
terlibat harap dapat memaklumkan kepada Cucu. Harap
Maklum

"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi
Agama Bangsa Dan Negara"

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.co.uk
http://www.cucumatkilau.cjb.net
http://cucumatkilau.blogdrive.com/

__________________

Got something to advertise?
Come on get me..... I`ve got many hosting & template for ASP.Net
try your luck!



Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

ALLAHUAKBAR...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..!!!


 


 


-2ampang9-



__________________
- ||| taat setegap ||| -


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:




Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..!!!     -



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
jgn pelik...salah tuu..


assalamualaikum...buatpa mau pelik benda2 lagu tu...qada' dan qadar kita takbleh ragu2...dosa. kalau dikata benda tu betui alhamdulillah la sekurang2nya tambah lagi tanda2...kot tak betui tu tak tau la lagu mana...apa2 jadi pun mau takmau kita kena jugak tanggung.tapi jgn dok risaula slagi lidah boleh lafaz kalimahsyahadah...apapun terima kasih dgn berita sedara ok..assalamualaikum...sbh3rdjunction.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:
RE: Ini Lagi Kes Pelik....


Segalanya terletak di tangan nya... Jadi maka jadilah Ia ...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 124
Date:

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..!!!



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Allahuakbar..allah menentukan kita hanya merancang..allah boleh jatuhkan bala pada bila2 masa..kita tidak dpt larikan dari semua itu..sama juga seperti bayi berkata2 ini..mungkin itu adalah petanda yg amat penting kepada manusia..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

assalamualaikum...


janganlah kiter pelik kerna pasal bayi tp.. ni kan kejadian tuhan


sememangnyer kiter tk lari dr kata-kata ALLAH


KUN FAYAKUN... KUN kata dia.. maka jadilah ia...


sekian dr hamba


 


syed, tambun tulang ,perlis



__________________
SYED tambun tulang,perlis
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard